Kadang-kadang, kita tak tahu kenapa miss V bau busuk, walaupun kita sudah menjaga kebersihan faraj dengan sebaiknya. Kenapa miss V masih bau busuk, dan apa yang boleh dibuat untuk menghilangkan bau tersebut?
Kami yakin, pasti ramai yang tertanya-tanya, adakah bau faraj mereka normal. Pasti anda pernah melalui pengalaman miss V bau busuk tiba-tiba, dan anda mengharapkan tiada orang lain yang bau!
Tapi usah khuatir. Bau yang keluar dari vagina memang agak “aneh”. Ia normal. Akan tetapi, ada juga bau yang tidak normal.
Menurut buku The V Book: A Doctor’s Guide to Complete Vulvovaginal Health yang ditulis Dr Elizabeth Gunther Steward, peka dengan bau apa yang keluar dari vagina anda itu.
Semak artikel ini untuk mengetahui tentang jenis-jenis bau vagina.
5 Penyebab Utama Kenapa Miss V Bau Busuk
Selepas anda mengetahui apakah jenis-jenis bau faraj, ayuh kita semak tentang mengapa ia terjadi dahulu sebelum kita bincang tentang 12 cara mengatasinya.
Berikut antara 5 penyebab utama kenapa miss V bau busuk:
Penyebab miss V bau busuk #1 Peluh
Peluh akan meninggalkan kotoran di kulit. Seluar yang ketat pula akan “menyekat” peluh dari keluar, lalu meningkatkan penyebaran bakteria. Inilah penyebab kenapa faraj berbau!
Penyebab miss V bau busuk #2 Jangkitan bakteria
Salah satu sebab utama kenapa faraj berbau adalah kerana jangkitan bakteria di alat kelamin tersebut. Antara tanda-tanda jangkitan adalah sakit ketika kencing atau seks, dan keluar cecair putih.
Jangkitan kelamin amat bahaya dan boleh berjangkit. Antibiotik akan diberi untuk mengurangkan gejala.
Penyebab miss V bau busuk #3 Perubahan hormon
Lendiran faraj anda bergantung kepada pelepasan hormon yang terjadi di dalam badan setiap bulan. Contohnya seperti ovulasi, haid, mahupun menopaus.
Penyebab miss V bau busuk #4 Jarang salin pad/pantyliner
Kadang-kadang, perbuatan jarang menyalin pad atau pantyliner juga akan “menyimpan” bakteria lalu mendatangkan bau yang kurang enak
Penyebab miss V bau busuk #5 Pemakanan
Pakar mendedahkan yang makanan juga boleh memberi kesan kepada bau yang dikeluarkan anda.
Menurut kajian, makanan seperti cili, bawang putih, bawang, keju, ikan, brokoli, dan lada hitam memberi kesan kepada bau badan.
12 Cara Mengatasi Masalah Miss V Bau Busuk
Terdapat banyak cara yang boleh mengatasi masalah miss V bau busuk. Apa kata anda cuba salah satu daripada 12 cara yang kami senaraikan di bawah ini:
- Pemilihan seluar dalam/seluar: Pilih seluar yang longgar dan dari kain kapas supaya vagina boleh “bernafas”
- Selalu salin seluar dalam, terutamanya jika cuaca panas, dan basuh vagina sebelum tukar!
- Basuh faraj selepas seks: Gabungan dari cecair penis dan vagina menghasilkan bau yang kurang enak
- Basuh faraj dari hadapan ke belakang, bukan sebaliknya!
- Makan yogurt: Yogurt mengandungi probiotik yang membantu mengimbangi PH dalam vagina
- Minum banyak jus kranberi: Asid dan antioksidan dalam buah tersebut (malah buah sitrus lain!) akan menghilangkan bau busuk dan membunuh bakteria jahat
- Mandi dua atau tiga kali sehari, lebih-lebih lagi selepas bersenam atau ketika keluar banyak peluh
- Minum banyak air
- Guna minyak pati: Tea tree oil katanya amat membantu! Masukkan minyak pati ini ke dalam air dan basuh faraj dengannya sebanyak 3 hingga 5 kali sehari
- Guna cuka epal: Masukkan sedikit cuka dalam air mandian dan tunggu selama 20 minit. Cuka epal amat berkesan membunuh bakteria
- Jangan guna sabun pewangi kerana ia akan menjejaskan tahap PH farah, dan mengandungi kimia kasar
- Jangan amalkan douche, atau “korek-korek” mahupun sebarang pencuci feminen.
Akan tetapi, jika miss V bau busuk anda disertakan dengan rasa sakit di bahagian telinga, sila dapatkan pemeriksaan pakar dengan segera.
Tiada apa yang perlu dimalu untuk memeriksa kesihatan faraj anda. Apapun, jangan berlengah jika anda rasa miss V anda mengeluarkan bau yang agak busuk ya!
Artikel ini asalnya ditulis oleh Anna Santos dan mendapat kebenaran theAsianparent Philippines untuk diterjemah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Keputihan Wanita Yang Berlebihan Penyebab Vagina Berbau, Ini Cara Berkesan Mengatasinya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!