Tular baru-baru ini sebuah video memaparkan seorang wanita yang dipercayai seorang pengasuh anak cerdas istimewa menyeret kanak-kanak itu macam ‘anak patung’ di pusat jagaan.
Dalam video yang dikongsi Jabatan Netizen Negara di media sosial, Instagram itu menunjukkan kelakuan pengasuh itu agak kasar dalam mengajar anak cerdas istimewa. Kanak-kanak itu kelihatan cuba melarikan diri dari meja belajar kemudiannya direntap dan diseret semula ke meja.
Autisme atau anak cerdas istimewa kurang difahami orang
Rata-rata penonton meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakan wanita berkenaan. Malah menurut kiriman video berkenaan, admin menjelaskan yang sebenarnya ramai orang tidak mempunyai kesabaran dalam menangani anak autisme kerana mereka kurang faham.
Dalam era teknologi di hujung jari ini, masih ramai tidak tahu siapakah sebenarnya anak autisme. Ada yang melabel mereka sebagai budak nakal, suka mencederakan diri sendiri, ganas, mudah mengamuk, cenderung tantrum dan banyak lagi yang pastinya tidak sedap didengar.
Sikap segelintir masyarakat yang begitu mudah melabel anak istimewa itu tanpa cuba memahami situasi dihadapi mereka. Lebih penting, anak autisme tidaklah seteruk yang kerap digambarkan atau ditonjolkan kepada umum.
Tular rakaman sebuah video CCTV dimana seorang kanak-kanak istimewa yang dilayan dengan cara yang agak kasar oleh pemjaga dipercayai pengasuh di sebuah pusat asuhan. Ramai yang luahkan rasa sedih dan tidak puas hati dengan pelakuan dalam video tersebut.
Komen netizen mengecam teruk perbuatan pengasuh
Ramai netizen yang memberi komen penjagaan anak cerdas istimewa ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau tiada kesabaran maka anda tidak layak untuk menjadi pengasuh!
“Kalu hati senipis tisu, pastu ada pulak masalah mental, tak payah gatal2 jadi pengasuh lah, bengap…”
“Saya ada anak autism. Sedih dan marah sgt tgk anak2 ni diperlakukan mcm ni. Semoga dpt balasan setimpal dunia akhirat 😢”
“Org tu p sapu kerusi ank tu kenapa.terkejut takut dia lari la😢😢.yg menyapu tu pun satu.adoiii.cikgu2 situ ada kelulusan ke utk jaga ank2 istimewa ni?klu mcm ni la kaedahnya hrp tutup la sek ni.ank2 nk rasa selamat.x selamattt oiiiii…😢😢”
“kalau x blh nak sabar jgn jadi pengasuh!!!! pegi kerja lain… dah tau kanak2 mmg byk ragam, kenapa nak jadi pengasuh!!!!! kalau jenis x sabar..!! ingt mak ayah hantar anak free ke!!! dikenakan bayaran lagi. dan diberikan amanah kpd pengasuh utk menjaga.. 😢”
Apa itu Autisme
Autisme adalah masalah perkembangan kompleks yang dialami kanak-kanak. Dan Autisme boleh dikesan pada anak seawal usia bayi 12 bulan.
Mereka akan menunjukkan ciri-ciri, tidak mempunyai ‘eye contact’, tidak memberi reaksi ketika dipanggil dan macam-macam lagi.
Ia melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.
Kanak-kanak dengan gangguan autisme tidak akan mempamerkan tingkah laku yang tidak normal, sebaliknya mereka tidak akan melakukan sesuatu tingkah laku yang normal.
Gangguan ini menjejaskan hampir 1 daripada 68 kanak-kanak, dan kanak-kanak lelaki 5 kali lebih tinggi menghidapnya, berbanding perempuan.
Baru-baru ini, kajian telah memperoleh pencerahan mengapa autisme lebih banyak dihidap anak lelaki berbanding anak perempuan.
Gangguan autisme pada kanak-kanak lelaki
Salah satu sebab mengapa lebih ramai kanak-kanak lelaki menghidap gangguan ini adalah kerana perubahan genetik tertentu dalam kromosom X mereka.
Menurut kajian Stephen Scherer, pengarah Centre for Applied Genomics, jika kromosom X dalam seorang lelaki hilang gen PTCHD1 atau DNA tertentu, mereka akan cenderung menghidap autisme.
Kanak-kanak perempuan terkecuali kerana mereka ada kromosom X nombor dua (XX) berbanding lelaki yang hanya ada satu (XY). Tapi ia bukanlah bermaksud kanak-kanak perempuan tidak tergolong dalam anak cerdas istimewa ini.
Sumber: Jabatan Netizen Negara 20
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tak Semua Pengasuh Sanggup Jaga Anak Autism, Ibu Ini Tukar Pengasuh Sampai 40 Kali!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!