Mungkin bagi sesetengah pasangan, cubaan untuk mendapat cahaya mata ini tidak menjadi masalah. Tapi ada juga pasangan yang masih tidak mendapat hasil walaupun setelah beberapa tahun mencuba. Jadi di sini, kami kongsikan ikhtiar dengan mencuba posisi seks untuk hamil!
Sebenarnya kehamilan boleh terjadi dengan apa pun posisi hubungan intim, asalkan sperma bergerak menuju ke arah sel telur dengan arah yang betul dan berlakunya persenyawaan.
Cuma kemungkinan besar dengan posisi seks untuk hamil ini dapat memudahkan sperma bergerak menghampiri sel telur lantas membesarkan peluang berlakunya persenyawaan.
Berikut adalah 5 posisi seks untuk hamil
#1 Posisi misionari & gerakan ‘kucing’
Posisi ini sering disebut sebagai Man on Top, iaitu wanita baring terlentang, dan lelaki berada di atasnya. Dengan posisi ini, sperma yang dikeluarkan tidak mudah untuk terkeluar dari vagina wanita.
Dikombinasikan dengan gerakan CAT (kucing). Sebenarnya CAT ialah singkatan untuk (Coital Alignment Technique) dan berdasarkan penelitian dari Edward Eichel, gerakan ini dapat membantu meningkatkan peluang kehamilan.
Gerakan CAT:
Lelaki berada di atas wanita dan bergerak kedepan dan kebelakang sambil mencondongkan badan ke arah bahu wanita.
Semasa bersama, wanita mengangkat pinggul agar selari dengan pinggul lelaki. Wanita boleh juga menggelek (seperti memutar) untuk mensimulasi orgasme.
Baca juga: Berapa Lama Tempoh Ovulasi? Perlu Tahu Kalau Sedang Cuba Hamil
#2 Posisi Gunting, penetrasi dari sisi
Ketika berada di dalam cara bersetubuh agar cepat hamil ini, pasangan akan berasa lebih relaks dan ia sesuai untuk suami yang lebih berisi.
Ketika penetrasi dari sisi, zakar dapat masuk lebih dalam ke vagina, sehingga ketika ejakulasi, sperma yang dikeluarkan lebih dekat dengan sel telur. Posisi ini dapat dilakukan melalui 2 cara; iaitu lelaki di belakang wanita atau saling menghadap.
Apabila saling menghadap, wanita boleh mengangkat salah satu kaki lurus ke atas serenjang dengan katil. Lalu lelaki merapati bahagian hadapan badan wanita, dengan salah satu kaki di antara kaki wanita.
Rapatkan pinggul lelaki dan wanita, tetapi jauhkan dada masing-masing. Posisi seks ini dikenali sebagai posisi gunting (scissors).
#3 Penetrasi dari belakang/doggy style
Posisi ini boleh dilakukan dengan perut wanita di katil, atau menghadap katil seperti sedang merangkak. Sama seperti posisi seks dari sisi, penetrasi dari belakang juga membantu zakar masuk lebih dalam, sehingga sperma yang dikeluarkan lebih dekat dengan sel telur.
Semasa dalam posisi merangkak, wanita melengkungkan badan sehingga kedudukan perut rendah tetapi bahagian pinggul tinggi. Tampung berat badan menggunakan tangan dan lutut. Posisi ini dikenali sebagai posisi anjing atau doggy style.
#4 Wanita di atas, posisi Cowgirl
Apabila wanita berada di atas lelaki, posisi seks ini memberikan kuasa penuh pada wanita. Jadi wanita dapat mengatur irama dan perjalanan hubungan seks ini. Wanita akan lebih relaks dan menikmati permainan, serta dapat memandu agar penetrasi zakar di kedalaman yang sesuai dengan kehendaknya.
Cara yang lain, wanita boleh memusing posisi badan ke mana pun yang diingini sehingga 360 darjah. Lengkungkan badan hingga pinggul condong ke belakang dan dada condong ke hadapan.
#5 Posisi berdiri
Pada posisi berdiri, lelaki dan wanita dapat mengendali untuk mencapai posisi paling selesa.
Ketika lelaki mencapai ejakulasi, kekal berada di posisi ini untuk beberapa saat agar sperma tidak terkeluar dari liang vagina. Berdiri di bawah pancuran air hangat boleh menambah rasa sensasi bersama.
Bila waktu yang tepat untuk cuba?
Selain mengetahui posisi seks untuk hamil, anda juga perlu tahu bila waktu yang tepat untuk bersama! Ia sangat penting agar, aksi anda di atas tadi tidak sia-sia.
Sebaik telur anda dibebaskan daripada salah satu ovari, ia boleh bertahan selama di antara 12 dan 24 jam sahaja. Walau bagaimanapun sperma dapat bertahan lebih lama iaitu sehingga tujuh hari dalam uterus dan tiub falopio. Akan tetapi kalau nak dikira tempoh selamat, anda sebenarnya mempunyai waktu subur kira-kira dalam 6 hari sahaja.
Dalam hari 6itu, ia termasuklah 5 hari sebelum dan hari anda ovulasi.
Peratusan untuk anda hamil jika mengikut tempoh berikut:
- 4 peratus jika pasangan bersetubuh 5 hari sebelum ovulasi.
- 15 peratus jika pasangan bersetubuh sehari sebelum ovulasi.
- 25 hingga 28 peratus jika pasangan bersetubuh satu atau dua hari sebelum ovulasi.
- 8 hingga 10 peratus jika pasangan bersetubuh dalam masa 24 jam ovulasi berlaku.
Sumber: The Bump