Bila pergi ke bazar Ramadan, salah satu kuih tradisi yang wajib dibeli mestilah popia goreng. Kuih ini memang sedap apatah lagi makan ketika panas- panas sejurus selepas siap digoreng. Kalau dapat inti yang penuh dan padat lagi lah berselera dibuatnya.
Walaupun terdapat pelbagai variasi popia sekarang ini, namun yang asli tetap menjadi pilihan. Sekiranya anda ingin cuba buat resepi popia yang mudah, apa kata cuba resepi yang dikongsikan oleh Noraini Wahid di laman Facebook Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan – BIKMM.
Resepi ini digunakan buat berniaga dan paling laku untuk dijual di bulan Ramadan. Rata-rata penggemarnya yang dah pernah merasainya sekali pasti nak repeat lagi.
Isi Kandungan
Resepi Popia Goreng Simple Tapi Sedap
Bahan-bahan:
- Kulit popia
- 1 biji sengkuang besar (500gm)
- 2 batang lobak
- 20-25 ekor udang buang kulit (cincang jangan dikisar)
- 2 ulas bawang putih cincang
- 1 pek perencah sup sayur adabi
- 2 sudu lada sulah
- Garam
- 2-3sudu minyak bijan
- Bawang goreng segenggam
Cara-cara membuat popia goreng:
- Tumis bawang putih dan isi udang sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan pula hirisan sengkuang dan lobak. Gaul sekata.
- Perasakan dengan garam dan perencah sup.
- Renjis minyak bijan sedikit.
- Masak sehingga lobak sudah lembut.
- Taburkan bawang goreng.
- Setelah siap masak, toskan supaya tidak berair.
- Untuk proses menggulung, ambil kulit popia bersaiz besar. Gulung longgar supaya kulit garing sekata semasa menggoreng.
- Selepas menggulung, pastikan tepung yang dicalitkan pada hujung kulit popia betul-betul kering supaya tidak jadi lembik.
- Semasa menggoreng, kawal suhu api. Tidak terlalu panas atau terlalu perlahan.
- Tos dan letakkan pada kertas minyak berulang kali untuk mengelakkan kuih jadi berminyak dan popia lemau.
Resepi Sos Popia Goreng
Bahan-bahan:
- Sos cili
- 2 ulas bawang putih
-
7-8 batang lada merah
-
10 batang cili merah
-
4-5 sudu cuka
-
4-5 sudu sos tomato
- 1 sudu tepung jagung
-
Garam
-
Gula
Cara-cara membuat sos popia goreng:
- Kisar semua bahan.
- Masak atas dapur sehingga mendidih.
- Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi kuah jadi cair atau pekat ikut selera.
Selamat mencuba!
Baca juga: Suka Makan Popiah? Ini Resepi Popiah Cheese Viral Mudah, Boleh Buat Di Rumah!
Baca juga: Resepi Popia Carbonara Yang Rangup Dan Lemak Berkrim! Sedap Dan Lebih Kenyang