TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Terjatuh Dalam Bilik Air, Ibu Hamil Kembar Tiga Pasrah Alami Keguguran Selepas Seminggu

4 min bacaan
Terjatuh Dalam Bilik Air, Ibu Hamil Kembar Tiga Pasrah Alami Keguguran Selepas Seminggu

Ibu keguguran kembar tiga selepas seminggu dia terjatuh di dalam tandas. Pastinya ia adalah kehilangan yang cukup berat untuk diterima

Setiap kehamilan menjadi khabar gembira buat pasangan suami isteri. Namun tidak semuanya berakhir dengan bahagia kerana ada sesetengah ibu keguguran dan tiada rezeki memiliki cahaya mata.

Lebih menyedihkan lagi apabila mendapat tahu mengandung kembar, bukan dua. Tapi tiga. Pastinya ia adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Luluh hati hanya Allah sahaja yang tahu. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sedih. Terduduk dan hanya meratapi apa yang sudah tiada.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu keguguran mengandung anak kembar tiga 
  • Ibu keguguran anak kembar tiga dedahkan puncanya disebabkan oleh terjatuh dalam tandas 
  • Ibu yang keguguran memerlukan sokongan orang sekeliling untuk pulihkan emosi

Ibu keguguran mengandung anak kembar tiga 

Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita ini yang dikenali sebagai Kasih Laura apabila dia berkongsikan cerita di mana dia baru sahaja mengalami keguguran tiga kembar. Kisah tersebut dikongsikan sendiri olehnya menerusi laman TikTok.

Lebih menyedihkan apabila doktor memaklumkan bahawa dia telah kehilangan tiga janin dalam kandungan serentak. Berita gembira bagaimanapun telah bertukar duka setelah mendapat tahu tentang perkara tersebut.

Disebabkan itu, wanita ini ditahan dalam wad selama seminggu untuk menjalani proses mengeluarkan kantung yang gugur.

Setelah mengeluarkan kantung 2 janin yang berada di dalam rahim, dia selepas itu terpaksa menjalani pembedahan selang dua minggu kemudian untuk mengeluarkan baki satu lagi janin, yang dilaporkan berada di luar rahim atau dikenali sebagai Ectopic Pregnancy.

Ibu keguguran anak kembar tiga dedahkan puncanya disebabkan oleh terjatuh dalam tandas 

Menceritakan kisah bagaimana ia berlaku, ibu ini  memberitahu bahawa dia telah terjatuh di dalam tandas. Walau bagaimanapun, dia berfikiran tiada apa-apa yang serius berlaku kerana hanya mengalami pendarahan (bleeding) seminggu selepas kejadian.

Pada awalnya, hanya spotting berwarna coklat sahaja selama beberapa hari, setelah itu ia diikuti dengan perut mula rasa sakit seolah-olah senggugut. Disebabkan tidak mahu ‘layan’ perasaan itu, dia terus buat kerja-kerja rumah seperti biasa.

“Jumpa di Syurga ya anak-anak ibu,” merupakan kata-kata yang mampu diungkapkan oleh wanita berkenaan.

https://www.tiktok.com/@kasihlauraaaa/video/7105177124905995547?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7050368619843077634

Video tersebut kini meraih perhatian ramai yang turut memberikan kata-kata semangat buat ibu ini. Kasihan sungguh, tapi apakan daya.

Itulah takdir yang ditentukan oleh Yang Maha Esa. Semoga wanita ini sentiasa kuat dan redha menerima ketentuan ini.

Ibu yang keguguran memerlukan sokongan orang sekeliling untuk pulihkan emosi

keguguran hamil kembar

Di sini kami senaraikan beberapa tips untuk menjaga emosi para ibu yang baru sahaja mengalami keguguran. Ingat, emosi mereka masih ‘fragile’ dan bersedih, jangan ditambah pula kesedihan mereka itu.

#1. Hati-hati dalam percakapan

Ketika melawat atau menghubungi ibu yang baru mengalami keguguran, elakkan tersalah cakap perkara yang boleh memberi kesan kepada emosi mereka.

Adalah lebih baik memberikan kata-kata semangat serta menceritakan ganjaran di syurga bagi ibu yang kehilangan anak kecil semasa di dunia. 

Ini secara tidak langsung dapat memulihkan perasaan dan membuatkan ibu menjadi lebih reda dalam menerima hakikat sebuah kehilangan.

#2. Berikan bunga atau hadiah

Kalau anda tidak tahu ucapan dan kata-kata sesuai untuk memberi sokongan kepada ibu yang keguguran atau bimbang anda menghubungi mereka di waktu tidak sesuai, hantarkan bunga atau hadiah sebagai tanda ingat sudah memadai.

Sekurang-kurangnya ibu tersebut merasakan dirinya diingati.

#3. Sokongan berbentuk fizikal

Keguguran juga memberi kesan kepada kesihatan ibu selain kesakitan dari segi emosi. Sebagi contoh, ibu tersebut mungkin berada di hospital untuk menerima rawatan.

Ibu yang keguguran biasanya mengalami keletihan selepas kehilangan darah atau trauma keguguran. Tawarkan bantuan sokongan misalnya, membeli barangan keperluan rumah dan memasak.

Temani mereka sentiasa agar tidak begitu melayan perasaan seorang diri yang boleh membuatkannya lebih tertekan. Semoga bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Wiggle Boks, Kotak Keperluan Bayi Yang WAJIB Dimiliki Semua Ibu Bapa Sibuk!
Wiggle Boks, Kotak Keperluan Bayi Yang WAJIB Dimiliki Semua Ibu Bapa Sibuk!
5 VERY Important Tips when Choosing a Newborn Diaper
5 VERY Important Tips when Choosing a Newborn Diaper

TikTok @KasihLauraaaa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Sebab Makan Nenas Atau Bersenam, Doktor Dedah Ini Punca Sebenar Keguguran

Baca juga: 19 Kali Keguguran Termasuk 2 Kandungan Kembar, Ibu Ini Akhirnya Selamat Lahirkan Bayi Berat 6.3 KG!

Baca juga: 3 Ayat Dalam Surah Al-Hij’r Terkandung Doa Elak Keguguran Janin, Elok Dihafal Ibu Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Kehilangan Bayi
  • /
  • Terjatuh Dalam Bilik Air, Ibu Hamil Kembar Tiga Pasrah Alami Keguguran Selepas Seminggu
Kongsikan:
  • Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

    Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

  • Tidak Pernah Sentuh & Urus Kucing, Ibu Terkilan Bayi 9 Bulan Meninggal Dalam Perut Akibat Toksoplasmosis

    Tidak Pernah Sentuh & Urus Kucing, Ibu Terkilan Bayi 9 Bulan Meninggal Dalam Perut Akibat Toksoplasmosis

  • 11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

    11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

  • Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

    Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

  • Tidak Pernah Sentuh & Urus Kucing, Ibu Terkilan Bayi 9 Bulan Meninggal Dalam Perut Akibat Toksoplasmosis

    Tidak Pernah Sentuh & Urus Kucing, Ibu Terkilan Bayi 9 Bulan Meninggal Dalam Perut Akibat Toksoplasmosis

  • 11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

    11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham