Untungnya, Wanita Pipi Tembam Lebih Lambat Tua & Banyak Keistimewaan Lain! - Kajian

Kajian mengatakan perempuan pipi tembam lebih lambat tua, benarkah?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan kini, wanita di zaman serba moden lebih suka wajah yang tirus dan nampak langsing. Malah mereka sangat menitikberatkan penjagaan diri terutama di bahagian muka supaya kelihatan cantik dan menarik. Apatah lagi gadis berusia 20-an lebih suka nampak pipi cengkung berbanding pipi tembam.

Namun, tahukah anda pipi tembam mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding mereka yang memiliki pipi cengkung atau rahang yang tirus?

 

Berdasarkan kajian yang dibuat, pemilik pipi bulat harus bangga dengan kelebihan yang mereka miliki kerana sebab-sebab ini seperti di bawah.

Keistimewaan buat pemilik pipi tembam

#1. Nampak lebih muda

Jika ibu bapa memiliki pipi bulat, tentunya ia akan menurun kepada anak-anak mereka. Cuba pandang wajah ibu atau ayah anda, mereka kelihatan lebih muda dari usia sebenar, bukan? Jadi banggalah dengan kelebihan anda itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Proses penuaan lebih perlahan

Mungkin ramai yang kata pipi tembam ini nampak tak cantik sebab bulat sangat. Tapi sebenarnya ada keistimewaan yang anda tak tahu di mana pipi tembam boleh melambatkan penuaan disebabkan pipi penuh dan kelihatan bulat. Jadi susahlah nak nampak kedut sekitar wajah. Bestkan!

#3. Kelihatan feminin

Menurut kajian, lelaki lebih suka dan minat pada perempuan yang berwajah tembam kerana nampak lebih comel dan feminin.

#4. Mesra dan mudah didekati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemilik pipi tembam ini juga memiliki sifat yang mudah mesra dan ramah dengan semua orang. Bahkan, mereka kelihatan lebih sopan dan lemah lembut berbanding wanita berpipi tirus. Eh, jangan marah ya!

#5. Bijak sembunyi emosi

Ini paling syok kalau ada masalah pun orang susah nak  detect kerana wajah anda akan kelihatan natural saja dan riang setiap masa. Walaupun tak senyum anda tetap nampak manis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Mudah nak kenal si pipi tembam

Menurut sains, kita lebih mudah kenali seseorang yang mempunyak karakter atau bentuk wajah baby face. Jadi sekali pandang sudah boleh tahu si pemiliknya.

Jadi bersyukurlah dengan keistimewaan yang anda miliki itu kerana pipi bulat akan nampak lebih manis, comel dan sedap mata memandang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Pesona Pengantin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Berapa Usia Yang Terlalu Tua Untuk Seorang Wanita Mengandung?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan