TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bengang Banyak Kerja, Pengasuh Taska Gores Kepala Bayi Dengan Pin Tudung!

19 Nov, 2019
Bengang Banyak Kerja, Pengasuh Taska Gores Kepala Bayi Dengan Pin Tudung!

Akibat terlalu marah dengan majikan di pusat taska kerana banyak beri kerja, seorang pengasuh didenda kerana menggores kepala bayi dengan pin tudung

Terlalu banyak kes yang melibatkan pengasuh taska hingga membuatkan ramai ibu bapa sedikit bimbang untuk menghantar si jantung hati ke tangan orang lain di sepanjang ketiadaan mereka kerana keluar bekerja.

Namun, itulah yang berlaku kepada bayi yang berumur setahun ini apabila kepalanya cedera kerana digores pin tudung oleh salah seorang kakitangan di pusat taska.

Gores kepala bayi dengan pin tudung

pengasuh taska

Pengasuh taska tersebut melepaskan rasa marah dan geram kerana diberikan terlalu banyak kerja hingga dia bertindak menggores kepala seorang bayi lelaki yang berumur setahun dengan menggunakan pin tudung.

Atas kesalahan yang dilakukan itu, dia dikenakan hukuman denda sebanyak RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana telah mendera bayi tersebut.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan jika wanita tersebut tidak berjaya atau gagal membayar denda RM12,000 itu, dia bakal dipenjarakan selama empat bulan. Apatah lagi, kesalahan yang dilakukan itu sangat berat kerana mendatangkan kecederaan kepada bayi yang belum tahu apa-apa.

Bahkan, pengasuh pusat taska itu didakwa secara sengaja melakukan penderaan terhadap bayi hingga mengakibatkan kecederaan di atas kepala dan menampakkan kesan calar digores pin tudung.

Kejadian ini berlaku di sebuah pusat taska di Jalan Bukit Pantai, Bukit Pantai Brickfields Kuala Lumpur.

Kesalahan yang dilakukan ini mengikut Seksyen 21 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengasuh merupakan penuntut universiti awam

pengasuh

Pengasuh pusat taska itu merupakan wanita berumur 22 tahun yang juga penuntut sebuah universiti awam yang diwakili peguan Datuk Dr Mohd Radzuan Ibrahim telah memohon hukuman ringan atas alasan ia adalah kesalahan pertama anak guamnya dan perlakuan tersebut dilakukan atas dasar marah.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohad Jafri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana terlalu banyak kes penderaan yang membabitkan bayi dan kanak-kanak tidak kira yang tinggal di pusat taska atau di rumah pengasuh.

Bayi alami empat kesan calar

pin tudung gores atas kepala

Disebabkan tertuduh melakukan perbuatan menggores pin tudung itu, bayi setahun berkenaan mengalami kesan calar di atas kepalanya.

Sebab itu, marah atau geram sekalipun bukanlah alasan untuk mendera orang lain terutama kepada seorang bayi yang masih lagi kecil.

Apatah lagi, dia adalah orang yang diberi amanah oleh ibu bapa bayi untuk mengasuh anak mereka dengan baik, bukannya dera atau sebagainya.

Atas sebab itu juga, Timbalan Pendakwa Raya meminta mahkamah mengenakan hukuman supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dengan perbuatan yang dilakukan.

Kriteria taska yang bagus

Keputusan menghantar anak ke taska tentunya menjadi sesuatu yang berat, terutama anak begitu rapat dengan kita 24 jam. Namun sebagai ibu yang bekerja, anda harus tekadkan hati supaya merelakan si kecil untuk dijaga oleh orang lain sepanjang anda keluar bekerja.

Bagi membantu mengurangkan kegusaran dan kebimbangan anda terhadap pusat taska, berikut adalah ciri-ciri pengasuh yang baik untuk dijadikan rujukan di masa depan:

#1. Pertama sekali yang harus dipandang apabila menghantar anak ke pusat taska adalah mempunyai persekitaran yang bersih seperti kawasan permainan, tempat tidurnya, tandas, dapur, kelas dan sebagainya.

#2. Taska telah didaftar di bawah JKM atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Taska tersebut juga mestilah dibawah pemantauan bomba dan penyelamat.

#3. Seorang guru hanya maksimum jaga tiga bayi sahaja. Sementara toodler pula seorang guru 5 murid dan playschool satu guru 10 murid.

#4. Melakukan pemeriksaan suhu badan setiap hari sebelum taska menerima anak-anak anda. Sekiranya anak demam teruk, selsema, penyakit berjangkit dan sebagainya taska tidak akan menerima kehadiran mereka.

#5. Menyediakan satu buku log untuk mencatatkan aktiviti harian bayi seperti bilangan oz susu yang diminum, bubur yang diberikan, lampin pakai buang yang digunakan dan sebagainya. Segala rutin harian si kecil akan dicatat dalam buku rekod tersebut.

#6. Taska yang berdaftar tidak akan menerima bayi yang tidak mendapat vaksin sepenuhnya kerana bimbang penyakit berjangkit kepada bayi yang lain.

Stories Rakan Kongsi
Usher in the Lunar New Year at With Celebrations at Sunway Putra Mall
Usher in the Lunar New Year at With Celebrations at Sunway Putra Mall
Boosting Their Immune System: 5 Ways To Keep Your Growing Up Child Fit and Strong
Boosting Their Immune System: 5 Ways To Keep Your Growing Up Child Fit and Strong
Do Not Take the Rotavirus Disease Lightly!
Do Not Take the Rotavirus Disease Lightly!
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita

#7. Ada aktiviti yang dilakukan dalam taska secara individu atau bersama rakan-rakannya.

Semoga pusat taska yang diberikan amanah menjaga anak-anak kecil menunjukkan contoh yang baik kerana anda adalah orang yang dipercayai oleh ibu bapa untuk mengasuh anak kecil dengan sepenuh kasih dan sayang.

Bengang Banyak Kerja, Pengasuh Taska Gores Kepala Bayi Dengan Pin Tudung!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Sehinggit 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-menangis-pergi-taska-pengasuh

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bengang Banyak Kerja, Pengasuh Taska Gores Kepala Bayi Dengan Pin Tudung!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham