9 Posisi Seksual Untuk Perkahwinan Yang Lebih Bahagia & Bebas Orang Ketiga

Jom cuba 9 posisi seksual yang perlu diketahui oleh setiap suami isteri ini! Ehem, mana tahu anda akan rasa lebih bahagia dari sebelumnya :P

Apa azam anda tahun 2019 ini? Adakah anda ingin memanaskan lagi aksi di ranjang? Almaklumlah, sejak ada anak ini... aksi di ranjang pun rasa makin membosankan saja.

Ha! Sebab itulah anda perlu tahu dan amalkan 9 posisi seksual yang perlu diketahui oleh setiap suami isteri ini!

9 posisi seks berikut telah disarankan sendiri oleh pakar dan pengkaji jika anda mahu perkahwinan kekal bahagia dan tanpa "orang ketiga". Hal ini kerana menurut kajian, hubungan seks yang lebih ghairah akan membuatkan anda lebih bahagia.

Bahkan, kajian dari University of Colorado, di Boulder itu turut mendedahkan, pasangan suami isteri yang melakukan seks sekurang-kurangnya sekali seminggu memiliki nilai kebahagiaan 44% lebih tinggi dari pasangan yang jarang melakukan seks!

Posisi Seksual Yang Perlu Diketahui Untuk Perkahwinan Lebih Bahagia & Tanpa Orang Ketiga

Kajian dari University of Toronto pula menyarankan setiap pasangan untuk berusaha memperbaiki hubungan intim dan posisi seksual yang diamalkan untuk mengeratkan hubungan.

Okay, sekarang jom kita tengok apa 9 posisi seksual yang perlu diketahui oleh setiap suami isteri agar perkahwinan kalian lebih bahagia.

9 Posisi Seks Yang Setiap Suami Isteri Hafal Dan Cuba

1. Coital Alignment Technique (CAT)

Menurut Dr Nicole Prause, seorang pakar seks, posisi seksual CAT yang datangnya dari posisi missionary ini mampu meningkatkan rangsangan pada klitoris

Jadi, posisi seksual CAT amat digalakkan untuk isteri yang susah mencapai orgasme saat berintiman. Jom cuba!

2. The Ottoman Empire

Eric M. Garrison, penulis buku Mastering Multiple Position Sex mengatakan, posisi seksual ini akan membenarkan isteri mengawal kedalaman penetrasi. Malah, dia juga boleh menentukan rentak mainan!

Manakala untuk suami pula, tangan anda bebas untuk ke mana-mana saja, maka waktu inilah anda boleh "menggoda" zon sensitif isteri agar dirinya semakin "sedap"! :P 

3. The Chair

Posisi seksual yang perlu diketahui ini amat "enak" kerana ia memberikan suami peluang untuk penetrasi yang lebih dalam

Akan tetapi, ia mungkin juga akan membuatkan suami cepat penat. Jadi isteri, turunkan sebelah kaki anda juga untuk menampung berat badan ketika melakukan posisi berikut ;)

4. The Maypole

Garrison mengatakan, posisi seksual yang menentang badan masing-masing akan membuatkan suami isteri makin bahagia.

Malah, dengan cara ini juga, klitoris anda mampu bergeselan dengan tulang kemaluan suami. Maka anda pun akan makin ghairah!

Amalkan posisi seksual ini selama seminggu. Kami gerenti anda akan tersenyum sampai ke telinga!

5. The Twist And Shout

Posisi ini mampu melambatkan ejakulasi dan mendorong penetrasi yang lebih dalam.

Selain itu, posisi seksual ini juga sangat intim kerana anda boleh melihat tubuh pasangan depan-depan mata :P

6. Backdoor Oral

Walaupun 9 posisi seks yang perlu diketahui ini anda kena hafal dan amalkan, jangan lupa juga dengan posisi seks oral.

Seks oral menjanjikan pelbagai kegembiraan yang anda tak pernah sangka pun! Hal ini kerana oral sex akan meningkatkan akses pasangan kepada vagina anda.

Dari situ juga, mereka bebas menyentuh atau merangsang titik sensitif yang lain. 

7. Doggy Style Berlainan Cara

Doggy style ada banyak cara, jadi pilihlah yang mana yang selesa buat anda. Jika ingin menambah lebih keselesaan, letak bantal di lutut dan tangan anda. 

Untuk sensasi yang lebih dahsyat, letakkan tangan suami di pinggul anda dan minta dia melakukan dorongan yang lebih kuat. Pasti anda akan mengerang kesedapan!

8. The Double Decker

Dengan posisi seksual ini, pasangan anda akan dapat melihat seluruh tubuh anda dari reaksi dan rangsangan yang dia berikan. Pasti dia akan lebih seronok untuk menjelajah seluruh badan anda lepas ini!

9. The Galley

Alamak, bolehkah saya cuba posisi seksual ini jika saya tidak yakin dengan bentuk punggung saya? Jangan risau!

Dalam cubaan untuk melakukan hubungan intim, anda tidak seharusnya risau dan kurang yakin. Cuba jadi lebih nakal, dan bermain-main dengan jari anda. Pasti pasangan akan suka dan tidak fokus pada punggung anda itu.

*****

Ha... bagaimana? Bersiap sedia dah ke nak cuba 9 posisi seksual berikut malam ini? :P 

Artikel ini asalnya ditulis oleh Dhila dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Ayu Idris