Wajah Kusam & Masalah Pigmentasi? Boleh Cuba Atasinya Dengan Skincare Untuk Jeragat Terbaik Di Pasaran Ini

Ibu mencari skincare untuk jeragat? Kami ada senaraikan 8 pilihan terbaik untuk mengatasinya dengan efektif dan selamat.

Masalah jeragat yang biasanya bersepah di atas permukaan kulit wajah, boleh jadi satu ciri-ciri yang charming. Walaubagaimanapun, untuk sesetengah individu, jeragat boleh jadi satu masalah kulit yang membimbangkan, menjadikan ia satu misi yang mencari skincare untuk jeragat yang terbaik.

Masalah kulit terjadi apabila pendedahan kulit anda selama bertahun-tahun kepada sinaran UV yang terang – tanpa perlindungan sesuai – boleh menyebabkan bintik-bintik hitam yang hodoh. Jadi sebelum anda memulakan sebarang jenis rawatan pigmentasi, ia adalah lebih baik untuk anda melabur di dalam krim sunblock yang bagus.

Tips Pemilihan Skincare Untuk Jeragat Terbaik

Apabila memasuki fasa pemilihan skincare untuk masalah jeragat, berikut adalah beberapa faktor penting yang anda patut pertimbangkan:

  1. Cari produk dengan bahan seperti vitamin C, ekstrak licorice, dan niacinamide kerana ia boleh membantu mencerahkan tompok hitam dan ton kulit tidak sekata.
  2. Sentiasa periksa produk dengan SPF untuk melindungi kulit anda daripada selaran cahaya matahari.
  3. Pilih produk yang sesuai untuk jenis kulit anda untuk mengelakkan kerengsaan.
  4. Baca reviu dan runding dengan pakar dermatologi juga dapat membantu anda dalam mencari skincare untuk jeragat paling efektif dan selamat berdasarkan keperluan anda.
  5. Kuncinya adalah konsisten – sapu krim seperti mana yang diarahkan untuk hasil yang memuaskan!

Skincare Untuk Jeragat Terbaik Di Pasaran Malaysia

Kiehl’s Clearly Corrective Dark Spot Solution

Skincare untuk jeragat terbaik sesuai untuk kebanyakkan jenis kulit

Produk Kiehl’s diperbuat daripada ramuan yang diambil dari alam semulajadi dan sesuai untuk kebanyakkan jenis kulit. Koleksi Clearly Corrective mereka direka khas untuk mencerahkan dan mengurangkan tona kulit yang tidak sekata.

Produk yang paling laku dan digemari oleh pelanggan adalah Clearly Corrective Dark Spot Solution – serum ringan yang tidak mengandungi paraben, pewangi, silikon dan pewarna.

Apa yang kami suka:

  • Ramuan semula jadi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Serum ringan
  • Tidak mengandungi paraben, pewangi, silikon dan pewarna

IOPE Bio Essence Intensive Conditioning

Skincare untuk jeragat terbaik secara intensif

Jika anda mahu muka anda kelihatan cerah dan rasa lebih lembut, Bio Essence ini boleh membantu membaiki keadaan keseluruhan kulit anda.

Mereka yang risau tentang tanda penuaan, jangan bimbang kerana intipati cecair ini yang telah dicipta oleh ‘teknologi Bio perangsang’ boleh membantu mengurangkan semua garisan penuaan sambil mengekalkan kesihatan kulit anda.

Apa yang kami suka:

  • Ciptaan ‘teknologi Bio perangsang’
  • Merawat sambil mengekalkan kesihatan kulit

Lancome Advanced Genifique Youth Activating Concetrate

Skincare untuk jeragat terbaik hasil dalam masa 7 hari 

Lihat produk paling laku Lancome yang terkini ini, Advanced Genifique Youth Activating Concentrate, yang boleh membantu memperbaiki kulit anda dan mengembalikan kesegarannya.

