Haid Terlalu Lama? Cuba 10 Petua Hentikan Haid Berpanjangan Dengan Mudah Secara Semula Jadi

Haid yang banyak atau terlalu lama boleh jadi tanda beberapa masalah kesihatan. Beberapa petua hentikan haid berpanjangan mungkin membantu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah haid yang banyak dan terlalu lama memang boleh buat kita rasa tak selesa, malah boleh menganggu aktiviti harian dan kesihatan. Sekiranya anda mengalaminya, ada beberapa petua hentikan haid berpanjangan secara alami yang boleh anda cuba.

Apa Itu Haid Berlebihan?

Haid berlebihan atau Menorrhagia adalah istilah perubatan bagi haid yang terlalu banyak atau berpanjangan.

Ini adalah keadaan yang mana pendarahan haid lebih berat daripada biasa atau berlangsung lebih lama dari tempoh normal (biasanya lebih dari 7 hari).

Wanita yang mengalami menorrhagia mungkin perlu menukar tuala wanita atau tampon lebih kerap daripada biasa dan kadang-kadang perlu memakai perlindungan berganda untuk mengelakkan kebocoran.

Tanda-Tanda Menorrhagia

Jika anda mengalami beberapa tanda berikut, anda mungkin menghidapi menorrhagia:

  • Pendarahan yang terlalu banyak sehingga anda perlu menukar tuala wanita atau tampon setiap jam untuk beberapa jam berturut-turut.
  • Haid berlangsung lebih daripada 7 hari.
  • Pengeluaran darah berketul-ketul dan besar.
  • Keletihan atau sesak nafas akibat kehilangan darah yang terlalu banyak sehingga menyebabkan anemia.
  • Terpaksa bangun di tengah malam untuk menukar tuala wanita.
  • Pendarahan yang menjejaskan aktiviti harian.

Punca Haid Berlebihan Terjadi

Menorrhagia boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Ketidakseimbangan Hormon: Hormon estrogen dan progesteron yang tidak seimbang boleh menyebabkan penebalan lapisan dinding rahim yang lebih besar dan ini menghasilkan lebih banyak darah semasa haid.
  2. Fibroid: Fibroid adalah pertumbuhan bukan kanser pada dinding rahim yang boleh menyebabkan pendarahan berat.
  3. Polip Rahim: Pertumbuhan kecil pada lapisan dalam rahim yang boleh menyebabkan haid yang berat.
  4. Masalah Pembekuan Darah: Gangguan pada darah yang menyebabkan kesukaran untuk darah membeku boleh menyebabkan pendarahan yang lebih lama.
  5. IUD (Alat Perancang Kehamilan): Penggunaan alat dalam rahim (IUD) boleh menyebabkan haid yang lebih banyak dan berpanjangan.
  6. Endometriosis: Keadaan di mana tisu rahim tumbuh di luar rahim, yang boleh menyebabkan pendarahan tidak normal.
  7. Kanser Rahim: Walaupun jarang, kanser pada rahim atau serviks boleh menjadi punca menorrhagia.

10 Petua Hentikan Haid Berpanjangan Secara Semula Jadi

1. Pastikan Anda Kekal Hidrat

Pendarahan yang banyak boleh menyebabkan kehilangan darah yang ketara. Minum 4 hingga 6 cawan air tambahan setiap hari boleh membantu mengekalkan jumlah darah dalam badan.

Minuman elektrolit atau makanan tinggi garam juga disarankan untuk menyeimbangkan cecair dalam badan.

2. Makanan Kaya Vitamin C

Vitamin C membantu badan menyerap zat besi yang diperlukan untuk mencegah anemia akibat kehilangan darah

 Ia boleh didapati dalam buah sitrus seperti oren, limau gedang, serta sayuran seperti lada benggala, brokoli dan kubis Brussel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Makanan Kaya Zat Besi

Pendarahan haid yang banyak boleh menyebabkan kekurangan zat besi yang penting untuk menghasilkan hemoglobin bagi membawa oksigen dalam darah.

