20 Posisi Untuk Hangatkan Keintiman Pasangan Suami Isteri - Boleh Cuba Sendiri!

Posisi seks hangat mengembalikan keasyikan hubungan pasangan suami isteri. Bosan dengan posisi dan cara yang sama setiap kali anda bersama? Cuba pula posisi menarik ini.

Setelah berkahwin dan melahirkan zuriat, kadang-kala suami dan isteri perlukan sedikit kehangatan dalam perhubungan kelamin. Sama ada anda berdua boleh mencuba hobi baru bersama, meluangkan lebih banyak masa berdua sahaja ataupun lakukan aktiviti di ranjang dengan posisi seks hangat yang tidak pernah dicuba sebelum ini.

Hubungan suami isteri pasti akan rasa lebih intim dan seronok, seakan-akan anda tidak sabar untuk ‘terkam’ si dia setiap malam. Pastikan sebelum anda melakukan posisi seks hangat berikut, anda berbincang terlebih dahulu dengan si dia. Tunjuk gambar-gambar di bawah, mana tahu dia tidak bersetuju. 

Sekiranya dia kurang gemar satu posisi seks hangat, anda boleh cuba yang lain! Kami senaraikan 20 posisi yang bukan sahaja cukup intim, malah sangat seksi untuk anda berdua cuba.

Posisi seks hangat mengembalikan keintiman suami isteri

1# Posisi seks hangat: Puru

Puru ialah posisi yang ringkas dan ideal untuk bermesra secara perlahan. Ini adalah posisi yang bagus jika anda mahu mencapai klimaks dengan cepat dan terlalu penat untuk memanjangkan masa bermesra. Di dalam posisi ini, wanita akan berbaring secara menelentang dan membuka kaki seakan katak puru yang berada di dalam posisi duduk. Pasangannya akan baring di antara bukaan kakinya dan menembusinya. Kemudian dia kan membalut pasangannya menggunakan kakinya serta menggunakan kakinya untuk menekan lembut punggungnya.

2# Posisi seks hangat: Bergulung

Ini adalah posisi yang ideal untuk wanita mengandung. Anda hanya perlu baring mengiring dan menggulungkan badan, sementara suami anda memasukkan anunya dari belakang. Dan ini memberi peluang untuk perempuan yang mengawal pergerakan!

3# Posisi seks hangat: Jambatan

Ini memerlukan tahap fleksibel yang tinggi serta kekuatan di pihak lelaki sementara si wanita menungggangnya. Ini posisi yang bagus untuk tembusan yang dalam serta ransangan maksimum, ia memberi wanita kawalan pergerakan.

4# Posisi seks hangat: Gaya Doggy

Sementara wanita di dalam posisi seakan merangkak dengan menggunakan semua kaki dan tangan, lelaki akan menembusinya dari belakang dan menggenggam buah dadanya. Posisi ini akan menggalakkan penembusan yang dalam dan merangsang puting dada.

5# Posisi seks hangat: Melutut

Melutut dan menghadap pasangan, wanita akan berada di atas paha lelaki supaya dia boleh menembusinya. Posisi ini sangat intim dan romantik kerana lelaki akan bergerak ke atas dan bawah secara perlahan menggunakan lututnya untuk menembusi wanitanya sambil bercumbu.

6# Posisi seks hangat: Penyepit

Ini kelihatan sedikit rumit, lelaki dan wanita berbaring mengiring sambil wanita menghadap kaki si lelaki dan menggulung di kakinya. Jika berjaya dilakukan dengan betul, posisi ini akan memberi jaminan rangsangan klitoris untuk wanita dan tembusan yang ketat untuk lelaki.

7# Posisi seks hangat: Kapal

Di dalam posisi kapal, wanita akan duduk dengan kedua kakinya di atas sebelah bahagian badan lelaki sahaja. Wanita yang suka mengawal akan suka posisi ini kerana dia boleh bergerak ke kiri, kanan atau membuat bulatan. Si lelaki juga boleh mengawal dengan meletakkan tangan di punggung wanita yang mengemudi gerakannya.

8# Posisi seks hangat: Air terjun

Amaran: tahap fleksibel yang tinggi diperlukan. Sementara lelaki duduk di kerusi, wanita menunggangnya sambil menyandar ke belakang, meletakkan kepalanya atas kusyen di lantai.  Ini adalah posisi yang “menyerah” untuk wanita kerana lelaki yang akan mengawal henjutan.

