PLUS Jangka 2 Juta Kenderaan Balik Kampung Cuti Raya Nanti, Rancang Perjalanan Elak Sesak

Risau jalan sesak nak balik kampung nanti? PLUS telah mengeluarkan senarai waktu-waktu jalan yang boleh dielak oleh pengguna lebuh raya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

PLUS Malaysia Berhad telah mengeluarkan saranan waktu-waktu yang perlu dielakkan pengguna lebuh raya ketika sambutan Hari Raya akan datang ini.

Menurut PLUS, mereka mengjangkakan hampir dua juta kenderaan sehari dijangka keluar dari bandar raya Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung halaman masing-masing menggunakan lebuhraya PLUS dan LPT2 kendalian mereka kelak yang bersamaan dengan peningkatan 20% berbanding hari-hari biasa.

Lebih banyak kenderaan akan berada di jalan dan lebuh raya dalam tempoh ini kerana tarikh cuti sekolah yang serentak dengan cuti kakitangan kerajaan dan swasta.  Selain itu, terdapat cuti Hari Pekerja dan cuti ganti dua hari sebelum cuti hari raya. 

Tambahan pula, ramai yang mengimpikan suasana meriah menyambut hari raya bersama sanak-saudara di kampung setelah dua tahun terhalang berbuat demikian oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pandemik Covid-19. 

PLUS minta rancang perjalanan pada waktu puncak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah waktu-waktu puncak yang dijangka akan sesak pada:

  • 20 hingga 21 April
  • 24 hingga 25 April
  • 29 April hingga 1 Mei
  • 4 hingga 7 Mei

Oleh itu, pengguna disarankan merancang perjalanan mereka bagi mengelakkan kesesakan yang dijangka berlaku pada tarikh-tarikh di atas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang ramai juga tidak perlu risau kerana PLUS juga akan turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan dalam tempoh terdekat ini sebagai strategi untuk mengagihkan trafik dan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka untuk pulang ke kampung atau kembali semula ke Lembah Klang pada musim perayaan ini.

Bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS telah membuat persediaan dan mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa di lebuh raya.

Strategi-strategi tersebut merangkumi aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, pengurusan trafik di plaza tol, pengurusan kemudahan di kawasan rehat, hebahan maklumat trafik dan sebagainya

Sementara itu, bagi mengurangkan kesesakan, PLUS juga akan menghentikan sementara kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan di lebuh raya mulai 19 April hingga 1 Mei akan datang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini sempena musim perayaan di Lebuhraya PLUS dan LPT2 menerusi beberapa medium komunikasi dengan mengikuti Twitter @PLUStrafik atau twitter @LPT2trafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, stesen-stesen radio dan papan tanda elektronik (VMS).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Tip Travel Ketika Balik Kampung

Baca juga : 10 tip balik raya naik kereta ketika mengandung, no #6 paling penting kena buat!

Baca juga : Adakah Travel Semasa Hamil Selamat? Ini Tip Travel Di Udara, Darat & Air

Penulis

Nursyamimi