Setiap ibu pastinya berusaha menjaga penampilan anak. Lebih-lebih lagi bila soal rambut, ia menjadi perkara penting sehingga ada ibu sanggup berbelanja lebih hantar anak ke barbershop untuk potong rambut dengan gaya lebih stylo.
Walau bagaimanapun, lain pula kisah yang berlaku pada kanak-kanak ini apabila ibunya seakan-akan menerima ‘kejutan’ selepas menjemput anak dari tempat jagaan.
Ibu terkilan pengasuh potong rambut anak tanpa memaklumkannya terlebih dahulu
Seorang ibu ini apabila dia seolah-olah ingin meluahkan perasaan sedih apabila rambut anak lelakinya dipotong oleh pengasuh tanpa keizinannya.
Ibu tersebut yang juga pengguna TikTok (MadamAinn) memuat naik satu video menunjukkan gambar anaknya sebelum dipotong rambut dan selepas dipotong oleh pengasuhnya.
“Sedihnya!” tulis Madam Ain menerusi video berkenaan.
Mana tidaknya, baru nak ambil anak daripada Taska, tengok rambut dah pendek. Terkejutlah si ibu!
@madamainn Sedihnyaaaa😭😭😭 #baby #fypシ ♬ Gwenchana ku menahan rasa sakit – Shanoon music
Dah ‘move on’, minta orang ramai untuk tidak berbalah
Walau bagaimanapun, dalam hantaran terbaharunya, Ain menjelaskan dia sudah reda dengan apa yang terjadi kepada anak lelakinya itu.
Dia turut meminta orang ramai untuk tidak berbalah dan bertikam lidah di ruangan komen tentang kejadian tersebut.
“Jangan gaduh-gaduh lagi pasal rambut Aydan. Mama dah move on,” ujarnya.
@madamainn Jangan gaduh2 lagi pasal rambut aydan😮💨 mama dah move on #babyfyp #anaksoleh #fyp ♬ suara asli – mamaayy – kiyajayafashion
Netizen tinggalkan komen berbaur kemarahan kepada pihak Taska/pengasuh
Isu ini turut meraih perhatian orang ramai di ruangan komen video tersebut yang rata-rata dilihat marah dan kurang senang dengan perbuatan si pengasuh.
“Ish, kalau saya memang tak boleh. Pandai-pandai je tak tanya kita,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Memang rasa marah sangat kalau orang memandai gunting rambut anak kita. Pernah ada pengalaman macam ini,” tulis seorang lagi pengguna TikTok yang mendakwa pernah alami situasi sama.
Walau bagaimanapun, ada juga yang membuatkan situasi tersebut menjadi lebih ‘neutral’.
“Kalau saya, tak kisah pun setakat potong rambut. Sebab rambut boleh tumbuh balik, tapi nak cari pengasuh yang baik ini susah sekarang.”
Apa pun, kepada pengasuh di luar sana diharapkan meminta izin ibu ayah terlebih dahulu untuk melakukan sesuatu agar tidak mendatangkan masalah kemudian hari.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 petanda anda dapat atau ada pengasuh yang tidak baik
Baca juga: Nak Tahu Bagus Ke Tak, Ini 11 Soalan WAJIB Ditanya Pada Bakal Pengasuh Anak
Baca juga: Pengasuh Didakwa Beri Bayi Ubat Tidur & Anxiety, Sampai Budak Itu Lemah Dan Mengantuk Sepanjang Hari