Perlindungan Untuk Ibu Dan Anak Yang Akan Lahir, 6 Polisi Insuran Terbaik Untuk Ibu Hamil Ini Boleh Dipilih

Perlindungan Untuk Ibu Dan Anak Yang Akan Lahir, 6 Polisi Insuran Terbaik Untuk Ibu Hamil Ini Boleh Dipilih

Sekarang anda telah memutuskan untuk melabur dalam insurans kehamilan, bagaimana pula anda mahu memilih pelan polisi insuran terbaik?

Tahniah, ibu kini sudah memasuki trimester ke-2! Pastinya saat menunggu kelahiran anak adalah sebuah perasaan yang sangat menggembirakan. Anda dan pasangan juga mungkin sudah mula membuat persediaan kewangan untuk menyambut cahaya mata ke dunia salah satunya menerusi polisi insuran.

Bagi setiap ibu bapa di luar sana, beban kewangan pertama dalam perjalanan keibubapaan mereka bermula dengan kelahiran bayi. Melahirkan bayi di hospital swasta di Malaysia sangat mahal malah dan masalah boleh berlaku semasa kehamilan, ataupun bayi anda mungkin dijangkiti penyakit kongenital, dan ia menyebabkan kos rawatan hospital pada waktu itu mungkin lebih tinggi dari jangkaan.

Daripada terus risau tentang kemungkinan ditimpa musibah atau masalah kewangan, adalah lebih baik jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan pelan perlindungan yang sesuai sebagai persediaan bersalin.

Jangan risau, kerana di sinilah polisi insuran memainkan peranan namun dengan pelbagai jenis insurans untuk ibu hamil di Malaysia yang ditawarkan, bagaimana anda memilih yang terbaik untuk anda?

Perbezaan Insurans Dan Takaful

Perlindungan Untuk Ibu Dan Anak Yang Akan Lahir, 6 Polisi Insuran Terbaik Untuk Ibu Hamil Ini Boleh Dipilih

Salah satu elemen perancangan kewangan yang baik ialah dengan mendapatkan perlindungan insurans. Sebelum itu, tahukah anda insurans dan takaful mempunyai fungsi yang berbeza.

Sekilas pandang, memang kedua-duanya nampak sama kerana berkongsi objektif untuk memberikan perlindungan daripada kerugian wang. Walau bagaimanapun, ada beberapa perbezaan ketara di antara kedua-dua jenis insurans ini jika dilihat secara teliti. 

  • Insurans – Dari segi asasnya, maksud insuran adalah melibatkan persetujuan antara orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (yang akan menanggung risiko). Persetujuan ini dikenali sebagai polisi, dan untuk anda menerima perlindungan sebagai pemegang polisi, anda perlu membuat bayaran, juga dipanggil premium, kepada syarikat insurans yang berkenaan.

    Premium yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat insurans. Anda tidak boleh memilih bagaimana pelaburan tersebut dibuat dan ini mungkin melibatkan perniagaan yang tidak mematuhi prinsip syariah, termasuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian, riba dan berisiko tinggi/ketidaktentuan.

  • Takaful – Apa itu takaful? Secara amnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi. Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful. Sama seperti insurans, pengendali Takaful akan melaburkan sumbangan anda juga. Walau bagaimanapun, hanya perniagaan patuh syariah sahaja yang berkelayakan. Oleh itu, beban fikiran anda dapat diringankan jika anda ingin memastikan langganan Takaful anda adalah patuh syariah.

Bagaimana Memilih Polisi Insuran Terbaik

Perlindungan Untuk Ibu Dan Anak Yang Akan Lahir, 6 Polisi Insuran Terbaik Untuk Ibu Hamil Ini Boleh Dipilih

Setiap suami mahukan perkhidmatan yang terbaik untuk isterinya bagi menyambut kelahiran anak mereka dan si isteri pula teringin memastikan anak yang bakal lahir pula mendapat perkhidmatan yang terbaik dan semestinya hospital swasta menjadi pilihan utama.
 
Namun tiada sebarang plan perlindungan insurans di Malaysia mahupun di seluruh dunia yang menanggung kos untuk bersalin namun terdapat pelan yang melindungi komplikasi kehamilan dan anak yang bakal lahir daripada penyakit konginetal sekaligus dapat dijadikan persediaan bersalin buat pasangan.

Sekarang anda telah memutuskan untuk melabur dalam insurans kehamilan, bagaimana pula anda mahu memilih pelan terbaik? Kebanyakan pelan insurans bersalin kelihatan sama dan sukar untuk dibezakan jadi anda boleh mempertimbangkan kriteria-kriteria seperti berikut.

