Bayi dilahirkan dengan kulit yang cantik dan halus. Malangnya, mereka boleh mengalami ruam susu atau ruam-ruam lain beberapa hari selepas dilahirkan.
Ruam adalah perkara biasa walaupun ia nampak teruk. Syukurlah, ruam tidak menyebabkan rasa sakit atau ketidakselesaan pada bayi anda.
Ruam susu itu apa?
Ruam paling biasa adalah ruam susu. Ruam ini kelihatan seperti ruam merah pada bahagian dagu, pipi atau hidung bayi yang baru lahir.
Bagi bayi yang lebih tua, ia kelihatan seperti jerawat putih pada muka atau bahunya.
Rata-rata ibu akan risau apabila melihat ruam susu mula naik pada anak. Pasti pelbagai cara digunakan untuk mengatasi ruam itu, namun ia tidak berjaya.
Antara cara yang ibu-ibu biasa buat adalah dengan menggunakan susu ibu atau air masak.
Masalah ruam susu biasanya disebabkan tindak balas alahan terhadap formula susu atau hormon dalam susu ibu.
Ruam ini juga boleh terjadi jika susu telah dibiarkan kering pada muka bayi dan tidak disapu bersih.
Selain itu, keadaan kulit anak yang sentiasa basah dengan air liur atau bersentuhan dengan kain serta bahan-bahan kimia seperti minyak wangi juga akan menyebabkan ruam.
6 petua untuk ruam susu
Sebenarnya ruam ini boleh hilang sendiri tanpa rawatan. Tapi kerana ia tidak cantik dipandang, ibu bapa selalunya akan cuba merawat ruam susu dengan krim.
Salah satu krim yang berkesan adalah krim steroid dan krim ini hanya diberi oleh doktor apabila ruam bayi sangat merah, menebal dan berterusan.
Ibu bapa harus berhati-hati apabila menggunakan krim ini kerana ia boleh menipiskan kulit dan kulit bayi anda akan menjadi lebih sensitif.
Oleh itu mari cuba petua-petua berkesan di bawah untuk merawat ruam susu dan menjaga kulit bayi agar kekal selembut sutera:
#1 Bunga melati
Bunga melati yang biasa kita tengok ini adalah bunga yang berwarna putih, berbau manis dan sering digunakan dalam ubat semulajadi kerana sifat-sifat penyembuhannya.
Walaupun bunga melati biasanya digunakan sebagai sedatif untuk merawat kemurungan dan ia juga agen afrodisiak yang boleh merangsangkan nafsu seks, tahukah anda ia juga boleh merawat ruam susu?
Sejukkan bunga itu sebelum menggosokkannya dengan lembut pada ruam bayi anda.
Minyak yang dikeluarkan oleh bunga melati bukan hanya boleh merawat ruam malah ia juga boleh melembapkan kulit.
#2 Wonder cream atau krim serba guna untuk bayi
Wonder cream yang senang dibeli di kedai bayi dan di farmasi tertentu tidak terlalu mahal dan adalah krim yang baik untuk merawat ruam susu.
Ibu bapa hanya perlu menyapu sedikit lapisan nipis krim tersebut untuk merawat dan menenangkan ruam dengan cepat.
#3 Pembersih muka yang lembut
Seringkali ubat, krim atau pembersih muka paling lembut akan berkesan untuk mengatasi masalah ruam susu.
Cuba basuhkan muka bayi anda dengan pembersih muka Cetaphil atau Physiogel kerana kedua-dua produk ini terbukti boleh merawat ruam susu dalam masa beberapa hari sahaja.
#4 Susu ibu
Susu ibu adalah salah satu remedi yang sangat berkesan untuk ruam susu.
Ia selamat digunakan, tidak mempunyai bahan-bahan kimia dan mempunyai sifat penyembuhan semulajadi.
Basahkan bola kapas dengan susu ibu, kemudian perlahan-lahan sapukan pada ruam bayi setiap hari sehingga ia pulih.
#5 Kain basah yang bersih
Ruam susu boleh dicegah dan dielak jika kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih.
Jadi, pastikan ibu bapa telah mengelap muka bayi dengan kain yang lembut, basah dan bersih selepas penyusuan.
#6 Tukar tuala dan pakaian bayi dengan kerap
Pakaian dan tuala bayi selalunya senang kotor dengan lelehan air liur dan susu ibu. Kerapkanlah amalan menukarkan baju dan kain lapik dada mereka untuk mengurangkan ruam susu.
Anda ada tip-tip lain yang boleh membantu?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: