Bayi Meninggal Dalam Kandungan, Ini Pentingnya Posisi Tidur Yang Selamat Ketika Hamil

undefined

Bagaimanakah gaya tidur anda semasa hamil? Adakah anda selalu tidur terlentang atau lebih suka posisi di sebelah sisi kiri? Ini segala jawapan kepada semua persoalan yang bermain di fikiran anda.

Kehamilan adalah masa yang cukup menakjubkan, ada kegembiraan dan ada juga kegelisahan serta pelbagai persoalan bermain di minda. Salah satu soalan yang dialami oleh ramai wanita hamil adalah berkaitan dengan posisi tidur semasa kehamilan.

Sekiranya anda hamil, anda mungkin pernah mendengar bahawa posisi tidur mengiring semasa kehamilan amat disarankan berbanding posisi yang lain bagi memastikan kehamilan selamat dan sihat.

Hal ini kerana, kedudukan atau posisi tidur yang tertentu semasa kehamilan (trimester terakhir khususnya) mungkin juga ada kaitan dengan kelahiran mati dalam kandungan.

Jadi, mari kita dapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai kedudukan tidur yang selamat semasa mengandung dan mana yang harus dielakkan.

Mengapa Ibu hamil Harus Elak Tidur Secara Terlentang Di Hujung Kehamilan?

Menurut penyelidikan, tidur terlentang semasa trimester ketiga (selepas 28 minggu kehamilan) dapat meningkatkan risiko kelahiran bayi mati.

Oleh itu, ingin dinasihatkan kepada semua wanita hamil agar berhati-hati mendapatkan tidur yang selamat tidak kira sewaktu malam mahupun di siang hari.

Walaubagaimanapun, ibu jangan panik jika kami meminta anda untuk berhati-hati kerana risiko kelahiran mati ini adalah rendah. Kadarnya hanya 1 dari 200 bayi mati sewaktu lahir. Untuk mengelak risiko ini, ibu disarankan untuk tidur di posisi yang betul.

Kami di theAsianparent telah menyusun semua senarai jawapan yang kami dapatkan menerusi platform komuniti kami sepanjang masa terutamanya mengenai tidur yang selamat semasa kehamilan bagi membantu mengurangkan
risiko kelahiran mati.

Posisi Tidur Semasa Mengandung, Ini Jawapan Pada Persoalan Anda

sleeping positions during pregnancy

Apa patut saya buat bila bangun di tengah malam dan mendapati posisi tidur dalam keadaan terlentang?

Pertama, apa yang anda boleh buat adalah membeli beberapa alat bantuan tidur dan mengamalkan langkah selamat bagi memastikan anda tidur di sebelah sisi. Tetapi di sebalik semua itu, tiba-tiba anda terbangun di waktu malam dan mendapati berada dalam posisi terlentang.

Patutkah anda bimbang? jawapan ringkasnya adalah tiada apa yang perlu dirisaukan.

Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal perubatan The Lancet, posisi yang anda inginkan untuk tidur adalah kedudukan yang dipegang sewaktu tidur.

Selanjutnya, kehamilan yang membesar berkemungkinan membuatkan anda kerap bangun malam kerana kemungkinan berasa lenguh di bahagian punggung.

Ramai wanita mengakui terjaga di waktu malam atas sebab tendangan bayi dalam kandungan atau sensasi yang tidak selesa walaupun sedang tidur nyenyak.

Sekiranya masih terjaga di waktu malam, jangan risau tapi terus kembali tidur di sebelah sisi seperti biasa.

Berapa Kali Perlu Saya Tidur Semasa Hamil?

Dengan keadaan rahim yang kian membesar, kerap ke tandas dan kekejangan kaki mungkin menyebabkan badan berasa sakit tapi tidur yang berkualit boleh mencegah masalah ini.

Menurut Dr Kathy Lee, seorang profesor dari University California San Francisco, beliau melakukan kajian tentang bagaimana tidur mempengaruhi kehamilan dan sewaktu bersalin nanti.

Jadi, ibu perlu menghabiskan sekurang-kurangnya 8 jam di tempat tidur setiap malam sehingga mereka dapat seboleya 7 jam sehari sudah memadai.

Berdasarkan kajian tersebut, ibu yang tidur kurang dari 6 jam pada waktu malam adalah 4.5 kali berkemungkinan menjalani pembedahan czer dan jangka masa bersalin mereka juga adalah 10 jam atau lebih berbanding ibu yang
tidur 7 jam ke atas.

Seorang pakar yang lain turut memberi pandangan iaitu Dr Grace Pien, seorang profesor perubatan di Johns Hopkins Univeristy Schoold of Medicine yang menyatakan wanita hamil yang tidak mendapat tidur yang cukup mungkin berisiko mengalami diabetes semasa hamil dan berpotensi untuk dapat preeklampsia.

Berikut ini adalah beberapa petua yang boleh anda praktikkan untuk memastikan anda mendapat tidur yang cukup semasa kelahiran:

  • Tidur dengan lebih awal dari biasa
  • Cuba untuk tidur di waktu siang dan berehat seberapa banyak yang boleh
  • Berjalan-jalan pada waktu petang
  • Mengehadkan pengambilan kafein semasa mengandung terutama teh dan kopi sebelum waktu tidur.
  • Ciptakan suasana untuk berehat sebelum tidur seperti mandi lama, membaca, mendengar muzik, menonton tv dan lain-lain.
  • Mengambil makanan yang mempunyai kadar magnesium yang tinggi seperti roti gandum, pasta dan kekacang.
  • Sekiranya tidak selesa tidur baring di atas katil, anda boleh tidur dalam keadaan duduk yang selesa. 
  • Tidur dengan bantal materniti, ia dapat membantu support perut anda. 

Bagaimana Jika Saya Terlalu Banyak Tidur?

sleeping positions during pregnancy

Dalam kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Birth, menunjukkan bahawa tidur yang berlebihan dan tidak terganggu mungkin boleh dikaitkan dengan stillbirth.

Ini kerana tidur berlebihan lebih daripada 10 jam secara berterusan juga boleh meningkatkan risiko preeklampsia sekaligus menjadikan anda dua kali ganda untuk menghidapinya.

Menurut Louise O Brien, dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi University of Michigan, terdapat banyak perhatian orang ramai terhadap kekurangan tidur dan kesannya pada kesihatan termasuklah mereka yang tidur terlalu lama.

Hasil kajian menunjukkan bahawa hampir 30 peratus daripada mereka yang lahir mati mempunyai sesi tidur yang panjang bulan terakhir kehamilan.

“Selain itu, kenaikan tekanan darah juga dikaitkan dengan masalah pertumbuhan janin, kelahiran pramatang dan stillbirth ini,” katanya.

Jadi sekiranya anda merasakan tidur terlalu lama lebih kurang 9 jam ke atas, adalah lebih baik anda menetapkan jam penggera supaya dapat mengelakkan risiko kelahiran mati.

Saya bimbang jika suami meletakkan tangan atau kaki di atas perut secara tak sengaja.

Walaupun ini perkara yang boleh menakutkan anda dan menyakitkan bayi dalam kandungan tapi perlu tahu bayi dilindingi dalam banyak aspek lain seperti tulang, otot, tisu penghubung yang kuat dan rahim juga memiliki otot yang tebal dan kuat.

Manaka-mana kekuatan tumpul yang disampaikan secara tidak sengaja semasa tidur ke arah kandungan maka ia perlu melalui beberapa lapian tebal ini sebelum mencapai ke arah bayi.

Jika ini berlaku secara tidak sengaja ia tidak boleh menyebabkan bahaya dan ibu tak perlu risau.

Apapun cuba tidur dengan bantal yang terletak di antara pasangan atau anak kecil yang lain jika tidur bersama mereka sekiranya mereka tidur terlalu lasak.

Bagaimana Jika Saya Berguling Semasa Tidur?

Stillbirth: Popular Questions on Safe Sleep During Pregnancy, Answered

Meskipun bayi dilindungi dalam rahim, namun mereka tetap berisiko untuk mengalami kemalangan di dalam kandungan. 

Jadi adalah lebih baik sekiranya berlaku perkara di bawah ini untuk anda segera berjumpa doktor bagi melihat sebarang tanda dan kemungkinan yang boleh berlaku.

  • Sebarang pendarahan faraj atau kebocoran cecair
  • Kontraksi rahim atau sakit nak beranak
  • Sakit perut yang teruk
  • Rasa pening dan sakit kepala
  • Sesak nafas
  • Kurangnya pergerakan bayi

Walau bagaimanapun, kurangkan risiko untuk terjatuh semasa tidur terutama jika ia pernah terjadi sebelum ini.

Untuk tidak mengulangi kejadian yang sama, anda boleh rapatkan katil di tepi dinding dan buat penghalang di setiap penjuru katil.

Apakah soalan lain yang ingin anda ajukan kepada kami tentang tidur yang selamat semasa hamil? Beritahu kami di ruangan komen di bawah ini.

Bayi Meninggal Dalam Kandungan, Ini Pentingnya Posisi Tidur Yang Selamat Ketika Hamil

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Penulis asal Shabnam Muzammil. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mengapa Hamil Rainbow Baby Lebih Mencabar Berbanding Kehamilan Biasa?

Baca juga: Sedih Bayi Meninggal Dalam Kandungan Ketika 9 Bulan, Ini Risiko Stillbirth Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga: Hamil Kembar Tiga, Ibu Pasrah Alami Keguguran Selepas Jatuh Dalam Bilik Air 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!