Masukkan barang, tutup kotak dan tekan, voila! Siap semua barang yang sentiasa terdedah dengan bakteria dan virus kini disinfeksi dengan semupurna menggunakan Philips UV-C Disinfection Box!
Memang mudah dan tahap keberkesanannya dalam mematikan virusd dan bakteria juga terbukti. Apa yang lebih menarik, anda boleh disinfeksi pelbagai item yang anda mahu. Lebih-lebih lagi item yang sering digunakan dan dibawa kemana-mana seperti telefon pintar, kunci kereta, kunci rumah, alat kawalan jauh, alat mainan bayi dan sebagainya.
Hanya menggunakan cahaya UV
Setiap apa yang kita pegang dan bawa keluar dari rumah boleh mengakibatkan penyebaran virus, bakteria dan kuman. Dalam kajian makmal, sumber biasan cahaya Signify’s UV-C mampu mengurangkan virus yang menjadi penyebab COVID-19 (SARS-CoV-2) ini pada semua permukaan item yang sering digunbakan dalam masa 9 saat. Jadi secara tidak langsung dapat membantu melindungi keluarga anda dari virus yang membawa maut ini.
Barang-barang yang boleh disinfeksi menggunakan Philips UV-C Disinfection Box
- Item persendirian: Seperti kunci, duit dan dompet.
- Item elektronik: Seperti telefon pintar, earphones, tetikus, jam, alat kawalan jauh dan banyak lagi.
- Item penjagaan diri: Seperti sikat, berus gigi, span badan, dll.
- Alatan makan: Sudu, garfu, pisau, pinggan mangkuk dan sebagainya.
- Alat Mainan Anak: Alat mainan bayi yang kecil, plushy bantal bayi dan sebagainya.
- Barangan keperluan bayi: Seperti botol susu, puting bayi dan alat mainan.
Fungsi setiap mode Philips UV-C Disinfection Box
Seperti yang anda lihat dalam rajah, setiap mode mempunyai fungsi yang berlainan, dan anda perlu faham fungsinya bagi mengelakkan kerosakan pada barangan anda, terutamanya barang elektronik tidak boleh digunakan dalam mode ‘kering’ / ‘dry’.
Disinfect: Berfungsi untuk mematikan virus dan bakteria. Anda boleh masukkan barang-barang elektronik, mainan bayi, dan alat-alat yang sering digunakan dalam mode ini.
Storage: Berfungsi untuk kekal menyahkan virus sekiranya barang dibiarkan di dalam.
Dry: Mode kering ini hanya digunakan untuk item-item yang basah atau lembap dan ingin dikeringkan. Jangan letak barang elektronik di dalam mode ini, ia akan mengakibatkan kerosakan pada barang elektronik anda.
Disinfect+Dry: Berfungsi untuk mengeringkan barang dan disinfeksi virus serta kuman dalam masa yang sama.
Mengenai Signify
Signify dan Universiti Boston mengesahkan keberkesanan sumber cahaya UV-C Signify untuk menyahaktifkan virus yang menyebabkan COVID-19.
Keputusan ujian menunjukkan bahawa virus itu tidak lagi dapat dikesan selepas beberapa saat pendedahannya kepada cahaya.
Signify (Euronext: LIGHT), peneraju dunia dalam pencahayaan, bersama-sama dengan National Emerging Infectious Diseases Laboratories (NEIDL)1 di Universiti Boston di AS telah menjalankan penyelidikan yang mengesahkan keberkesanan sumber cahaya UV-C Signify terhadap penyahaktifan SARS -CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19.
Sejak bermulanya musim pandemik dan penyebaran wabak SARS CoV-2, Dr. Anthony Griffiths, Profesor Madya Mikrobiologi dari Sekolah Perubatan Universiti Boston dan pasukannya telah berusaha membangunkan alat untuk menyokong kemajuan saintifik dalam bidang ini.
Semasa penyelidikan mereka, mereka telah merawat bahan yang diinokulasi dengan dos sinaran UV-C berbeza yang datang daripada sumber cahaya Signify dan menilai kapasiti penyahaktifan dalam pelbagai keadaan. Pasukan itu menggunakan dos 5mJ/cm2, mengakibatkan pengurangan virus SARS-CoV-2 sebanyak 99% dalam masa 6 saat. Berdasarkan data, telah ditentukan bahawa dos 22mJ/cm2 akan menghasilkan pengurangan sebanyak 99.9999% dalam masa 25 saat.
“Keputusan ujian kami menunjukkan bahawa di atas dos sinaran UV-C tertentu, virus telah dinyahaktifkan sepenuhnya: dalam masa beberapa saat kami tidak dapat mengesan sebarang virus lagi,” kata Dr. Anthony Griffiths. “Kami sangat teruja dengan penemuan ini dan berharap ini akan mempercepatkan pembangunan produk yang boleh membantu mengehadkan penyebaran COVID-19.”
Baca Juga: Nak Ajar Anak Bersihkan Rumah? Ini Teknik Yang Tepat!