Makanan seperti daging lembu tanpa lemak, ayam, tauhu dan bayam kaya dengan zat besi dan boleh membantu mencegah anemia.

4. Menguruskan Tekanan

Tekanan yang tinggi boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang membawa kepada tempoh haid yang berpanjangan.

Amalkan yoga, meditasi dan senaman pernafasan untuk membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan hormon.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Kerap Bersenam

Senaman berkala membantu mengawal kitaran haid dan boleh mengurangkan tempoh pendarahan. Aktiviti fizikal juga baik untuk kesihatan secara keseluruhan.

6. Senaman Lantai Pelvis

Senaman seperti Kegel boleh membantu menguatkan otot lantai pelvis dan meningkatkan aliran darah ke rahim juga merupakan antara petua hentikan haid berpanjangan yang berkesan.

7. Penggunaan Pad Pemanas atau Mandian Suam

Meletakkan pad pemanas pada bahagian perut atau berendam dalam mandian suam boleh melegakan senggugut dan mempercepatkan tempoh pendarahan haid.

8. Akupunktur

Akupunktur dipercayai dapat mengawal hormon dan menggalakkan aliran darah, yang seterusnya membantu mengurangkan tempoh haid.

9. Pengambilan Suplemen

Suplemen seperti zat besi, vitamin C dan suplemen herba juga boleh membantu mengurangkan gejala haid berpanjangan. Namun, sebaiknya berbincang dengan doktor sebelum memulakan sebarang suplemen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Terapi Haba

Terapi haba seperti penggunaan pad pemanas atau mandian air panas dapat membantu melonggarkan otot dan mengurangkan pendarahan haid.

Masalah kesihatan lain juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang mempengaruhi pendarahan haid seperti:

  • Gangguan pembekuan darah seperti penyakit Von Willebrand.
  • Hipotiroidisme di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon yang mencukupi.
  • Diabetes memberi kesan kepada keseimbangan hormon dalam badan.

Tempoh Kitaran Haid 

Merekod tempoh haid secara konsisten memudahkan anda mengesan masalah lebih awal dan mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan haid berpanjangan.

1. Rekod Tarikh Mula dan Akhir Haid

Sentiasa catat tarikh tepat haid bermula dan berakhir setiap bulan. Ini membantu anda mengenal pasti jika ada perubahan tempoh atau haid yang berpanjangan.

2. Pantau Aliran Darah

Catat tahap aliran darah (ringan, sederhana atau berat) setiap hari. Aliran darah yang luar biasa berat mungkin memerlukan perhatian perubatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Kenalpasti Simptom Lain

Catat simptom lain seperti keletihan, sakit perut yang luar biasa, atau ketidakselesaan semasa haid. Ini mungkin tanda-tanda masalah kesihatan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan.

4. Gunakan Aplikasi Pemantauan Haid

Manfaatkan aplikasi kesihatan atau aplikasi pemantauan haid yang dapat membantu anda merekod tempoh haid secara automatik dan memberi peringatan jika terdapat sesuatu yang luar biasa.

5. Perhatikan Corak Kitaran Haid

Rekod panjang setiap kitaran haid (biasanya antara 21-35 hari). Haid yang terlalu lama mungkin menandakan masalah hormon atau isu kesihatan lain.

Sekiranya anda mengalami pendarahan haid yang terlalu banyak melebihi kadar haid normal, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kitaran Haid Wanita: Tempoh Haid Normal, Fasa Haid & Cara Kira Kitaran Haid

Baca juga: Period Tapi Mengandung: Adakah Ia Normal? Punca Mengandung Tapi Period & Cara Mengatasi

Baca juga: 13 Tanda Tanda Hamil Yang Pasti, Ramai Ibu Baharu Tak Sedar Mereka Sudah Mengandung

Penulis

Noorhidayah