Zodiak dapat menggambarkan sifat dan perilaku tertentu tentang anda mahupun pasangan. Tak terkecuali juga, posisi seks.
Jika selama ini, anda dan pasangan kurang puas dan susah nak mencapai klimaks, mungkin kalian belum cuba posisi seks kegemaran pasangan masing-masing.
Macam mana nak tahu posisi seks kegemaran pasangan? Nah! Hari ini, kami akan bawakan 12 posisi seks kegemaran pasangan anda, berdasarkan zodiak mereka.
Tak salah pun kalau anda mencuba gaya-gaya berintiman ini. Nak capai perkahwinan yang bahagia, hubungan seks kalian pun mestilah sihat, kan?
Jadi, jom kita tengok apakah 12 posisi hubungan intim kegemaran pasangan mengikut zodiaknya.
12 posisi seks kegemaran pasangan mengikut zodiak
1. Aries (21 Mac – 20 April)
Aries ini memiliki sifat spontan, berani dan dinamik secara semula jadi. Mereka tahu apa yang mereka mahu dan mereka suka perbuatan yang mendadak.
Nak memanaskan panggung (foreplay) bukan satu masalah bagi seorang Aries, jadi mereka boleh melakukan seks di mana-mana saja.
Posisi seks kegemaran mereka? Pastilah posisi dari belakang ini kerana ia mudah, cepat, sedap dan boleh dilakukan di mana-mana saja!
Mereka boleh dibuai dengan kucupan di leher dan sentuhan dari belakang.
2. Taurus (21 April – 20 Mei)
Taurus adalah insan berjiwa lembut yang suka melakukan apa saja yang disukainya. Malah, mereka juga tidak kedekut untuk mencuba pelbagai posisi bagi memuaskan pasangan.
Taurus seboleh-bolehnya mahukan win-win situation dalam setiap benda yang dia lakukan. Sifat baik hatinya ini juga terpapar dalam posisi seks kegemarannya.
Taurus suka meminta pasangan memberi “servis” pada bahagian bawahnya, dan sebagai balasan, mereka juga akan beri “servis” tersebut pada anda!
3. Gemini (21 Mei – 20 Jun)
Ramai orang sering menganggap individu dengan zodiak Gemini sebagai orang yang tidak serius dan hanya ingin bermain-main saja.
Tapi ia sebenarnya tidak betul. Orang Gemini ini sungguh baik hati dan mereka suka menggoda pasangan agar lebih “sensual”.
Oleh sebab itu, posisi seks doggy style ataupun stail doggy style yang telah diubahsuai menjadi posisi kegemaran mereka.
Mereka ingin posisi yang “sedap” malah menambah keintiman.
4. Cancer (21 Jun – 21 Julai)
Orang yang berzodiak Cancer ini memiliki sifat baik hati, suka memberi perhatian dan amat setia. Walau bagaimanapun, emosi mereka agak kurang stabil.
Sebagai orang yang lebih suka duduk di dalam rumah, Cancer gemar mencuba posisi-posisi seks yang boleh dilakukan di mana-mana saja dalam rumah.
Antara posisi kegemarannya ialah posisi berintiman di atas sofa atau dari belakang. Mereka enjoy menikmati pemandangan punggung dan leher pasangan yang seksi.
5. Leo (22 Julai – 21 Ogos)
Leo adalah salah satu zodiak dengan peribadi dominan dalam hal cinta. Mereka aktif, kuat memimpin dan mahukan sesuatu yang buat mereka rasa berkuasa.
Tak hairan mengapa posisi seks kegemaran Leo ialah apabila pasangan harus “bergantung” padanya.
Sebagai seorang Leo, mereka suka mendominasikan permainan dan rasa “tidak selesa” jika keluar dari posisi berkuasa.
Jadi jika anda mahu cuba posisi kegemaran mereka ini, biar Leo menentukan tempo dan gerak permainan.
6. Virgo (22 Ogos – 21 September)
Individu berzodiak Virgo adalah hopeless romantic – mereka amat romantik dalam hubungan malah ketika berhubungan seks!
Sebab itu mereka suka melihat muka pasangan ketika berintiman. Mereka tahu bagaimana cara nak menikmati tubuh pasangan secara maksimum kerana mereka sudah menghafalnya.