1. Keluasan liputan

Mempunyai sejarah penyakit tertentu atau adakah anda mempunyai risiko komplikasi kehamilan yang lebih tinggi kerana usia? Contohnya, wanita berumur lebih 40 tahun mempunyai risiko kehamilan yang lebih tinggi dengan kemungkinan komplikasi kehamilan yang lebih tinggi.

Pastikan anda memilih pelan yang cukup komprehensif untuk tahap risiko anda.

2. Jumlah diinsuranskan

Anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan atau hospital swasta? Kos komplikasi akan meningkat dengan pilihan hospital yang anda pilih. Oleh itu, pastikan jumlah yang diinsuranskan mencukupi untuk menampung kos komplikasi yang dijangkakan.

Perkara terakhir yang anda mahukan ialah melabur dalam pelan yang masih memerlukan ‘bayaran luar biasa’ sekiranya berlaku komplikasi.

3. Kehamilan daripada teknologi bantuan reproduktif

Tidak semua penanggung insurans melindungi kehamilan daripada teknologi bantuan reroduktif seperti IVF. Sesetengah penanggung insurans yang melindungi kehamilan sedemikian juga mungkin mengenakan kadar premium tambahan.

4. Faedah tambahan

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk wang anda, pastikan anda membandingkan dan mengkaji faedah tambahan yang ditawarkan oleh setiap pelan kepada anda.

Banyak pelan perlindungan di pasaran cuba membezakan diri mereka dengan menawarkan faedah tambahan seperti perlindungan tambahan, pemindahan perlindungan, kemasukan automatik dan lain-lain.

5. Bajet

Jadi lebih praktikal. Pastikan anda komited kepada pelan yang sesuai dengan bajet dan tahap risiko anda.

6. Pengecualian

Pastikan anda memahami sepenuhnya senarai pengecualian dan jika terdapat sebarang keraguan, berunding dengan doktor anda atau penasihat kewangan anda sebelum membuat komitmen kepada pelan perlindungan ini.

6 Polisi Insuran Terbaik Untuk Ibu Hamil

Kami telah membentangkan panduan komprehensif untuk memilih polisi insuran bersalin yang paling sesuai untuk anda dan pasangan. Ini akan memberikan anda ketenangan fikiran sebelum memulakan perjalanan anda sebagai ibu bapa baru.

Polisi Insuran Kehamilan Terbaik
PreciousCover dan BabyCover oleh Allianz Life
Polisi Insurans Terbaik Untuk Kehamilan IVF
more info icon Hubungi di sini
PruBSN Anggun (MomCare) oleh Prudential BSN Takaful
Polisi Insurans Terbaik Dengan Bantuan Rawatan Kesuburan
more info icon Hubungi di sini
A-Plus BabyCare Xtra-i oleh AIA Public Takaful
Polisi Insurans Terbaik Untuk Anak Dilahirkan Autisme, Hiperaktif dan Disklesia
more info icon Hubungi di sini
SmartProtect Junior (Smart Baby Shield) oleh Great Eastern Life
Polisi Insurans Terbaik Dengan Jaminan Besar Semasa Tempoh Kehamilan
more info icon Hubungi di sini
PRUMy Child Plus oleh Prudential
Polisi Insurans Terbaik Boleh Dikembangkan Kepada Dana Simpanan Pendidikan
more info icon Hubungi di sini
Flex Maternity Care oleh Zurich
Polisi Insurans Terbaik Dengan Bonus Kelahiran Bayi
more info icon Hubungi di sini

PreciousCover dan BabyCover oleh Allianz Life

Polisi Insuran Terbaik Untuk Kehamilan IVF

PreciousCover dan BabyCover Allianz Life polisi insuran

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad menerusi Allianz Life memperkenalkan pelan PreciousCover dan BabyCover yang memberikan ibu hamil dan bayi yang baru lahir pelbagai perlindungan sebelum dan selepas kelahiran, dan juga perlindungan untuk anak.

PreciousCover memberikan perlindungan menyeluruh kepada ibu-ibu ketika dan selepas kehamilan sementara BabyCover melindungi anak daripada penyakit kritikal dan gangguan perkembangan kanak-kanak.

