Anda Selalu Pilih Posisi Missionary Ketika Bersama? Ini 7 Perkara Suami Fikir Tentangnya...

Anda dan suami selalu melakukan posisi missionary ketika di ranjang? Rupa-rupanya, ini antara 7 benda yang suami selalu fikir ketika melakukan missionary!

Siapa yang tidak tahu tentang posisi missionary? Posisi seks ini adalah posisi klasik yang sudah terkenal sejak zaman dulu lagi. 

Malah, posisi ini juga pernah muncul dalam pelbagai karya seni kuno seperti dari Yunani, Roman, Peruvia, India, China dan Jepun. Tak mustahil mengapa posisi missionary menjadi kegemaran ramai pasangan.

Terutamanya buat pasangan yang suka mood romantik. Posisi missionary ini akan menjanjikan satu bonding istimewa antara anda dan pasangan kerana kalian boleh saling memandang, bercumbuan dan membelai satu sama lain. 

Namun, pernahkan anda terbayang apa yang difikirkan suami jika kalian asyik melakukan posisi missionary ini saja? Pasti bosan, kan?

Selain bosan, ini antara 7 perkara lain yang mereka fikirkan…

7 perkara yang difikir suami ketika buat posisi missionary

1. “Ini seks malas…”

Posisi ini memang memudahkan para isteri kerana kita hanya perlu berbaring dan kelihatan “pasrah”. Sebab itu suami akan menganggap ia satu posisi seks malas.

Tapi kalau isteri kepenatan, posisi ini merupakan posisi yang tepat.

2. “Adakah awak betul-betul menikmati posisi missionary ini?”

Kalau kalian melakukan posisi ini dan anda hanya diam membisu, pasti suami akan mula ragu-ragu dan mula memikirkan sama ada anda betul-betul menikmati posisi ini atau tidak. 

Jadi, jangan mendiamkan diri dan seakan “menerima” saja, ya!

3. “Boleh tak kalau awak jadi lebih aktif?”

Percayalah, pasangan anda pasti tidak mahu melakukan gaya ini jika anda tidak menunjukkan sebarang ghairah atau aksi panas. 

4. “Kenapa diam saja? Okay tak?”

Jika anda tak beri banyak respon, pasangan akan menganggap anda hanya mahu menerima tapi tidak mahu memberi.

Ini membuatkan mereka tertanya-tanya, anda okay ke tidak? Agar suami tidak tertanya-tanya, ungkaplah apa yang anda rasa dengan suara dan desahan. 

5. “Posisi missionary ini paling sesuai kalau nak cepat atau ketika tengah malam!”

Malam sudah semakin larut dan tiba-tiba pasangan inginkan seks? Inilah pilihan yang akan dipilih. Biasanya, rangsangan dari posisi ini juga akan membuatkan suami lebih cepat ejakulasi.

Jadi, tak payah “berkerja keras”.

6. “Rasa pelik pula bila asyik pandang mata?”

Jika kalian sering melakukan posisi ini, pasti suami akan merasa sedikit kekok jika kerap memandang tepat ke mata anda. 

Untuk tidak membuatkan suami berasa kekol, cuba tatap matanya dengan mesra tapi mengghairahkan. Jangan lupa berdesah untuk membuatkan suami lebih bersemangat.

7. “Rasa nak ganti gaya ini!”

Ya, memang ramai yang menggemari posisi hubungan intim ini. Tapi, suami juga boleh bosan kalau kalian asyik melakukan posisi sama. 

 

 

 

 

 

Kredit gambar: Rebel Circus

Baca juga:

5 posisi berasmara sambil pakai bantal, dijamin isteri lebih cepat capai klimaks!

Penulis

Ayu Idris