9# Posisi seks hangat: 8 hebat

Seperti gaya misionari, posisi 8 hebat memerlukan lelaki berada di atas wanita dengan tangan dijadikan support. Wanita boleh meletakkan bantal di bawah punggungnya untuk membolehkan tembusan yang dalam.

10# Posisi seks hangat: Bisik

Pasangan akan baring mengiring, sambil lelaki masuk ke dalam wanita, wanita akan membalut pinggang lelaki dengan kakinya dan bersilang buku lali. Ini adalah posisi yang sangat intim kerana mereka boleh bersama-sama meraba badan pasangan masing-masing sambil membisikkan apa yang mereka suka dan apa yang mereka mahukan selepas itu.

11# Bakul

Di dalam posisi bakul, lelaki akan duduk di atas permukaan yang rata sementara wanita pula duduk menunggangnya. Posisi ini memberi wanita kuasa untuk mengawal pergerakannya – ke depan, belakang, atas, bawah dan membulat sementara lelaki bebas mencium muka dan leher serta menjilat dan menghisap payudara pasangan.

12# Seni mengimbang

Ini betul-betul seni mengimbang! Lelaki baring menelentang dengan kaki terbuka dan dibengkokkan, sementara wanita duduk di antara celah pehanya. Lelaki mengawal ritma, membiarkan wanita bebas menghenjut dirinya atau mengurut perineum lelakinya.

13# Nirvana

Posisi ini memerlukan wanita berbaring menelentang dengan tangan ke atas memegang pangkal katil sementara lelaki memasukinya sambil merangsang klitoris secara semula jadi.

14# Gunting

Ini akan memerlukan kekuatan tangan dari si isteri, bersedia untuk bekerja keras. Jangan terlampau mengikut ilustrasi, kerana wanita tidak akan terapung di udara. Sebaliknya, dia akan berbaring di penjuru katil sambil tangan kirinya menampungnya ke atas. Sementara itu, si suami akan menyilang kaki kiri si isteri, menampungnya dari pinggang dan memasukinya. Ada yang mengatakan yang anda akan mudah mendapat anak lelaki jika si lelaki berada dalam posisi ini.

15# Harimau terdedah

Dengan lelaki duduk di atas katil dan kaki merenggang kehadapan, wanita akan menunggangnya dengan dada dan badan rapat di katil, di antara kaki lelaki, menghadap kaki lelaki. Wanita akan suka posisi ini kerana si lelaki boleh mengurut belakangnya sambil mereka berhenjut ke depan dan belakang!

16# V erotik

Ini adalah lagi satu posisi yang menguji skil akrobatik pasangan. Sementara wanita duduk di pinggir meja, lelaki berdiri di hadapannya, membengkokkan kaki untuk memasukinya. Kaki wanita di atas bahu lelaki, tangan di lehernya dan menyandar ke belakang, lelaki mengawal sepenuhnya henjutan ini.

17# Zen terhenti sejenak

Ini adalah salah satu cara memanjangkan sesi bermesra. Apabila pasangan menghampiri klimaks, mereka berhenti dan mengiring tanpa perlu putus menyentuh satu sama lain. Mereka memperlahankan bermesra dan perlahan-lahan naik ke klimaks yang lebih hebat.

18# Kadar X

Posisi ini mendapat nama kerana pasangan akan menyilangkan kaki di antara satu sama lain. Lelaki baring menelentang sementara wanita baring meniarap di atasnya dengan kepala menghadap kaki lelaki. Lelaki akan lebih lama terangsang melihat belakang isterinya sambil menghenjut ke atas dan ke bawah!

19#Godaan

Bersedia menghantar suami anda di dalam posisi ini. Imej yang sangat unik, wanita melutut kemudian bersandar ke belakang, merenggang tangan ke atas. Lelaki akan baring di atas wanita dengan kaki yang lurus dan tangan menampung beratnya, lelaki akan memasuki wanita secara membulat atau menghenjut sehingga sama-sama mencapai klimaks.

20# Dirian bahu

Wanita bersandar di atas belakang, bahu dan sikunya sementara dia meletakan buku lali di atas bahu pasangannya. Lelaki melutut di hadapan wanita dan meletakan lutut di belakang bahu wanita dengan tangan menampung badannya. Wanita akan memegang peha lelaki untuk sokongan tambahan.

Apa-apa pun, pastikan anda berdua sentiasa berhati-hati ya. Guna juga safe word bagi memastikan sekiranya salah seorang tidak selesa, pasangan terus tahu dan berhenti.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: JIMAK Setiap Hari Boleh Hilangkan Sakit Kepala Migrain, Betul Ke?

Penulis

Aqma