Makanan Segar Cepat Rosak? Ini Cara Simpan Makanan Agar Tahan Lebih Lama

Dapatkan beberapa petua penyimpanan makanan mentah agar lebih tahan lama dan segar dalam artikel kali ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila membeli belah barang dapur, ada ketikanya bahan basah dan sayuran sukar kekal segar. Sebenarnya ada beberapa petua simpan makanan berguna yang orang-orang tua dulu selalu pakai yang kita mungkin tidak tahu.

Dengan cara penyimpanan makanan betul, makanan kita akan sentiasa segar dan nutrisinya kekal, kita juga dapat elak makanan menjadi basi dan dihinggap serangga. Penjagaan ini penting kerana bukan sahaja kita dapat berjimat, malah kita dapat mengelakkan penyakit yang tidak diingini.

10 Petua Simpan Makanan Agar Tahan Lebih Lama

Berikut antara tip mudah petua simpan makanan yang ramai masih tidak tahu.

Petua simpan makanan #1 Menyimpan udang

Kredit: Freepik

Cuci udang hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat.

Petua simpan makanan #2 Mengekalkan rasa manis ikan

Buangkan isi perut ikan tetapi jangan dibasuh. Bungkus dengan surat khabar kemudian simpan dalam peti sejuk. Basuh ikan hingga bersih hanya apabila akan dimasak. Cara ini dapat juga mengekalkan kesegaran ikan.

Petua simpan makanan #3 Mengekalkan kesegaran ikan

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara lain menyimpan ikan, susunkan ikan dalam bekas dan isikan air dalam bekas sama hingga menutupi ikan. Simpan bekas dalam peti sejuk, bukan di peti beku. Ikan akan kekal segar walaupun selepas beberapa hari.

Boleh juga jika di simpan dalam peti beku, tetapi pastikan ikan disusun setiap seekor berasingan atau beberapa ekor ikan untuk sekali masak dalam satu plastik yang sama. Isi plastik dengan air hinga menutupi ikan.

Petua simpan makanan #4 Kelapa parut tidak masam

Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus kelapa tersebut. Ini dapat mengelakkan kelapa parut daripada masam.

#5 Santan tahan lama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Freepik

Masukkan garam kasar dalam santan dan kacau rata. Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih dan berikat dalam peti beku tanpa garam.

#6 Telur tahan lama

Bersihkan telur dengan air dan lap sehingga kering. Simpannya dalam bekas berisi beras pulut. Elakkan telur daripada terjemur.

Jika ingin simpan dalam peti sejuk, letakkan telur dalam bekas berisi air. Telur akan tahan lama dan tidak busuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7 Mengekalkan kerapuhan ulam-ulaman

Kredit: Facebook Raja Patin Malaya

Rendamkan ulam-ulaman dalam air bercampur dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika dan toskan. Ulam-ulaman akan kekal rangup dan segar walaupun selepas beberapa ketika.

#8 Mengelakkan sayur layu

Bungkus sayur-sayuran dengan surat khabar yang telah dilembabkan. Hasilnya sayur tidak akan cepat layu.

#9 Elakkan beras daripada kutu beras

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Freepik

Lakukan antara pilihan berikut. Masukkan bawang putih yang tidak dikopek, daun limau, daun nangka atau 6 tangkai lada kering bersama beras dalam tempat simpanan.

#10 Bawang kisar atau lada kisar tahan lama

Kisar lada atau bawang dengan minyak dan bukan dengan air. Bagi lada kering, pastikan bijinya dibuang terlebih dahulu. Simpan di peti sejuk dalam bekas kedap udara.

Sebenarnya, banyak lagi petua lain untuk menyimpan makanan agar tahan lama. Jika anda juga punyai petua, jangan lupa kongsikan di laman Facebook kami!

Selamat mencuba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rujukan:

1001 Petua, Selenggaraan Siti Aisyah Hussain, 2004, Alaf 21 Sdn. Bhd.: Shah Alam.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Alat Pemproses Makanan Bayi Terbaik Untuk Ibu Yang Selalu Sibuk