Ingin Hubungan Intim Kekal Lebih Lama? Cuba 8 Petua Pasti Menjadi Ini!

Ingin aksi asmara yang kekal lebih lama daripada 10 minit? Cuba 8 petua ini untuk bertahan lebih lama ketika di ranjang. Barulah seronok anda berdua.

Walaupun kajian telah membuktikan pasangan suami tak adalah bertahan lama mana pun di ranjang, tapi anda mesti nak ia lebih dari 10 minit, kan? Kalau itu yang anda impikan dalam perkahwinan, kami ada 8 petua tahan lama yang berguna untuk anda.

Jom cuba petua ini agar anda boleh menikmati hubungan intim yang lebih lama dengan pasangan, dan rasa lebih puas dari sebelum ini!

1. Cuba lebih kreatif dan bijak meneroka

Tahukah anda yang posisi missionary sebenarnya memberi lebih rangsangan pada suami?

Kredit: Wikimedia Commons

Sebab itulah mereka lebih mudah mencapai orgasma kalau dalam posisi ini. Apa yang patut anda buat sekarang adalah dengan mencuba posisi lain pula.

Posisi baru mungkin akan mengurangkan rangsangan dan boleh buat suami lambat terangsang sikit.

Sempatlah anda capai klimaks dulu!

2. Bersenam sama-sama

Hubungan seks adalah aktiviti yang mampu membakar kalori. Jadi, ia memerlukan banyak tenaga dan stamina. Jika anda nak sesi berintiman yang lebih lama, sudah tiba masanya untuk anda dan pasangan jadi sihat sama-sama.

Nak sihat, tak lain tak bukan kena bersenam secara rutin. 

Dengan bersenam, kalian boleh kekal fit dan ada tenaga yang diperlukan. Macam itu barulah boleh banyak-banyak round (jika itu anda nak!)

3. Jangan lupa foreplay!

Kredit: Flickr

Petua tahan lebih lama paling mudah untuk di ranjang adalah dengan melakukan foreplay dulu.

Foreplay adalah teknik “memanaskan badan” sebelum beraksi. Janganlah kalian terus jump ke hubungan kelamin.

Cuba panaskan badan dulu sambil mencium pasangan dengan lembut. 

4. Teknik “Mula dan Berhenti”

Ini salah satu petua tahan lama paling mudah untuk melambatkan orgasma pada suami. Caranya – apabila pasangan anda sudah ingin mencapai klimaks, anda kena berhenti memberi rangsangan.

Kemudian, selepas rasa ingin pancut itu hilang, barulah kalian mulakan kembali aksi. Anda boleh cuba teknik ini berulang-ulang kali, sampai kalian berdua puas dengan sesi tersebut.

5. Sehari sebelum berasmara

Ini teknik yang pasti menjamin waktu berasmara yang lebih lama dengan pasangan.

Caranya dengan merancang sehari sebelum anda dan pasangan berasmara. Waktu itu, suruh suami mengeluarkan spermanya terlebih dulu dengan melancap.

Dengan cara ini, keesokan harinya dia pasti boleh tahan lebih lama di ranjang!

6. Makan makanan ini

Ya, makanan boleh dijadikan sebagai senjata untuk meningkatkan stamina seksual anda. 

Antara makanan yang disaran pakar adalah buah beri biru. Buah ini mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien yang mampu meningkatkan stamina.

Makanan lain yang anda boleh cuba juga adalah bijirin dan roti.

7. Pakai kondom 

Kondom umpama satu “dinding” yang boleh mengurangkan rasa sensitif pada zakar pasangan. 

Semakin kurang rasa sensitif ini, semakin pasangan boleh tahan lebih lama di ranjang. 

Tapi kalau anda atau suami tak suka memakai getah kondom, kalian boleh cuba guna krim kurang sensitif atau losyen untuk zakar sebagai pilihan lain.

8. Berbincang dengan doktor

Ada banyak sebab mengapa suami anda mungkin tak dapat bertahan terlalu lama ketika beraksi.

Antara sebabnya adalah kerana masalah kesihatan yang sengaja tidak mahu dibawa berbincang.

Ia seperti masalah ejakulasi pramatang. Ramai lelaki mengalami masalah ini dan malu untuk bercakap tentangnya. Jika anda syak pasangan anda mungkin mengalami masalah sama, cubalah berlembut dengannya.

Pujuk mereka untuk berbincang dengan doktor pakar bagi mendapatkan jalan penyelesaian.

Apapun, selagi kita boleh cuba, kita akan cuba sedaya-upaya, kan! Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam hubungan intim bersama pasangan.

Sumber rujukan: theAsianparent Singapura

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 5 Trik Asmara Isteri Wajib Cuba Untuk Goda Dan Bikin Suami “Wow”

Baca juga: 10 Tip Berasmara Diam-Diam Selepas Anak Anda Tidur

Baca juga: 6 Rahsia Suami Boleh Panaskan Aksi Di Ranjang

Penulis

Ayu Idris