Dipaksa Melutut Di Bara Api Oleh Ibu Sendiri, Hanya Kerana Dituduh Ponteng Sekolah!

Hukum anak biar berpada-pada, selidik dulu sebetulnya wahai ibu bapa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda mendapati anak anda ponteng sekolah, apa yang akan anda lakukan? 

Setiap ibu bapa mempunyai cara berbeza untuk menghukum anak, bertujuan untuk memberi pengajaran kepada anak supaya tidak mengulangi kesalahan itu lagi.

Tetapi sebelum melakukan hukuman, ibu bapa perlu menyelidik dahulu sekiranya anak benar-benar telah melakukan kesalahan tersebut.

Anak Dituduh Ponteng Sekolah, Ibu Paksa Melutut Atas Bara Api

Inilah yang berlaku di Filipina, apabila seorang budak perempuan telah dihukum berat atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Ibunya tidak mempercayai kata-kata anaknya dan bertindak memberikan hukuman yang terlalu berat buat si kecil tersebut.

Menurut laporan, Claire, 8 tahun, telah pergi ke sekolah pada hari kejadian. Walau bagaimanapun, gurunya membenarkan anak-anak murid untuk menamatkan kelas lebih awal dan bermain hujan sempena Hari Pembaptisan St.John.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Claire yang teruja telah meninggalkan beg sekolahnya di dalam kelas dan bercadang ingin mengambilnya semula selepas acara, namun malang apabila kelas tersebut telah dikunci pula. Jadi Claire terpaksa pulang ke rumah tanpa membawa pulang beg sekolahnya.

Ibu Anggap Ponteng Kerana Anak Pulang Tanpa Beg

Sesampainya di rumah, ibunya mula bertanyakan tentang perihal beg sekolah Claire dan terus menuduhnya anaknya sengaja tidak hadir ke sekolah. Dia menyuruh anaknya pergi semula mengambil beg, namun dia tetap pulang dengan tangan kosong.

Malangnya, ibunya menjadi baran dan memukul kanak-kanak tersebut dengan objek keras dan kayu api yang digunakan untuk memasak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berkaitan: Ibu dera bayi kembar 6 bulan

Setelah beberapa hari kejadian, gurunya mendapati Claire tidak hadir ke sekolah terlalu lama. Jadi dia membuat keputusan untuk pergi ke rumah Claire di bandar Tukuran untuk bertanyakan hal tersebut.

Didera Menggunakan Bara Api

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setibanya di rumah Claire, guru tersebut terkejut apabila mendapati Claire dalam keadaan menahan kesakitan kerana kedua-dua lututnya mengalami lecuran yang sangat teruk! Rupa-rupanya ibunya telah melakukan perbuatan jahat terhadap si kecil tersebut dengan memaksanya melutut di atas bara. 

Kejamnya!

Gurunya serta merta membuat laporan kepada jabatan kampung dan pihak polis. Menurut sumber, ini bukanlah pertama kali Claire didera sedemikian, malah ibubapa Claire sudah pun dipanggil dan diberi amaran beberapa kali oleh pihak jabatan kampung untuk menghentikan penderaan terhadap anak mereka.

Sampai hati si ibu melakukan sedemikian terhadap anak mereka. Semoga anak-anak kita tidak bertemu dengan orang yang kejam seperti ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: borakdaily

Baca juga:

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman