Ada tak ibu-ibu yang mengalami masalah rambut sepanjang hamil hingga menyebabkan anda terpaksa potong rambut? Tapi beberapa bulan selepas itu, anda rasa rindu dengan rambut panjang. Jangan runsing lagi ibu, anda boleh cuba petua rambut cepat panjang ini.
Rambut panjang dan hitam berkilau memang menjadi pujaan setiap wanita. Apatah lagi ada yang sanggup menghabiskan duit untuk buat rawatan rambut di salon.
Namun, beberapa masalah yang berkaitan rambut menjadi penghalangnya seperti kelumumur, kusam, kering dan berbuah.
Tapi kalau wanita amalkan 9 petua rambut cepat panjang ini, tak mustahil rambut kembali sihat seperti sedia kala.
9 petua rambut cepat panjang, cubalah di rumah sekarang!
#1 Pakai pelembab rambut
Penggunaan pelembab rambut secara konsisten berupaya membuatkan rambut kembali bersinar. Petua rambut cepat panjang ini ada banyak kelebihannya.
Antaranya mempercepatkan pertumbuhan rambut, menjaga kelembapan rambut dan menghindari rambut dari kering. Anda boleh menggunakan pelembab rambut ini sebanyak dua kali seminggu.
#2 Hindari pewarna rambut
Anda sering tak berganti-ganti warna rambut? Untuk petua rambut cepat panjang, adalah sebaiknya anda tidak menggunakan pewarna rambut hingga boleh buatnya rosak teruk.
Hal ini kerana, pewarna rambut mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan kulit kepala hingga menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan.
Jadi kalau rasa nak cepat panjang rambut, hindari dari guna sebarang pewarna ya!
#3 Kurangkan aktiviti berenang
Petua rambut cepat panjang juga adalah dengan menghindari aktiviti berenang yang terlalu kerap kerana klorin yang ada dalam air kolam boleh membuatkan rambut rosak hingga pertumbuhan rambut menjadi perlahan.
Namun jika anda sukar meninggalkan aktivit berenang ini, anda harus pakai penutup kepala supaya dapat melindungi rambut dari klorin. Kemudian bilas terus rambut dengan syampu dan pakai conditioner supaya rambut tetap lembab dan tak kering.
#4 Banyakkan makanan protein
Salah satu petua rambut cepat panjang yang berkesan adalah dengan cara mengamalkan makanan yang mengandungi protein. Ia bantu merangsang pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat.
Oleh sebab itu, anda harus mengambil protein yang mencukupi supaya rambut memperoleh protein yang baik daripada makanan yang dimakan itu. Bahkan, ia boleh menjaga rambut menjadi sihat dan tidak rosak.
# 5 Guna teh hijau
Petua rambut cepat panjang seterusnya adalah menggunakan teh hijau. Ia merupakan salah satu bahan semula jadi yang bantu cepatkan rambut panjang.
Hal ini kerana teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat melancarkan aliran darah pada kulit hingga merangsang pertumbuhan rambut.
Cara anda boleh lakukan adalah lumurkan dua sudu teh hijau atas rambut secara menyeluruh. Kemudian tutup rambut dengan kain, biarkan selama 20 ke 30 minit. Selepas itu bilas dengan air hingga bersih.
# 6 Manfaat santan kelapa
Antara petua rambut cepat panjang yang selalu kita dengar juga adalah menggunakan santan kelapa secara dua kali seminggu. Bahkan ia dapat menghalus dan melembutkan rambut.
Cara penggunaannya, lumur santan kelapa pada kulit kepala kemudian tutup dengan kain selama 15 ke 20 minit. Selepas itu bilas hingga bersih. Pasti anda dapat rasa rambut semakin lembut dan bersinar selepas itu. Best, kan?
#7 Rawat rambut dengan lidah buaya
Ada banyak khasiat lidah buaya dalam menambahkan nutrisi pada rambut tanpa perlu diragu lagi. Lidah buaya juga sering menjadi bahan utama dalam pembuatan syampu dan produk rawatan rambut.
Namun untuk mendapatkan manfaat secara terus, anda boleh menggunakan gel lidah buaya selepas kupas kulitnya. Kemudian lumur ke atas rambut dan biarkan selama 20 ke 30 minit. Selepas itu bilas bersih.
Untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat, anda boleh tambah titisan madu dalam gel lidah buaya tersebut dan lumur pada rambut.
#8 Minyak zaitun
Minyak zaitun memang terkenal dalam petua rambut cepat panjang kerana khasiat dan nutrisi yang terkandung dalam minyak zaitun berupaya membuatkan rambut bersinar, sihat, dan cepat lebat serta panjang.
Bahkan, penggunaan minyak zaitun juga dapat melembutkan rambut yang sering kusam dan menambahkan kilauan pada rambut supaya kekal hitam dan bersinar secara semulajadi.
#9 Bawang merah
Kandungan belerang yang tinggi pada bawang merah berupaya membuatkan rambut tumbuh secara semulajadi.
Caranya juga mudah dengan kupas sebiji bawang merah. Kemudian parut dan perah hingga air bawang merah keluar. Selepas itu, lumurkannya pada kulit secara menyeluruh dan biarkan selama beberapa minit. Ia dijamin rambut cepat panjang.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Tokopedia
Baca juga:
11 Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu