Posisi woman on top antara posisi hubungan intim yang digemari oleh ramai isteri, kan? Ketika posisi inilah, isteri dapat menentukan ritma dayungan malah berapa dalam penetrasi suami.
Namun, pernahkah anda terfikir tentang apa yang difikirkan oleh suami ketika posisi woman on top ini? Adakah suami suka dengan posisi ini? Adakah dia puas?
Ha… hari ini kami akan jawab persoalan anda itu. Berikut antara 7 perkara yang difikirkan suami ketika posisi woman on top. Jom tengok!
7 perkara di fikiran suami ketika melakukan aksi woman on top
1. “Akhirnya aku boleh berehat pula!”
Kadang-kadang, suami akan meminta isteri melakukan posisi woman on top kerana mereka juga kepenatan. Namun dalam penat itu, mereka masih ingin menikmati kehangatan asmara!
Kalau suami menganggap posisi missionary sebagai posisi hubungan seks malas, kali ini untuk woman on top, mereka akhirnya lega kerana anda pula boleh mengambil alih permainan.
Dengan posisi ini juga, suami dapat mengatur bila ejakulasi boleh berlaku.
2. Cantiknya pemandangan indah di depan mata ini…
Ketika melakukan posisi woman on top, gerakan turun naik itu pasti saja akan membuatkan payudara isteri turut bergerak.
Pssst… dan sebenarnya, suami amat menyukai pemandangan itu! Hanya posisi woman on top yang mampu “menawarkan” pemandangan kegemaran suami, jadi tidak hairanlah mengapa mereka lebih cepat terangsang.
Suami pun pasti akan suka meramas payudara isteri ketika posisi ini 😛
3. “Dekat mana nak letak tangan ni?”
Kadang-kadang ketika posisi ini, suami akan sedikit keliru untuk meletakkan tangannya di mana.
Jadi, anda sebagai isteri bolehlah membantu suami dengan memilih kawasan mana yang anda ingin suami pegang. Anda mahu tangan suami di punggung, gosok klitoris, pegang muka atau rambut?
Tarik saja tangannya! Pasti suami akan lebih terangsang apabila anda seolah-olah mempunyai kuasa sepenuhnya dalam posisi ini.
4. “Kalau setiap hari dapat posisi ini best juga, kan!”
Berada di bawah saat melakukan posisi woman on top tidak memerlukan tenaga tambahan dari suami. Namun, rangsangan yang mereka terima tidak cukup hebat.
Jadi suami tak kisah kalau kalian melakukan posisi ini setiap hari. Namun kalau anda penat, anda boleh saja minta tukar posisi.
5. “Harap-harap zakar aku tak patah!”
Ha… jangan tidak tahu, ya. Zakar juga boleh patah!
Dek dahsyat sangat aksi suami isteri di ranjang, dengan semangat isteri yang berkobar-kobar, tak mustahil untuk zakar suami tercedera atau patah.
Hal ini mungkin sebab beban isteri dan cengkaman vagina yang terlalu berlebihan. Jadi hati-hati, ya!
6. Berharap dapat mengabadikan momen ini dengan kamera…
Oleh sebab suami “tidak buat apa-apa” ketika anda melakukan posisi woman on top, jadi tak mustahil untuk minda suami melayang entah ke mana-mana.
Kadang-kadang, dek terlalu tergoda dengan gerakan anda, mereka juga boleh terfikir nak merakan momen indah itu selamanya!
Tapi sudah tentu saja suami anda tahu yang dunia maya ini sungguh bahaya, jadi dia masih waras untuk tidak berbuat demikian. Jadi, dia sudah cukup puas untuk merakan semuanya dalam ingatan saja.
7. Tak sabar nak ambil alih pula!
Perasan tak, apabila anda kepenatan dan ingin suami mengambil alih posisi, suami seakan-akan tak sabar nak ambil alih?
Ha sebenarnya… mereka bukan bosan dengan posisi woman on top sampai tak sabar-sabar nak ambil alih. Mereka hanya terlalu terangsang hingga tak sabar nak mengatur rentak dayungan ikut rentak mereka pula.
Sebab itu isteri jangan malu kalau kepenatan duduk di atas. Cakap saja pada suami, pasti dia sudi dan berkobar-kobar nak ambil alih permainan!
***
Macam mana? Terjawab tak persoalan anda? Kalau nak lebih kepastian, cuba tanya suami. Betul tak benda ini yang difikirkan mereka 😛
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia
Baca juga:
Anda Selalu Pilih Posisi Missionary Ketika Bersama? Ini 7 Perkara Suami Fikir Tentangnya…
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!