X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

20 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perkahwinan & Alam Rumah Tangga

4 min bacaan
20 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perkahwinan & Alam Rumah Tangga

Demi perkahwinan yang harmoni, mari kita amalkan 20 petua perkahwinan bahagia, hasil perkongsian seorang blogger dan ibu kepada tiga orang cahaya mata, Puan Zayana Yusof.

Setiap bakal pengantin pasti mahukan rumah tangga yang damai, harmoni dan menggembirakan. Seorang blogger, Puan Zayana Yusof yang juga ibu kepada 3 orang cahaya mata, ada menulis tentang petua perkahwinan bahagia di dalam blognya.

Di sini, kami berkongsi dengan anda penulisan beliau tentang 20 perkara yang dia mahu anaknya tahu tentang perkahwinan dan alam rumah tangga. Mari kita baca.

Petua perkahwinan bahagia buat anak-anak yang bakal mendirikan rumah tangga 

petua perkahwinan bahagia

Kredit: Pexels

Semasa saya muda, saya ingat majlis walimatul urus itu adalah perkahwinan. Saya ingat perkahwinan adalah komitmen sehari oleh pasangan yang berpakaian serba cantik, menyambut kedatangan hadirin di hadapan pintu masuk utama di dewan kahwin.

Tidaklah saya tahu, pada masa itu, yang perkahwinan memerlukan komitmen yang besar oleh suami isteri.

Ia memerlukan komitmen untuk kekal jatuh cinta pada pasangan, untuk sentiasa tergila-gilakan pasangan, untuk ternanti-nanti kepulangan pasangan dari pejabat, untuk kekal bergetar rusuknya apabila memandang wajah pasangan.

Jadi anak-anakku sekalian, ini adalah 20 perkara yang ibu mahu kamu tahu tentang perkahwinan.

1. Apabila dilanda masalah, bersabarlah. Ikutilah kewarasan dan kepandaian kita, dan bukannya emosi. Kekal bertenang.

2. Bersikap baiklah sesama sendiri. Kamu tidak boleh mengharapkan suami pulang dengan sejambak bunga kalau kamu sendiri tidak memasak hidangan kegemarannya.

3. Kadangkala, buat tidak dengar sajalah bebelannya.

4. Dan, kadangkala juga, buat-buat tidak nampak sajalah. Abaikan saja sampah di dapur yang kamu sudah suruh dia buang sejak semalam! 

petua perkahwinan bahagia

Kredit: Redaksi

5. Tak mengapa kalau kamu buat hal masing-masing untuk sementara waktu. Kamu boleh pergi ke majlis perkahwinan sahabat kamu dan biarkan dia pergi menonton perlawanan bola sepak kegemarannya.

6. Ibu tahu bersemuka apabila dilanda masalah bukanlah mudah, tapi ia adalah asas komunikasi dalam perkahwinan. Berbincanglah. Sediakan sekotak tisu kalau kamu rasa kamu akan menangis!

7. Kepercayaan perlu dibina, dan diberi pada pasangan.

8. Kalau kamu mahu dipercayai oleh pasangan, maka berlaku jujurlah dalam perkahwinan.

9. Hormatilah pasangan. Lakukan kepadanya seperti mana kamu mahu diperlakukan.

petua perkahwinan bahagia

Kredit: Redaksi

10. Berkatalah dengan lembut, tidak rugi jika kita berlemah lembut dengan pasangan.

11. Jangan sesekali membandingkan pasangan dengan orang lain. “Suami Makcik Bedah selalu balik bawa cucur badak…abang balik? Bawa perut kosong saja.” Jangan sesekali buat begini, tiada siapa suka dibanding-bandingkan.

12. Perkahwinan adalah satu kerja berpasukan, dan kita semua tahu kerja berpasukan memang meletihkan. Kekal bertenang dan bawa bersabar. Kalau bergaduh, cari jalan penyelesaian.

13. Memarahi dan menjerit tidak akan menyelesaikan masalah.

14. Rendahkan ego diri. Minta maaf bila perlu.

20 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perkahwinan & Alam Rumah Tangga

Kredit: Pesona Pengantin

15. Walaupun ia bukan salah kamu, mulakanlah meminta maaf. Tidak salah untuk beralah dalam perkahwinan. Lambat-laun, dia pasti sedar betapa kamu mahu mengelak dari konflik.

16. Bertolak-ansur. Kamu tidak boleh mengharapkan pasangan memasak dan mengemas rumah, sedangkan si dia sedang sibuk menguruskan anak-anak.

17. Ketika suami baru pulang dari kerja bukanlah satu masa yang sesuai untuk kamu terus membebel dan merungut tentang hari yang kamu lalui. Tunggu dulu, sekurangnya selepas makan malam. Boleh?

18. Petua perkahwinan bahagia bukan berdasarkan perkara di atas saja. Malah, ia boleh melibatkan cinta di antara satu sama lain, ibadah yang dilakukan bersama, kerja charity, derma, dakwah dan sumbangan kamu kepada masyarakat. Semua ini penting juga.

Stories Rakan Kongsi
Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila
Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila
"My Child Is Healthy, How Did They Get Infected With Chickenpox?"
"My Child Is Healthy, How Did They Get Infected With Chickenpox?"
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat
Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat
20 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perkahwinan & Alam Rumah Tangga

Kredit: The Inspirasi

19. Kadangkala, kamu perlu melepaskan impian kamu demi perkahwinan. Tapi, kalau boleh, kejar semula impian kamu bila boleh, kemudian!

20. Utamakan perkahwinan itu, sebelum keibubapaan.

Bagaimana ibu ayah sekalian, adakah anda mahu berkongsikan petua perkahwinan bahagia ini dengan anak-anak anda juga?

Walaupun ia ditulis khas untuk mereka yang bakal berumah tangga, kami rasakan ia juga penting untuk kita semua yang telah lama melayari bahtera perkahwinan.

Jadi, mari amalkan petua perkahwinan bahagia berikut di rumah dan jangan lupa juga untuk kongsikan artikel ini dengan ibu ayah yang lain.

Sumber: Zayanayusof.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Selalu Bergaduh Dengan Pasangan? Cuba 2 Cara Ini Untuk Rumah Tangga Bahagia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • 20 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perkahwinan & Alam Rumah Tangga
Kongsikan:
  • Wajib Tahu! Rahsia Membuatkan Perkahwinan Bahagia Dan Berkekalan

    Wajib Tahu! Rahsia Membuatkan Perkahwinan Bahagia Dan Berkekalan

  • 5 Nasihat Perkahwinan Yang Penting Dari Seorang Ayah Berumur 40-an

    5 Nasihat Perkahwinan Yang Penting Dari Seorang Ayah Berumur 40-an

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Wajib Tahu! Rahsia Membuatkan Perkahwinan Bahagia Dan Berkekalan

    Wajib Tahu! Rahsia Membuatkan Perkahwinan Bahagia Dan Berkekalan

  • 5 Nasihat Perkahwinan Yang Penting Dari Seorang Ayah Berumur 40-an

    5 Nasihat Perkahwinan Yang Penting Dari Seorang Ayah Berumur 40-an

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.