Ramai wanita yang mengeluh dengan mengatakan tidak berasa puas ketika melakukan hubungan seks yang disebabkan oleh beberapa masalah termasuklah tempoh ‘aksi’ sementara. Justeru, suami perlu mempelajari beberapa petua lambat pancut agar isteri senyum sampai ke telinga!
Tidak dinafikan bahawa segelintir lelaki berhadapan masalah gagal tahan lama sehingga kecundangan pada awal beraksi. Kesannya, isteri tidak berasa puas dan mungkin akan menjejaskan keharmonian hubungan rumah tangga sekiranya perkara ini berlarutan.
Petua lambat pancut ketika berasmara
Setiap kali bersama, anda mungkin malu untuk mengakui bahawa gagal memuaskan nafsu isteri walaupun memiliki bentuk badan yang sado.
Namun, itu bukanlah sebuah ukuran tahap prestasi anda ketika di ranjang. Apa yang penting adalah mengikuti setiap petua lambat pancut secara berkesan dan memiliki tenaga kuat.
Tidak ketinggalan juga kerana ada sesetengah suami akan mencari jalan penyelesaian dengan mendapatkan gel tahan lama, produk tahan lama serta mendapatkan urutan batin.
Justeru, kami ingin berkongsikan beberapa tips selamat yang boleh dijadikan panduan tahan lama demi kebahagiaan hubungan suami dan isteri. Antaranya ialah:
#1. Gambir Sarawak
Anda boleh mendapatkan gambir kudat atau gambir sarawak. Kemudian letakkan sedikit air dan sapu pada bahagian kepala zakar sahaja.
Jangan sapu dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan mengakibatkan zakar kekal tegang tanpa memancutkan air mani dalam masa amat panjang. Sapukan kira-kira 20 minit sebelum anda bersama isteri.
#2. Biji kapas dan minyak jarak
Sediakan 10 butir biji kapas dan satu sudu minyak jarak. Kemudian, tumbuk biji kapas hingga lumat dan gaulkan bersama minyak jarak sehingga sebati.
Sapukan campuran ini pada zakar dengan mengurutnya secara perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum anda memulakan jima’.
#3. Kacang kulai hitam
Kacang kulai hitam boleh didapati di kedai jamu atau ubat Cina. Anda perlu menumbuknya sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit air dan sebatikan.
Kemudian, sapukan pada bahagian zakar dengan mengurut dengan lemah-lembut 5 hingga 8 minit sebelum memulakan hubungan seks.
#4. Hempedu kambing atau ayam jantan
Pastikan anda mendapatkan hempedu kambing atau ayam jantan yang baharu disembelih. Pecahkan dan lumurkan pada zakar sehingga rata lebih kurang 2 hingga 5 minit sebelum bersama isteri.
#5. Kuning telur
Ambil sebiji kuning telur dan masukkan sebuku bawang merah, bawang putih dan campur sedikit air. Masaknya sehingga mendidih. Makan di waktu Asar sebelum anda menjamah hidangan makan petang.
#6. Limau purut dan lada sulah
Campurkan limau purut dan lada sulah. Potong halus dan makan semasa anda dan pasangan bersedia untuk hubungan di ranjang.
#7. Bawang merah
Ambil secawan bawang merah dan sebiji kuning telur. Hancurkannya dan kacau. Minum 3 pagi berturut-turut. Petua ini dapat membantu memekatkan lagi air mani dan mengelakkan anda tewas lebih awal.
#8. Air rebusan herba
Ambil segenggam akar pinang muda (2 tahun ke bawah), rebuskan bersama segenggam daun tapak gajah (berbentuk seperti tapak gajah dan selalunya dijumpai di pinggir hutan).
Biarkan air menjadi setengah periuk dan tapis menggunakan kain. Embunkan selama semalaman. Sebelum diminum, anda digalakkan untuk mengunyah asam keping terlebih dahulu bagi mengurangkan rasa payau. Amalkan sehari sebelum berjimak.
#9. Teknik pernafasan
Ketika anda merasakan air mani hendak keluar, tarik nafas sepanjang yang mampu. Lakukannya hingga seterusnya. Cara ini dapat membantu anda dan pasangan menikmati hubungan seks yang lebih lama.
Hubungan seks yang baik mampu meningkatkan kemesraan hubungan serta kegembiraan untuk anda dan isteri.
Adalah penting untuk setiap suami berusaha memberikan terbaik dalam nafkah zahir dan batin. Pastikan pasangan anda semakin sayang dan mungkin ‘merayu’ untuk kerap bersama.
Justeru, jangan memandang remeh hubungan di ranjang ini kerana ia amat berkait rapat dengan keharmonian sesebuah rumah tangga.
Sumber: Lelaki Sihat
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!