Inilah saat yang paling sukar bagi seluruh Malaysia apabila wabak coronavirus (Covid-19) semakin meruncing hingga membabitkan kematian. Atas sebab itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlapang dada jika ada pesara kerajaan yang terdiri daripada jururawat dan MA (pembantu perubatan) untuk membantu rakan fronliners kita.
Hal ini kerana kita tidak mahu barisan hadapan iaitu staf perubatan yang sedia ada tidak cukup rehat sampai ‘overwork’ yang tentunya mendatangkan masalah untuk merawat pesakit yang dijangkiti.
Sebab itu, seluruh rakyat Malaysia disarankan untuk terus duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak yang sangat berbahaya ini kerana ia boleh tersebar seterusnya dijangkiti dengan cukup mudah.
Pesara kerajaan buat combeback!
Bila bercakap tentang persaraan, tentu kita faham bahawa seseorang individu itu akan memikirkan keseronokkan, tidak perlu lagi keluar bekerja dan dapat rehat secukupnya bersama keluarga tercinta.
Malah ada juga di antara mereka yang mengambil masa ini untuk berkebun, menjalani aktiviti di masjid atau melakukan aktiviti berfaedah yang lain yang seiring dengan usia mereka.
Walaubagaimanapun, kita memang ‘salute’ habis dengan pesara kerajaan ini yang sanggup meletakkan orang lain sebagai keutamaan berbanding keseronokkan yang boleh mereka dapat bila-bila masa itu.
KKM Umum memerlukan lebih banyak tenaga kerja
Selepas dua hari Kementerian Kesihatan Malaysia umum memerlukan lebih banyak tenaga kerja, secara tidak langsung kira-kira 3000 jururawat bersara mendaftarkan diri untuk tujuan tersebut.
Lebih manis lagi, semua daripada mereka ini datang daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran.
Lantas itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah akan cuba menggunakannya dengan sewajarnya.
Terdahulu, kementerian hanya target untuk mempunyai profesional penjagaan kesihatan mahir seramai 2000 orang.
Di mana ingin memanggil semula doktor dan jururawat yang telah bersara untuk berganding bahu bersama petugas frontliners dalam menghadapi wabak Covid-19.
Sehingga kini, terdapat jururawat yang masih dalam latihan dipindahkan ke hospital dan klinik untuk memastikan benteng utama ini kukuh dan kuat.
Seorang jururawat yang sudah berusia 68 tahun, Biby Maideen berkongsi dalam satu temu bual dengan berkata:
“Kematian akan berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira masa. Oleh itu, saya ingin menggunakan kemahiran yang ada ini untuk terus menyumbang kepada negara,” katanya.
Itulah maklum balas daripada beliau sendiri semasa ditanya oleh media mengenai keputusannya untuk kembali bertugas sebagai sukarelawan dalam melawan Covid-19.
Menurutnya lagi, derma ini bukan hanya sumbangan dalam bentuk wang dan makanan tetapi sebagai manusia, apa saja anda boleh buat untuk memberi sesuatu kepada orang lain.
Buat pengetahuan, Biby mengalami masalah hipertensi, namun dia telah berbincang dengan empat anaknya sebelum menghantar permohonan menjadi sukarelawan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia memohon doktor dan jururawat yang telah bersara untuk kembali berkhidmat.
Latar belakang pesara jururawat ini
Terdahulu, Biby mendapat pendidikan sebagai jururawat di United Kingdom (UK) dan kemudian berkhidmat sebagai jururawat selepas menamatkan diplomanya pada 1974.
Selepas itu, beliau bekerja di UK selama tiga tahun sebelum kembali ke Malaysia dan seterusnya menyertai Institusi Kesihatan Swasta selama empat tahun lebih.
Kemudian di awal 1980 an, beliau menyertai perkhidmatan kesihatan awam dan berkhidmat sebagai jururawat komuniti selama 15 tahun sebelum kembali ke sektor swasta.
Semasa berumur 52 tahun, beliau kembali ke UK dan bekerja di sana selama 14 tahun sebagai jururawat di rumah penjagaan orang tua.
“Semasa di UK, saya banyak belajar dan berpengalaman tentang pengurusan penyakit berjangkit dan penjagaan paliatif.
“Semasa berada di sana, mereka mempunyai Norovirus dan Winter Virus yang selalu muncul sewaktu musim sejuk jadi semua staf perubatan perlu memakai peralatan perlindungan diri (PPE),” katanya.
Justeru, diharap semua para petugas di barisan hadapan ini terus kuat dalam membantu perawatan pesakit Covid-19. Terima kasih daripada kami rakyat Malaysia.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: KL Foodie, Malaysia Kini
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comkerjaya-doktor