Jadi, posisi kegemaran mereka adalah posisi yang dapat lihat muka pasangan seperti woman on top atau mana-mana posisi berkaitan lain kerana jika mereka berada betul-betul di hadapan pasangan, pergerakan lebih mudah.
Barulah mereka pun lebih puas!
7. Libra (22 September – 21 Oktober)
Bersifat tenang, elegan dan sering tampak menarik malah romantik adalah daya pemikat utama untuk individu dengan zodiak Libra.
Mereka juga ada cara untuk membuatkan pasangan mereka sentiasa rasa beruntung, malah rasa cantik mahupun tampan.
Libra suka dengan sesuatu yang harmoni. Jadi, mereka fleksibel dalam pelbagai gaya posisi. Jika anda di atas, itu tidak bermaksud anda berhak mengawal permainan.
Libra akan mengimbangi tugas anda dan turut melakukan pergerakan. Pinggang, dada, leher, dan punggung adalah tempat yang paling Libra suka.
8. Scorpio (22 September – 21 November)
Individu dengan zodiak Scorpio bersifat ghairah dan memiliki daya seksual yang tinggi. Mereka juga amat bertenaga, lebih-lebih lagi di ranjang!
Berasmara dengan Scorpio ibarat mereeka tahu apa saja anda yang anda ingini. Ia kerana mereka suka mengeksplorasi. Mereka suka mengucup, mengulum dan menjilat pasangan.
Scorpio juga amat susah untuk mempercayai orang lain dan memiliki trust issues. Jadi, mereka memerlukan anda membuktikan yang anda boleh dipercayai.
9. Sagitarius (22 November – 21 Disember)
Individu dengan zodiak Sagitarius adalah individu yang bebas dan tidak egois. Mereka suka membuatkan pasangan rasa mereka dicintai.
Sebab itu posisi seks kegemaran mereka adalah posisi seks yang mendatangkan kepuasan pada kedua-dua pihak.
Sifatnya yang bebas itu juga akan membuatkan dia tak judgemental langsung dan sanggup mencuba segala permintaan anda.
Apa yang penting adalah kepuasan anda. Mereka sukakan aksi berpelukan kerana ingin rasa rapat dengan pasangan.
10. Capricon (22 Disember – 21 Januari)
Capricorn tidak suka membuatkan pasangannya rasa insure.
Mereka juga mudah memahami apa keinginan pasangan. Jadi, biasanya Capricorn akan membahagiakan pasangannya.
Posisi seks kegemaran Capricorn pastinya posisi woman on top tapi dengan wajah membelakangi pasangan. Mereka paling suka dengan bahagian tubuh punggung 😛
11. Aquarius (22 Januari – 19 Februari)
Aquarius ini bersifat kreatif. Mereka kreatif dalam seni, kehidupan, malah juga hubungan seks!
Sekalipun gaya seks di atas nampak macam biasa saja, tapi apa yang membuatkan Aquarius digelar si kreatif adalah kerana mereka akan “mencipta” sesuatu.
Dalam posisi ini, ritma permainan paling penting. Kreativiti Aquarius dalam mencipta suasana sensual dan menyenangkan akan buat anda rasa sungguh bahagia dan teruja.
12. Pisces (20 Februari – 20 Mac)
Orang berzodiak Pisces adalah orang yang romantik, hangat, penuh imaginasi dan sukakan kedamaian. Sebab itu mereka suka menghindari konflik.
Posisi seks kegemaran mereka mestilah yang melibatkan pelukan dan intimasi yang mendalam. Mereka juga tak segan untuk memberi anda pujian!
***
Ha… bagaimana? Tak salah kan untuk anda cuba posisi-posisi kegemaran pasangan ini? Mana tahu, memang makin memuncak pengalaman seks kalian!
Apapun gaya yang diingini, sebaiknya kalian berdua berbincang dulu. Ini supaya tiada rasa takut dan malu ketika melakukan gaya tersebut.
Salah satu kunci hubungan intim yang sihat adalah saling mengerti dan berlapang dada dalam semua permintaan pasangan 🙂
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Pssst… Ini 10 Posisi Seks Kegemaran Suami Yang Isteri Wajib Tahu Dan Cuba!