Manfaat tambahan :

  • Melindungi kehamilan tunggal dari teknologi bantuan reroduktif termasuk Inseminasi Intrauterin, Inseminasi Intraserviks, dan Persenyawaan Vitro (IVF)
  • Faedah khas untuk bayi baru lahir di bawah pelan PreciousCover adalah manfaat jika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Unit Kebergantungan Tinggi, dan Unit Rawatan Rapi Neonatal, serta Manfaat Rawatan Fototerapi tanpa keperluan untuk dimasukkan ke hospital.
  • Manfaat rawatan psikoterapi bagi ibu untuk keadaan seperti Gangguan Kemurungan Utama dan Gangguan Kebimbangan Umum.
  • PreciousCover juga memberikan perlindungan terhadap 19 penyakit kongenital untuk kanak-kanak sehingga usia lima tahun. Manfaat ini membayar sehingga RM20,000 apabila kanak-kanak itu didiagnosis dengan salah satu penyakit tersebut.

PruBSN Anggun (MomCare) oleh Prudential BSN Takaful

Polisi Insuran Terbaik Dengan Bantuan Rawatan Kesuburan

PruBSN Anggun (MomCare) Prudential BSN Takaful polisi insuran

PruBSN Anggun merupakan pelan perlindungan insurans yang dirangka khusus untuk para wanita. Pelan insurans itu bermula dari serendah RM50 sebulan, menawarkan perlindungan terhadap penyakit khusus wanita, penjagaan kesihatan mental yang komprehensif, kesihatan dan kesejahteraan wanita serta ganjaran tunai untuk meraikan pencapaian dan kejayaan dalam kehidupan mereka.

Di bawah PruBSN Anggun, menampilkan manfaat tambahan iaitu Mom Care yang direka khas sebagai persediaan bersalin untuk melindungi bakal ibu terhadap komplikasi kehamilan dan anak mereka daripada penyakit konginetal. PruBSN juga memperkenalkan Penjagaan Kesuburan, ciri pertama di pasaran dengan memberikan bantuan untuk merealisasikan cita-cita untuk menjadi seorang ibu.

Manfaat tambahan :

  • Perlindungan untuk komplikasi kehamilan termasuk kematian semasa kehamilan seawal minggu ke-14 kehamilan
  • Membayar balik bantuan bagi rawatan kesuburan anda ketika diperlukan.
  • Perlindungan untuk anak terhadap penyakit sejak lahir yang bermula sejurus selepas kelahiran.
  • Perlindungan Mom Care sehingga umur 50 tahun umur pada hari jadi akan datang.

A-Plus BabyCare Xtra-i oleh AIA Public Takaful

Polisi Insuran Terbaik Untuk Anak Dilahirkan Autisme, Hiperaktif dan Disklesia

A-Plus BabyCare Xtra-i AIA Public Takaful polisi insuran

 

A-Plus BabyCare Xtra-i dapat memberikan perlindungan yang terbaik kepada anda dan anak anda ketika tempoh kehamilan mahupun sepanjang fasa tumbesaran anak anda. Anda boleh mula menggunakan pelan ini seawal usia 13 minggu dan anak akan dilindungi sehingga 5 tahun!

Manfaat tambahan :

  • Memberi perlindungan terhadap 7 komplikasi kehamilan serta kematian bayi anda semasa masih dalam kandungan. A-Plus BabyCare Xtra-i juga memberikan perlindungan jika berlaku kematian kepada ibu disebabkan oleh komplikasi kehamilan atau ketika melahirkan anak dan kematian fetus (28 minggu dan seterusnya).
  • A-Plus BabyCare Xtra-i akan membayar balik kos rawatan perubatan sekiranya anak anda dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal, Unit Rawatan Rapi atau Unit Rawatan Separa Rapi selama 30 hari pertama sejak kelahiran.
  • Memberikan faedah perlindungan terhadap 19 Keadaan Kongenital dan 4 Gangguan Tumbesaran Kanak-kanak seperti Gangguan Spektrum Autisme, Gangguan Defisit Perhatian Hiperaktif, Disleksia dan Pembantutan Teruk Perkembangan Motor atau Percakapan.

SmartProtect Junior (Smart Baby Shield) oleh Great Eastern Life

Polisi Insuran Terbaik Dengan Jaminan Besar Semasa Tempoh Kehamilan

SmartProtect Junior (Smart Baby Shield) Great Eastern Life polisi insuran

Pelan ini merupakan pelan tunggangan yang boleh dikepilkan bersama pelan Smart Protect Junior yang akan melindungi bayi anda sejak dari kandungan lagi sehingga anda melahirkannya.

Ia menyediakan perlindungan yang anda perlukan untuk menghadapi sebarang kemungkin sepanjang tempoh tersebut dan juga menyediakan manfaat penghospitalan serta manfaat lain untuk membantu anda dan anak anda mengharungi saat yang penting dalam kehidupan anda.

