Selain kerepek, resipi popia nestum antara menu kudapan paling mudah untuk anda sediakan. Ia juga menjadi kegemaran seisi keluarga. Kerangupan dan rasa lemak manis popia yang ditabur nestum itu membuatkan sekejap sahaja sebalang sudah habis.
Jika selama ini anda membeli, apa kata kali ini buat sendiri dengan resipi popia nestum yang mudah. Lebih jimat dan boleh makan puas-puas!
Resipi Popia Nestum Sedap
Bahan Untuk Popia Nestum
-
- 1 bungkus kulit popia
- 1/2 cawan nestum (lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
- 1/2 cawan horlicks
- 1/2 cawan gula halus
Bahan untuk gam:
-
-
- 2 sudu besar tepung
- 1/4 cawan air
-
Cara Buat Popia Nestum
1. Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
2. Gulung kulit popia menggunakan sebatang lidi sate atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
3. Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
4. Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
5. Goreng sehingga kekuningan.
6. Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.
Tip
- Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Resepi Kerabu Maggi Enak Seperti Makan Di Thailand, Wajib Pakai Maggi Jenama Ini!
Baca juga : Resepi Jajan Sedap & Rangup Berasaskan Makaroni, Guna Satu Bahan Boleh Jadi 5 Perisa!
Baca juga : Resepi Kek Batik Yang Mudah & Sedap, Menu Kudapan Petang Favourite Anak-Anak Di Rumah