5 KESALAHAN dalam posisi seks ini punca isteri tak puas dan capai klimaks!

Posisi seks yang salah punca mengapa ramai isteri tidak mencapai kepuasan ketika berasmara. Kalau nak puas, jangan buat 5 kesilapan ini lagi ya?

Berhubungan intim dengan pasangan adalah satu benda yang menyeronokkan, terutamanya pada awal pernikahan. Tapi lama-lama, posisi seks yang jadi favourite anda itu tiba-tiba sudah jadi “tak best” dan tak buat anda puas.

Adakah ia bermaksud hubungan seks antara anda dan pasangan ada masalah? Jangan panik. Kami ada jawapannya.

Sesetengah posisi seks akan buat anda bosan dan tidak puas kerana beberapa kesalahan yang anda lakukan. Contohnya seperti 5 posisi seks ini.

Tak percaya? Jom kita semak ia.

5 kesalahan dalam posisi seks kegemaran ramai

1. Posisi missionary

Sumber gambar: Byron Gray / The Big Book of Sex

Melihat wajah suami ketika posisi missionary memang seksi. Apatah lagi kalau mata bertentangan mata. Rasa macam jatuh cinta sekejap!

Kesalahan: Tapi sayangnya, menurut pakar terapi seks, Dr. Kat Van Kirik, posisi missionary akan menghalang isteri mencapai klimaks kerana penis pasangan tidak menyentuh klitoris dengan tepat.

Penyelesaiannya: Ganti posisi ini dengan anda duduk di atas suami dan mengawal gerakan. 

2. Posisi cowboy

Sumber gambar: Byron Gray / The Big Book of Sex

Sama seperti posisi missionary, posisi cowboy juga akan membuatkan klitoris anda susah untuk dirangsang. Jadinya – anda tidak akan puas. 

Jadi apa penyelesaiannya? INI: Guna vibrator atau jari untuk merangsang klitoris semasa posisi ini. 

3. Posisi seks sambil berdiri

Sumber gambar: Byron Gray / The Big Book of Sex

Nampak seksi saja posisi seks sambil berdiri ini kan? Selalunya, kita lihat aksi ini dalam filem Hollywood.

Kesalahan: Tapi, sebenarnya, posisi ini amat susah nak dibuat dalam dunia nyata. Kan? Suami mungkin tidak larat untuk mengangkat anda, malah zakar juga tidak dapat masuk “dengan penuh” ke dalam vagina.

Apa yang anda dapat hanyalah kepenatan!

Penyelesaian: Jadi, apa kata anda letakkan satu kaki di atas kerusi manakala satu kaki lagi memijak lantai? 

Dengan cara ini, suami tidak perlu mendukung anda, namun dia masih mampu memasukkan zakarnya sambil merangsang klitoris.

4. Posisi seks doggy style

Sumber gambar: Byron Gray / The Big Book of Sex

Bagi sesetengah orang, doggy style mungkin salah satu posisi kegemaran mereka. Namun menurut Dr Van Kirk, masih ada wanita yang tidak selesa dengan posisi ini.

Kebanyakan wanita yang tidak selesa mengatakan posisi seks ini “menyakitkan” mereka.

Penyelesaian: Supaya klimaks anda tidak diganggu, cuba tempatkan tangan pada zakar untuk menentukan “kedalaman” ia pergi/anda ingini.

Minta suami untuk bekerjasama dalam hal ini. Anda juga boleh memegang vibrator dan merangsang area sensitif untuk klimaks yang lebih dahsyat!

5. Gaya spooning

Sumber gambar: Byron Gray / The Big Book of Sex

Bangun pagi-pagi dan tiba-tiba ingin berasmara? Pasti posisi seks spooning ini akan jadi pilihan anda dan pasangan kan? 

Antara yang best tentang posisi ini ialah ia beri anda dan pasangan lebih rapat malah menambah tenaga.

Namun sebenarnya, zakar suami amat jauh dari titik G-spot anda! Sebab itu anda susah untuk puas ketika melakukan posisi ini.

Penyelesaiannya: Apa kata anda angkat satu kaki ke atas dan letakkan ia di atas kaki suami. Dengan cara ini, zakar suami dapat menjelajahi klitoris anda dengan lebih luas.

Beberapa sebab kenapa wanita susah untuk rasa puas walaupun lepas pelbagai posisi

Orgasma, klimaks atau rasa puas sebenarnya adalah satu kemewahan. Kenapa? Kerana tidak semua wanita dapat mencapainya dengan mudah.

Menurut Dr. Stanley Ducharme, seorang pakar dari Akademi Kesihatan Universiti Boston, ada beberapa faktor kenapa sesetengah wanita susah nak mencapai klimaks.

Antara faktor tersebut ialah:

  • memiliki masalah psikologi atau emosional
  • pernah mengalami keganasan fizikal/seksual
  • trauma psikologi
  • sejarah yang buruk dengan pasangan sebelum/sekarang
  • penyalahgunaan ubat
  • depresi
  • rasa cemas
  • gangguan mental
  • kurang bahagia dengan pasangan
  • pergaduhan yang belum selesai
  • komunikasi yang tidak berkesan tentang keperluan seks yang diingini kedua-dua pasangan
  • hilang kepercayaan
  • menopaus
  • hamil atau menyusu
  • mengambil pil perancang

Orgasma bagi wanita boleh mengurangkan stress dalam diri, migrain, menjaga kulit agar lebih awet muda dan memastikan keharmonian rumah tangga. 

Jadi, jangan ingat rasa tidak puas tak penting ya!

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Syahar Banu dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkesalahan-seks-yang-dilakukan-oleh-wanita/

Penulis

Ayu Idris