TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Mengapa Kehamilan 'Rainbow Baby' Iaitu Hamil Selepas Gugur & Lahir Mati Lebih Mencabar?

24 Sep, 2021
Mengapa Kehamilan 'Rainbow Baby' Iaitu Hamil Selepas Gugur & Lahir Mati Lebih Mencabar?

Kehamilan selepas gugur atau lahir mati yang terkenal dengan panggilan rainbow baby tidak dinafikan bawa keresahan kepada ibu mengandung.

Setelah melalui episod keguguran atau lahir mati, ada wanita yang memang fobia untuk mengandung lagi. Tetapi jika sudah ditakdirkan rezeki, mereka menerimanya. Cuma, mengandung selepas gugur atau lahir mati yang dipanggil rainbow baby dikatakan lebih mencabar dan stres.

Adakah benar andaian ini atau sememangnya ia banyak berlaku kepada wanita di luar sana?

Kehamilan selepas keguguran atau lahir mati dipanggil rainbow baby kerana ia ibarat ungkapan indah ‘akan hadirnya pelangi selepas hujan’. Yang mana selepas berlakunya perkara sedih, akan ada sinar kebahagiaan menanti.

Hamil rainbow baby, mengapa ia lebih mencabar dan stres?

Rainbow baby

Kredit: thebump

Nama ‘bayi pelangi’ atau rainbow baby berasal dari gagasan pelangi muncul di langit setelah ribut, atau setelah waktu yang gelap dan bergelora.

Istilah ini telah semakin popular di blog dan media sosial dalam beberapa tahun kebelakangan ini terakhir dan ia telah melambangkan harapan dan penyembuhan.

Bagi mereka yang telah mengalami kehilangan bayi, kelahiran ‘bayi pelangi’ adalah masa kegembiraan, refleksi, penyembuhan, dan emosi yang sangat besar.

Bayi pelangi sering digambarkan sebagai bayi ‘keajaiban’ kerana kesan kuat yang dapat mereka miliki dalam membantu kedua ibu bapa  sembuh setelah kehilangan. Walau bagaimanapun, kehamilan pelangi dapat menimbulkan perasaan cemas, rasa bersalah, dan malah ketakutan kepada mereka yang mengalaminya. 

Mungkin ia lebih kepada takut kehilangan untuk sekali lagi atau lebih. Jika anda antara wanita terpilih yang menerima rezeki rainbow baby, ini mungkin yang akan anda alami.

Perasaan takut, gembira, risau bercampur baur

Rainbow baby

Kredit: orami

Anda tidak keseorangan jika anda merasakan perasan risau, takut atau gembira yang bercampur baur. Tiada sesiapa boleh memaksa anda menghilangkan perasaan itu kerana anda yang mengalami kehilangan sebelumnya.

Jadi jangan risau, ia adalah perkara normal untuk anda rasa sebegitu kerana sudah pasti rasa takut untuk kehilangan buat kesekian kalinya muncul.

Apa yang penting adalah kawalan diri anda sendiri. Penting untuk memproses emosi dengan meminta sokongan pasangan anda, berunding dengan profesional perubatan, dan berhubung dengan orang lain yang mengalami kehilangan sama.

Wanita yang mengalami kehilangan bayi berisiko tinggi mengalami kemurungan dan kegelisahan selepas bersalin. Anda boleh bekerjasama dengan kaunselor atau profesional kesihatan mental untuk mendapatkan bantuan dan penjagaan yang anda perlukan sekiranya anda rasa perlu.

Walaupun terasa mustahil untuk pulih sepenuhnya secara emosional dari keperitan dan kesedihan kehilangan bayi anda, ada sumber untuk membantu.

Gelisah & cemas normal bagi mereka yang mengandung rainbow baby

Rainbow baby

Kredit: kesehatanibudananak

Pengharapan yang tinggi dan cemas selain kegelisahan adalah emosi biasa bagi sesiapa yang mengandung ‘bayi pelangi’. Ini adalah perkara biasa dan amat difahami.

Anda mungkin ingin menghubungi rakan, ahli keluarga, atau kumpulan sokongan. Anda juga boleh bekerjasama dengan kaunselor atau profesional kesihatan mental mengenai cara-cara mengurus kegelisahan anda.

Luahkan apa yang anda rasa, jangan disimpan sendiri rasa risau. Berceritalah kepada mereka yang anda percaya dan selesa.

Penjagaan awal kehamilan rainbow baby

Sudah pasti perasaan risau tidak dapat dielakkan. Jadi apa yang penting adalah penjagaan pada kehamilan kali ini perlulah lebih rapi daripada yang sebelumnya.

#1. Amalkan makanan tambahan

Kecacatan yang membabitkan organ tubuh bayi terjadi saat di trimester pertama kehamilan. Itu sebabnya penjagaan kehamilan trimester pertama sangat penting pada masa ini.

  • Ambil makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin.
  • Karbohidrat dapat beri tenaga kepada bayi dan ibu hamil.
  • Protein pula bagi pertumbuhan dan pembinaan tisu tubuh bayi dan ibu.
  • Bagi mencegah jangkitan penyakit pada janin dalam kandungan, ibu perlu ambil vitamin dan zat galian yang mencukupi.

#2. Jangan ambil ubat tanpa kebenaran doktor

  • Pastikan anda dapatkan kebenaran doktor sebelum mengambil sebarang ubat
  • Semasa di awal kehamilan, ibu akan mengalami perubahan pada tubuh badan. Itu adalah normal dan jangan ambil sebarang ubat yang boleh memudaratkan.
  • Batuk dan badan rasa tidak selesa adalah perkara biasa di awal kehamilan. 

#3. Elak aktiviti lasak

Elakkan buat aktiviti lasak sepanjang kehamilan anda kerana ia akan merisikokan ibu dan bayi dalam kandungan

Stories Rakan Kongsi
Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!
Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Every Mum should know this: The Innovative prebiotics oligosaccharide mixture GOS/lcFOS (9:1)
Every Mum should know this: The Innovative prebiotics oligosaccharide mixture GOS/lcFOS (9:1)
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

#4. Elak stres

Cuba kawal diri daripada menjadi terlalu stres memikirkan adakah kehamilan kali ini akan selamat atau akan menjadi yang sebelumnya. Fikir yang baik-baik dan doa yang baik-baik. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: bumpboxes

Baca juga: Ini Apa Yang Terjadi Pada Faraj Lepas Bersalin, Setiap Suami Isteri Kena Tahu!

Baca juga: Negara Yang Bercuaca Panas Tinggi Risiko Untuk Ibu Lahirkan Bayi Pramatang & Kelahiran Mati

Baca juga: Kisah Benar: Pengalaman Ibu Dengan Anak Lahir Mati Ketika 8 Bulan, Sayu Membacanya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Mengapa Kehamilan 'Rainbow Baby' Iaitu Hamil Selepas Gugur & Lahir Mati Lebih Mencabar?
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham