Kaum wanita, adakah anda perasan, pada panties anda ada seakan-akan ada poket kecil yang biasanya kain yang digunakan sebenarnya menggunakan material lain daripada kain seluar dalam?
Bagi yang sudah perasan, pasti selama ini anda tertanya-tanya apakah kegunaan poket kecil berkenaan kan? Nak kata tempat untuk pantyliner tidak jugak, kalau untuk sanitary pad lagilah bukan.
Jadi inilah kegunaan poket kecil ini yang sebenarnya amat besar tugasnya untuk bahagian intim anda.
Poket kecil pada seluar dalam wanita penting rupanya
Ramai pasti tertanya-tertanya, kadang-kadang anda akan menemui lapisan kain lebih pada bahagian tengah seluar dalam perempuan yang membentuk seperti poket kecil.
Lapisan kain ini dijahit pada bahagian hujungnya saja, sedangkan bahagian hujung atas dan bawah tidak dijahit. Pelik bukan? Ramai wanita meneka mungkin lapisan ini sengaja dibuat untuk menyembunyikan sesuatu, tapi kenyataannya, jahitan ini dibuat demi kesihatan Miss V anda.
Menurut kajian, bila hujung atas dan bawah kain ada lebih jahitan, garis benang tersebut dapat bergesel dengan Miss V dan menghalang aliran udara.
Jangan ambil mudah aspek penjagaan Miss V
Ini antara 7 perkara yang anda wajib buat jika sayangkan miss V anda!
#1. Basuh dengan berhati-hati
Faraj merupakan antara bahagian badan yang paling sensitif untuk wanita. Bahagian intim ini mempunyai tahap pH yang sangat seimbang untuk melakukan ‘tugas’ menjaga kebersihan faraj dengan baik.
Oleh itu, tidak perlu menggosok bahagian dalam atau douching. Cara yang paling mudah adalah dengan membasuh faraj menggunakan sabun khusus atau hanya menggunakan air suam.
Sentiasa ingat bahawa produk kebersihan biasa seperti sabun badan mempunyai pH yang tidak sesuai untuk faraj yang boleh mengakibatkan gatal dan bau.
#2. Makan yogurt, probiotik
Amalkan memakan yogurt dan makanan kaya probiotik untuk manfaat kesihatan faraj anda. Ia mengandungi bakteria baik yang diperlukan wanita.
Dipercayai bahawa keseimbangan pH boleh diperolehi secara semula jadi dengan makan makanan sedemikian. Pilihan yang baik untuk mengamalkan makan yogurt adalah hanya secawan yogurt sehari, yang dapat membantu menyingkirkan jangkitan yis dan membunuh penyakit serta organisma penyebab jangkitan.
#3. Lakukan senaman kegel
Melakukan senaman kegel dapat membantu menguatkan otot lantai pelvis sekiranya tergelincir (prolaps), kebocoran air kencing atau mengalami masalah lemah otot lantai pelvis.
#4. Elakkan seluar terlalu ketat
Elakkan memakai pakaian yang ketat atau bahan yang menghalang pengudaraan seperti poliester. Ia menghalang faraj daripada bernafas dengan betul, sekali gus ia mewujudkan haba, kelembapan dan geseran yang boleh merengsakan vulva.
Untuk mengelakkan kerengsaan atau jangkitan, dinasihatkan untuk memakai seluar yang longgar dan diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kapas.
#5. Elak merokok, alkohol
Hadkan pengambilan minuman beralkohol dan sebaiknya hindari tabiat merokok. Penyalahgunaan alkohol boleh menjejaskan fungsi seksual.
Pengambilan nikotin boleh mengurangkan keghairahan seksual. Penyalahgunaan bahan tertentu juga boleh menyebabkan kesihatan fizikal dan mental menjadi lemah, yang turut boleh mendatangkan kesan terhadap fungsi seksual.
#6. Buang air kecil lepas hubungan seks
Sebelum dan selepas melakukan hubungan seks, anda perlu kencing untuk mengeluarkan air kencing anda. Kencing membantu mencegah jangkitan saluran kencing yang boleh berlaku apabila kuman uretra (urethra) ditolak ke dalam vagina ketika bersetubuh.
Ingatlah untuk mencuci sebelum dan selepas ke bilik air untuk menghentikan penyebaran bakteria.
#7. Jaga kesihatan tubuh badan
Amalkan pengambilan diet pemakanan yang betul, kawal berat badan dan bersenam. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan badan anda, tetapi ia juga baik untuk kesihatan organ seksual anda juga.
Jika anda mengalami masalah kesihatan yang kronik, boleh meningkatan risiko masalah kepada alat kemaluan wanita, seperti diabetes yang tidak terkawal boleh menyebabkan kecenderungan yang tinggi untuk mengalami UTI dan jangkitan yis.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Miss V bau busuk kerana 6 kesalahan ini yang anda sering lakukan!
Baca juga: Miss V Gatal-Gatal Adakah Ia Petanda Bahaya Atau Normal?
Baca juga: Bagaimana Bau Miss V Yang Normal? Kalau Bau Roti, Maknanya Sihat! Jika Bau #6 Jumpa Doktor!