Manfaat tambahan :

  • Sekiranya mana-mana komplikasi yang dilindungi timbul semasa kehamilan anda, anda akan menerima manfaat sekaligus sebanyak RM5,000 untuk membantu kos rawatan.
  • Smart Baby Shield menyediakan faedah tunai harian sebanyak RM5002 sekiranya anda atau anak anda memerlukan kemasukan ke NICU/ICU/HDU3, memberikan anda ketenangan fikiran.
  • Dengan Smart Baby Shield, anda dilindungi dari segi kewangan daripada beberapa penyakit berjangkit dan keadaan kongenital yang mungkin menyerang anda atau bayi anda.
  • Perlindungan kritikal untuk bayi anda yang baru lahir.
  • Pelan ini meliputi penjagaan segera untuk bayi anda yang baru lahir. Jika anak anda dikehendaki dimasukkan ke dalam inkubator dalam tempoh 60 hari selepas kelahiran, manfaat tunai sebanyak RM200 akan dibayar setiap hari. Manfaat sekaligus sebanyak RM1,000 juga perlu dibayar jika bayi baru lahir anda memerlukan Rawatan Fototerapi untuk Jaundis Neonatal.
  • Sekiranya berlaku kematian ibu akibat komplikasi bersalin atau mengandung, anda akan menerima manfaat sekaligus sebanyak RM30,000. Sekiranya kematian anak berlaku semasa mengandung, jumlah sekali gus RM5,000 dan Jumlah Nilai Pelaburan akan dibayar kepada anda.
  • Perlindungan asas terhadap kanser bersalin. Selepas diagnosis kanser pada ibu mengandung, Smart Baby Shield menyediakan bantuan kewangan untuk menyokong anda dalam laluan pemulihan.

PRUMy Child Plus oleh Prudential

Polisi Insuran Terbaik Boleh Dikembangkan Kepada Dana Simpanan Pendidikan

PRUMy Child Plus Prudential polisi insuran

Penyelesaian menerusi pelan PRUWith You yang memastikan anak anda dilindungi sehingga dewasa. Pelan ini menyediakan perlindungan menyeluruh untuk ibu dan bayi dalam kandungannya semasa mengandung dan memastikan kanak-kanak dilindungi semasa tahun pertumbuhannya.

Manfaat tambahan :

  • Faedah penjagaan kehamilan dan penjagaan anak sehingga umur 5 tahun.
  • Perlindungan penyakit kritikal kanak-kanak yang bertukar kepada penyakit kritikal dewasa pada usia 25 tahun. Meliputi penyakit kritikal seperti kanser, strok, masalah jantung, hilang upaya, dan lain-lain.
  • Simpanan diketepikan untuk mengembangkan dana pendidikan mereka dengan rider seperti PRUSaver Kid untuk membantu anda mula menabung untuk pendidikan mereka seawal usia bayi.
  • Perlindungan tambahan yang membayar sekaligus, pendapatan tetap atau kos hospital jika anak anda mengalami kemalangan atau penyakit serius.

Flex Maternity Care oleh Zurich

Polisi Insuran Terbaik Dengan Bonus Kelahiran Bayi

Flex Maternity Care Zurich polisi insuran

Dari awal kehamilan, hingga melahirkan malah sehingga bayi berusia 2 tahun, Flex Maternity Care bersedia untuk melindungi ibu dan si manja. Sekiranya anda seorang wanita berusia antara 16 hingga 45 tahun dan berumur antara 18 hingga 35 minggu ke dalam kehamilan, anda boleh melampirkan pelan Flex Maternity Care ke pelan insurans berkaitan pelaburan premium biasa anda.

Manfaat tambahan :
  • Bayaran 200% jumlah jaminan jika kematian ibu disebabkan komplikasi.
  • Bayaran faedah harian semasa kemasukan ibu ke ICU atau HDU kerana komplikasi.
  • Manfaat sekaligus akan dibayar kerana penyakit kongenital berdasarkan jadual faedah.
  • Bayaran faedah harian semasa kemasukan anak ke ICU atau HDU kerana Kelahiran Pramatang, Penyakit Tangan, Makanan & Mulut, Demam Denggi, Pneumonia, Bronkitis atau Jaundis.
  • Bayaran faedah harian semasa tempoh intubasi anak yang baru lahir.
  • Ibu akan mendapat elaun untuk meraikan kedatangan bayi.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

 

Baca juga:  5 Insurans Simpanan Terbaik Di Malaysia Yang Boleh Anda Pilih!

Baca juga: Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

Baca juga: Prudential Malaysia Perkenal PRUAII Care Bagi Menambah Perlindungan Penyakit Kritikal