Bayi masuk ICU lepas dirawat dengan petua untuk penyakit kuning ini! Jangan suka-suka cuba petua

Walaupun penyakit kuning boleh hilang sendiri, masih lebih baik untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mencuba sendiri petua untuk penyakit kuning.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila menerima nasihat dan petua untuk penyakit kuning dari warga yang lebih tua ataupun saudara mara, ibu baru perlu berhati-hati dan tidak hanya ikut dengan buta sahaja.

Walaupun kita perlu menghormati pendapat orang tua yang lebih berpengalaman, ini tidak bermakna nasihat mereka lebih baik dari nasihat wakil perubatan profesional yang terlatih. 

Seorang ibu di China memberi amaran bahaya mengikut petua untuk penyakit kuning di rumah tanpa merujuk kepada doktor terlebih dulu. Biarpun niatnya baik, ia telah menyebabkan bayi ini masuk unit rawatan rapi!

Menurut post Facebook yang viral dalam masa 2 minggu, bayi itu dikejar ke hospital kerana mengalami komplikasi selepas diberi jus anggur, kononnya petua untuk penyakit kuning. 

Petua lain yang dicadangkan termasuk serbuk mutiara bayi dan jus segar. Tetapi petua-petua ini tidak membantu dan hanya memburukkan keadaan. 

Kesiannya, perut bayi kecil itu yang masih mentah dan tidak dapat mencerna jus anggur yang diberi, walaupun sudah beberapa hari. Akhirnya bayi itu dimasukkan ke dalam wad ICU dan disambungkan titisan intravena dan tiub perut.

tangkap layar : 三个包子一个家 – 小肉包专卖店 Facebook page

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan petua untuk penyakit kuning yang salah

Doktor di hospital terkejut apabila menemui jus anggur di perut bayi. Doktor ingin tahu mengapa jus anggur diberikan apabila hanya susu ibu atau formula selamat untuk bayi baru lahir. 

Ibu itu memberitahu doktor dia telahpun merayu supaya bayinya tidak diberi serbuk mutiara dan jus anggur, tetapi orang tuanya tidak menghiraukan kata-katanya. 

Nasib baik bayi itu akhirnya berjaya diselamatkan! Jadi ingat ya ibu bapa. Jangan sebarang mengamalkan petua untuk penyakit kuning tanpa pengesahan dari doktor terlebih dulu. 

Apa yang ibu bapa perlu tahu mengenai rawatan dan petua untuk penyakit kuning yang betul

Bayi dengan penyakit kuning akan mempunyai kulit dan bahagian putih mata yang berwarna kuning. Keadaan ini disebabkan oleh jumlah bilirubin yang banyak dalam badan bayi baru lahir pada minggu pertama kehidupan. 

Semua ini mungkin sangat mengelirukan untuk ibu-ibu baru, tapi adalah lebih baik untuk bertanya dengan doktor sebelum mencuba sebarang petua tak kira apa pun umur anak anda.

Sekiranya ibu-ibu memerlukan petua untuk penyakit kuning, terdapat tips dan cara semula jadi yang tidak melibatkan memberi anak makanan yang tidak selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Berjemur di bawah cahaya matahari

Walaupun doktor akan mengesyorkan rawatan fototerapi di hospital, ada juga yang menyarankan berjemur di bawah cahaya matahari. Tapi jangan dedahkan kulit sensitif bayi kepada cahaya matahari begitu sahaja untuk mengelakkan selaran matahari.

Sebaliknya dukung anak anda dalam bilik yang hangat dan terang. Buka pakaian mereka sehingga ke lampin dan biar mereka berjemur seketika. Tapi jangan lama-lama supaya mereka tidak kesejukkan.

2. Susu yang senang dicerna

Kerapkan menyusukan bayi anda kerana ini akan menggalakkan pergerakan usus yang dapat membantu menyinkirkan bilirubin berlebihan melalui najis bayi anda.

3. Penyusuan tambahan boleh membantu menangani masalah pemakanan

Sekiranya susu anda tidak mencukupi ataupun anda sedang mengalami masalah untuk menyusu, doktor mungkin akan mengesyorkan susu formula tambahan, terutamanya jika berat badan bayi anda semakin turun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu boleh diberikan melalui sudu, cawan atau jarum suntik untuk mengelakkan kekeliruan puting. Jika ibu-ibu masih ragu-ragu, tanyalah pendapat doktor lain. 

Sekiranya tidak dirawat, penyakit kuning boleh mengakibatkan kerosakan otak dan juga kematian. Walaupun kadang-kadang penyakit kuning akan hilang sendiri, ia masih lebih baik untuk mendapat rawatan dan nasihat doktor. 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Sumber: Mayo ClinicLivestrong, News Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Berapa bacaan normal untuk jaundice atau penyakit kuning pada bayi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio