Dr Hamid Arshat Kongsikan Petua Dapat Anak Kembar, Walaupun Tiada Baka Anda Masih Ada Peluang!

Ramai yang inginkan kehamilan kembar kerana merasakan ia mudah. Kami kongsikan petua dapat anak kembar Dr Hamid Arshat untuk anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang mungkin teringin mengandung kembar kerana pada mereka senang sekali mengandung terus dapat lebih daripada satu bayi. Jadi kali ini kami kongsikan petua dapat anak kembar dari pakar perbidanan, Dr Hamid Arshat mengenai kembar.

Walaupun tahun cabaran mengandung dan membesarkan bayi kembar, mungkin ada yang memang betul-betul mahu memiliki bayi kembar.

Petua dapat anak kembar dari pakar perbidanan 

kredit: ruangmom

Kembar jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical adalah berasal dari dua telur atau ovum yg telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan. yang mana jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin mempunyai uri sendiri.

Manakala kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telur dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embrio yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko untuk gugur, satu janin mati dan atau lain-lain masalah.

Peluang kehamilan kembar

#1. Ada beberapa negara yang kadar kelahiran kembar tinggi

Kehamilan kembar ini banyak bergantung kepada beberapa perkara ia termasuklah yang mana pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.

  • Orang Afrika mempunyai kadar kembar tertinggi 4 %
  • Orang Amerika dan Eropah kadarnya 3 %
  • Orang asia termasuk orang Malaysia terendah 1 – 2 % 

Jadi, mungkin perkahwinan campuran boleh meningkatkan potensi seseorang itu mengandung kembar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Keluarga sebelah ibu ada baka kembar

Kredit: dr hamid arshat

Mereka yang mempunyai baka kembar atau dalam keluarga memang ada kembar khususnya dari keluarga ibu, peluang hamil kembar menungkat empat kali ganda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Telah lahirkan empat anak atau lebih

Mereka yang telah melahirkan empat anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi.

#4. Hamil pada umur 40 tahun ke atas

Mereka yang hamil pada umur 40 tahun ke atas berpotensi mendapat kehamilan kembar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Tahap kesihatan baik

Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan makanan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplemen, vitamins dan asid folik lebih berpeluang hamil kembar.

#6. Rajin minum susu, diet penuh produk tenusu

Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Ada kemungkinan ‘insulin like growth factor’ (IGF) yg dikeluarkan oleh hati lembu menjadi penyebab hamil kembar.

#7. Makan keladi dan ubi

Orang-orang asli Afrika yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar empat kali ganda dari orang lain.

#8. Hormon kesuburan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yang makan pil subur clomid mempunyai peluang hamil kembar antara 5 – 10 %.

Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin mempunyai peluang kembar sekitar lingkungan 30 peratus. Malangnya kadang-kala berlaku kembar empat atau lebih dan punya risiko keguguran yang tinggi.

#9. Rawatan IUI, IVF

Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.

Risiko kehamilan kembar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit: hamil.co.id

  • Ada lebih tinggi risiko keguguran awal
  • Ada lebih tinggi risiko keguguran di pertengahan kehamilan.
  • Ada 50 peratus risiko kelahiran pramatang.
  • Ada lebih tinggi risiko kecacatan bayi
  • Ada lebih tinggi risiko masalah pembesaran janin di dalam kandungan, sama ada salah seorang janin atau kedua-dua janin.
  • Jika ada kembar seiras yang kongsi satu uri, ada 15 peratus risiko twin-to-twin transfusion di mana darah dari satu kembar mengalir kepada kembar kedua dan ini boleh meningkatkan risiko pramatang atau kematian.
  • Ada lebih tinggi risiko kelahiran pramatang yang memerlukan dua ventilator maka perlu di pindahkan ke Hospital Besar yang ada kemudahan unit rawatan rapi untuk bayi pramatang, dan tak boleh pilih untuk bersalin di mana-mana Hospital pilihan anda jika tiada dua ventilator.
  • Ada lebih tinggi risiko masalah jangkamasa panjang bayi pramatang termasuklah masalah kecederaan otak yang kekal, masalah ADHD sekiranya bersalin terlalu pramatang.
  • Ada lebih tinggi risiko kematian janin di dalam kandungan.
  • Ada lebih tinggi risiko ibu memerlukan pembedahan Caesar.
  • Ada lebih tinggi risiko ibu mendapat pendarahan serius selepas bersalin.
  • Ada lebih tinggi risiko ibu mendapat diabetes semasa hamil.
  • Ada lebih tinggi risiko ibu mendapat tekanan darah tinggi dan pre-eklampsia semasa hamil.
  • Ada lebih tinggi risiko ibu ada masalah kekurangan darah merah.
  • Risiko kematian bayi menjadi lebih tinggi jika kehamilan kembar dibenarkan melebihi 38 minggu, maka ibu perlu melahirkan kedua-dua bayi selewat-lewatnya 38 minggu kehamilan, sama ada di induce atau pembedahan Caesar, untuk mengurangkan risiko stillbirth atau kematian bayi.
  • Risiko kembar siam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: okezone

Baca juga: Peluang Hamil Kembar Tinggi Dengan Petua Semula Jadi & 3 Posisi Seks Ini!

Baca juga: Teringin Memiliki Anak Kembar? Ini 9 Tips Buat Bakal Ibu Mengikut Saranan Pakar!

Baca juga: Nak anak kembar? 7 benda ini meningkatkan peluang untuk hamil kembar

Penulis

Lala Annuar