Kisah Benar: Pengalaman Ibu Dengan Anak Lahir Mati Ketika 8 Bulan, Sayu Membacanya

Kisah Benar: Pengalaman Ibu Dengan Anak Lahir Mati Ketika 8 Bulan, Sayu Membacanya

Sebak kita mendengarnya, berat lagi ibu yang menanggungnya. Namun itulah hakikat yang dihadapi  seorang wanita yang bernama Nurdani, dia pernah mengalami keguguran pada kandungan yang baru berusia 10 minggu. Malah dia diduga lagi pada kehamilan keduanya.

Ibu mana yang tidak bersedih sekiranya sekelip mata dikhabarkan bayi meninggal selepas dilahirkan. Segala impian yang dibina, segala persiapan yang disedia semuanya jadi kenangan semata.  

Sebak kita mendengarnya, berat lagi ibu yang menanggungnya. Namun itulah hakikat yang dihadapi  seorang wanita yang bernama Nurdani, dia pernah mengalami keguguran pada kandungan yang baru berusia 10 minggu. Malah dia diduga lagi pada kehamilan keduanya, di mana bayi yang telah dikandung selama 8 bulan kembali bertemu pencipta.

Pendarahan teruk

Kisah Benar: Pengalaman Ibu Dengan Anak Lahir Mati Ketika 8 Bulan, Sayu Membacanya

Selepas dua bulan perkahwinannya, Nurdani dan pasangannya dikhabarkan berita gembira dengan kehamilan berusia enam minggu. Namun tidak lama selepas perkhabaran itu, Nurdani mengalami pendarahan yang teruk lantas terus memaklumkan kepada doktor. 

“Masa hari kedua selepas buka buku pink, saya bleeding dan maklumkan pada doktor. ‘Threatened misscariage’. Kami terus ke hospital dan dapati hanya nampak kantung tapi doktor pakar bagi masa 2 minggu untuk pantauan. Saya dan suami pulang ke rumah dalam keadaan sedih dan risau,” kongsinya. 

Suatu hari ketika tidur, dia tiba-tiba diserang sakit perut yang teramat sehingga berguling-guling menahan kesakitan. Sehinggalah terjadinya pendarahan yang teruk. Lantas dia dan suami tanpa melengahkan masa terus bergerak ke hospital jam 12 malam. 

“Saya disahkan keguguran diusia 10 minggu kehamilan,” coret Nurdani. 

Peluang kedua

Namun kesedihan itu tidak lama, selang tiga bulan, pasangan ini menerima lagi khabar gembira. Nurdani disahkan mengandung tujuh minggu selepas membuat imbasan ultra bunyi di klinik. Katanya ketika pemeriksaan itu jantung bayi cukup jelas didengari. 

Menginjak trimester ketiga, pasangan ini diduga lagi apabila Nurdani tiba-tiba merasa sakit kontraksi pada usia kandungan 8 bulan. Sakit kontraksi yang dirasakannya semakin kerap, lantas dia teringat bahawa doktor pernah berpesan sekiranya sakit kontraksi makin kerap dalam lima minit, perlu bergegas ke hospital. 

“Sampai ke bahagian PAC, jururawat buat pemeriksaan. Bukaan dah 8cm rupanya. Kelam kabut doktor dan jururawat kemudian saya ditolak masuk labour room. Masih terlalu awal untuk saya bersalin. Due date saya sepatutnya awal Oktober 2019,” jelasnya. 

Kelahiran yang sayu 

bayi meninggal selepas dilahirkan

Selepas menahan sakit kontraksi selama lebih satu jam, pada 21 Ogos 2019 tepat jam 3:31 petang, Nurdani selamat melahirkan bayi perempuan pramatang secara normal. Namun sebaik dilahirkan, anaknya segera dibawa ke NICU disebabkan kelahiran pramatang. 

Kejadian selepas itu lebih menyayat hati apabila jurururawat membawa bayi yang tidak lagi bernyawa dan diletakkan ke atas pangkuan Nurdani. 

“Tak lama lepas tu jururawat bawa anak ke pangkuan saya dalam keadaan dah tak bernyawa. Comel, cantik, putih melepak dan mancung hidung tak ubah macam ayahnya. Saya peluk dan kucup dahinya. Tak sempat ibu berikan susu. Kami berikan nama Nur Aleesa Dahlia (Cahaya Yang Dilindungi Tuhan dan sejenis bunga Dahlia),” kongsinya. 

Tidak disangka, bayi meninggal selepas dilahirkan. Namun Nurdani dibenarkan pulang ke rumah keesokan harinya. Tapi yang lebih menyedihkan kepulangan itu tanpa membawa anak yang dinanti selama ini.  “Menjadi ibu tanpa anak disisi. Berpantang dalam keadaan susu masih keluar walaupun dah diberikan ubat berhenti susu. Terpaksa makan lagi ubat berhenti susu,” rintih si ibu ini. 

Redha, tetapi masih bersedih

bayi meninggal selepas dilahirkan

Ilustrasi: Nurdani

“Redha tapi masih berlawan dengan mental emosi. Ya saya dan suami nampak tenang tapi hakikatnya bermain macam-macam emosi. Mudah sedih, mudah marah, kecewa dan selalu salahkan diri sendiri,” terangnya lagi. 

Kerana kecelaruan emosi akibat bayi meninggal selepas dilahirkan, jururawat yang menguruskan Nurdani sepanjang kehamilan merujuk Nurdani kepada doktor pakar untuk sesi kaunseling. Dia bersetuju tanpa banyak tanya, kerana dia tahu inilah yang terbaik buat dirinya. Malah dia memerlukan orang yang bertauliah untuk membimbing emosinya waktu itu.

Nurdani juga mengucapkan rasa syukur mempunyai suami yang sangat memahami dan sedia mendengar rintihan hatinya itu. Tapi yang kehilangan bukanlah Nurdani seorang, dia menyedari suaminya juga turut merasakan kesedihan yang sama lantas tidak mahu lagi membebankan suaminya dengan keluhan demi keluhan. Disebabkan itulah berjumpa dengan pakar merupakan alternatif terbaik baginya. 

“Sebelum temujanji dengan klinik pskiatri dihospital saya bersalin, saya berjumpa doktor pakar untuk keputusan darah dan placenta. Doktor cakap saya dan baby takda masalah. Kami normal dan sihat. Saya bingung.

Mati itu pasti. Tak lambat tak cepat. Arwah bayi kami menemui pencipta diusia sehari. Saya dan suami bersyukur Allah makbulkan doa untuk memiliki zuriat cuma anak kami tak panjang umur. Jadi kami redha dan usaha berbahagia dengan ujian ini,” jelas Nurdani. 

Kata Nurdani, masalah mental dan emosi masih menganggu, ia datang secara tiba-tiba dan sukar untuk dijelaskan bagaimana. Dia pernah tidak suka untuk melihat gambar-gambar bayi malah juga wanita mengandung. Dia menyatakan itu semua itu adalah kebahagiaan orang lain tapi dalam masa yang dia juga tidak suka untuk berasa sebegitu. Apabila teringat arwah anaknya yang tidak dapat dibesarkan, dia menjadi sedih. 

Rawatan psikiatri cukup membantu

bayi meninggal selepas dilahirkan

“Selepas jalani beberapa kali rawatan di klinik pskiatri dihospital saya bersalin, doktor nasihati saya untuk tukar negative thoughts kepada positive thoughts. Kalau rasa post tu buat saya terancam atau menganggu emosi, usaha elak dari tengok. Buat apa yang saya suka macam melukis, memasak, beriadah.

Fokus benda yang elak kita dari fikir ke arah negatif. Ya saya usaha buat dan berkesan.

Setiap kali ternampak post berkaitan kandungan atau gambar bayi, saya akan tersenyum. Mendoakan diri saya dapat rasa nikmat membesarkan anak kami suatu hari nanti.

Apa yang saya nak tekankan, dapatkan bantuan/sokongan mental dan emosi. Perkara ni sangat penting. Stigma sesetengah masyarakat kita dengan “psikiatri” yang dikatakan “gila” ni perlu dihapuskan. Mereka yang dapatkan bantuan disini ialah orang yang perlukan sokongan. Sesiapa sahaja boleh jumpa pakar psikologi. Jumpa pakar psikologi bukan bermakna orang tu gila,” akhiri coretan Nurdani. 

Benar, sememangnya mendapatkan bantuan baik daripada keluarga atau yang pakar, adalah cukup penting. Kesihatan mental dan emosi anda melebihi segalanya, lakukan apa yang terbaik buat diri anda. Tidak salah untuk meratapi dan bersedih, malah luahkan segalanya itulah yang terbaik.

Namun hidup perlu diteruskan, sentiasalah berusaha dalam mencari ketenangan hati yang lara. Ingatlah, anda masih mempunyai peluang untuk merasai kehamilan lagi, rezeki Allah itu kan PASTI. 

Project Sidekicks

theAsianparent telah melancarkan Project Sidekicks. Misi kami adalah untuk mengurangkan kadar kelahiran mati sebanyak 10% dalam 3 tahun akan datang, dengan meningkatkan kesedaran dalam pentingnya tidur mengiring, mengira gerak bayi dan menekankan risiko merokok. Kami galakkan mempunyai sistem sokongan untuk bakal ibu dan ibu bapa yang pernah mengalami keguguran kandungan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman yang ingin dikongsi dan ingin menjadi sebahagian dari Project Sidekicks ini, sila email ke  [email protected]

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Lahir Mati: Kisah Benar Kesakitan Dihadapi Ibu, Proses Penyembuhan & Cuba Hamil Lagi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner