Kerana Terlalu Lapar, Anak Saudara Wanita Ini Buat Pesanan Makanan Online Cecah RM1,800!

Siapa sangka anak saudara yang masih kecil telah mengambil telefon dan membuat pesanan makanan online di aplikasi Food Panda hingga melebihi ribuan ringgit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perubahan teknologi yang dicapai pada hari ini amat membantu memudahkan kehidupan seharian memandangkan hampir kesemua urusan boleh dilakukan melalui hujung jari sahaja termasuklah pesan makanan online.

Kebanyakan wanita atau ahli keluarga yang sibuk bekerja dan tidak sempat untuk ‘berperang’ di dapur mengakui kehadiran pelbagai aplikasi penghantaran makanan sememangnya menyenangkan mereka bagi mendapatkan hidangan yang enak dengan harga berpatutan.

Kisah benar kanak-kanak pesan makanan online

Namun siapa sangka di sebalik kemudahan ini, ia menjadi ‘masalah’ sekiranya disalahgunakan. Manakan tidak dengan membuat pesanan makanan online dan menekan butang ‘place order’, sistem sudah menerimanya dan pengguna perlu membayar amaun pesanan berkenaan.

Seperti baru-baru ini perkongsian seorang wanita di Facebook, Cik Miya Azira mengatakan dia cukup terkejut apabila melihat skrin telefon selepas anak saudaranya yang masih kecil membuat pesanan pelbagai makanan di aplikasi FoodPanda.

Al kisahnya minggu lalu punya cerita. Anak saudara telah main telefon saya dan dia order Food Panda! Order pulak dari restoran mahal. Nasib baik Foodpanda apps dalam telefon ni bukan auto order.

Kalau tidak, lebih RM1, 800 makanan akan sampai dekat rumah. Memang berderau jantung mak cik dia!

Nasib baik juga anak sedara kesayangan. Baru berusia 5 tahun, Lapar katanya dan menginginkan pizza.

Edited: pesanan untuk ibu bapa sekalian, hati-hati dengan anak dan aplikasi food panda. Ada yang cod je. hehehe

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab hubungan ibu @ bapa saudara sangat istimewa bagi anak

Kebiasaannya, ibu saudara atau bapa saudara dengan anak dilihat begitu unik sehingga manjakan anak kita macam anak sendiri. Ini sebab kenapa ia menjadi cukup istimewa:

#1. Penjaga yang paling dipercayai

Ibu saudara biasanya sudah seperti ‘ibu kedua’ bagi anak-anak. Begitu juga dengan bapa saudara. Kalau anda perasan, pada hari pertama anak lahir, mereka adalah insan yang paling seronok dan banyak menghulurkan tangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Disebabkan itulah apabila berdepan emergency, uncle atau aunty adalah orang yang paling dipercayai untuk menjaga anak dan paling hebat sekali mereka tahu anak suka makan apa, saluran youtube apa dan waktu tidur pukul berapa.

#2. Menjadi kawan baik untuk selamanya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adik beradik anda adalah kawan dewasa paling terbaik untuk anak-anak. Meskipun usia mereka adalah jauh berbeza, namun inilah yang membuatkan si manja berasa sangat istimewa dan mengasihi ibu atau bapa saudara mereka.

Aura ibu saudara ini juga cukup kuat kerana apa yang mereka buat, pasti anak akan suka dan mengikutnya. Hal ini secara tidak langsung anak menjadikan ibu atau bapa saudara sebagai inspirasi dalam hidup.

#3. Pandai melayan

foto: profhariz

Kebiasaannya anda boleh melihat anak-anak akan gembira dan teruja apabila mengetahui bahawa ibu atau bapa saudaranya akan datang ke rumah. Hal ini kerana si manja berasa seronok kerana mereka memiliki sikap yang suka melayan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Asal diajak main bersama, tidak ada masalah walaupun ia adalah permainan masak-masak atau make up! Sekelip mata sahaja rumah menjadi riuh-rendah dengan gelak tawa dari anak-anak yang terhibur dengan aksi lakonan ibu atau ayah saudara mereka.

#4. Selalu beri kejutan atau hadiah

Setiap kali berjumpa, mesti ada sahaja benda yang diberi kepada anak saudaranya. Meskipun ia hanya sekecil-kecil pemberian, itulah yang membuatkan si manja anda berasa sangat teruja.

Selain itu, ibu atau ayah saudara biasanya akan menjadi lebih penyayang. Mereka juga adalah insan yang selalu ingat tarikh lahir anak dan mungkin menjadi orang pertama untuk ucapkan Happy Birthday!

Jika ada majlis-majlis penting, mereka juga antara VVIP yang diletakkan dalam senarai. Ia menjadi tidak lengkap sekiranya ibu atau ayah sedara kesayangan anak anak tidak hadir ketika sambutan majlis berkenaan.

Bukan itu sahaja, biarpun aunty atau uncle adalah insan yang rajin melayan anak, ada masanya juga mereka akan bertegas apabila si manja melakukan kesilapan. Bezanya adalah marah berkenaan hanya manja-manja sahaja supaya anak lebih mendengar kata dan tidak bersikap keterlaluan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Siakap Keli, Washington Post

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comaplikasi-mudah-alih