Di dalam satu pembelajaran klinikal, kajian menunjukkan wanita yang mencuba serum ini memperolehi kulit yang ternyata lebih muda dalam hanya tujuh hari!

Apa yang kami suka:

  • Terbukti secara klinikal ke atas wanita yang memakai produk ini
  • Produk paling laku kegemaran ramai wanita
  • Hasil boleh dilihat dalam masa tujuh hari

Innisfree Orchid Enriched Cream

Skincare untuk jeragat terbaik dari Orkid Jeju

Bunga orkid bukan sahaja cantik untuk di lihat, tetapi ramuan antioksida menakjubkan yang diekstrak daripada Orkid Jeju yang hebat boleh memberikan kulit anda rupa yang bersinar dan berseri.

Krim anti-penuaan ini boleh membantu menegangkan dan mencerahkan kulit anda, mengurangkan garisan kedut pada senyuman anda dan memberikan khasiat yang kulit anda perlukan.

Dengan rejim penjagaan kulit yang betul, kulit anda akan bercahaya dengan berseri sekali lagi.

Apa yang kami suka:

  • Bunga orkid kaya dengan ramuan antioksida
  • Mengandungi kehebatan bunga orkid Jeju
  • Menegang dan mencerahkan kulit

Sulwhasoo First Care Activating Serum

Skincare untuk jeragat terbaik dari Korea

Anda perasan tak yang kebanyakkan wanita Korea kelihatan muda dan mempunyai kulit yang cantik?

Serum unik ini datang terus dari Korea dan mengandungi herba perubatan yang berharga untuk memberikan anda kulit yang cantik dan berseri-seri.

Sulwhasoo mengandungi Peony untuk melegakan kulit, Rehmannia untuk pelembapan, bunga teratai untuk mengembalikan kesegaran, kulit Solomon yang menambah keanjalan kulit dan lili putih untuk kesan berkhasiat.

Apa yang kami suka:

  • Serum datang terus dari Korea
  • Mengandungi herba perubatan yang berharga
  • Mengandungi Peony yang melegakan kulit, Rehmannia melembap, bunga teratai mengembalikan kesegaran, kulit Solomon menambah keanjalan kulit dan lili putih untuk kesan berkhasiat

Estee Lauder Night Repair Synchronized Recovery Complex II

Skincare untuk jeragat terbaik merawat kulit waktu tidur

Siapa yang tidak mahu bangun pagi dengan kulit yang lebih lembut, lembap, sihat dan tampak muda?

Letakkan beberapa titis serum ini setiap malam sebelum anda tidur dan dalam masa lebih kurang empat minggu, anda akan nampak kesan perubahan dramatik pada kulit anda!

Perkara ajaib akan berlaku semasa anda tidur di mana kulit anda berubah menjadi baru untuk menghasilkan rupa yang lebih segar pada waktu pagi.

Apa yang kami suka:

  • Merawat kulit sewaktu tidur
  • Hasil perubahan dapat dilihat dalam masa 4 minggu
  • Bangun pagi dengan kulit yang segar, cukup lembap dan sihat berseri

Shiseido White Lucent Brightening Massage Cream

Skincare untuk jeragat terbaik lembapan 24 jam

Mereka yang tinggal di Malaysia pasti tahu bagaimana sinaran matahari yang panas dan kuat dapat merosakkan kulit anda yang halus.

Para wanita yang sering dirunsingkan oleh bintik-bintik hodoh, jeragat atau kulit kusam pasti akan rasa gembira apabila mendengar tentang krim pencerah ini yang boleh membantu anda mendapatkan semula kulit yang bercahaya.

Anda pasti akan berasa kagum dengan perbezaan ketara selepas menggunakan krim ini.

Apa yang kami suka:

  • Melindungi dan merawat kulit yang terdedah pada sinaran matahari
  • Mengembalikan keserian kulit

Bio Oil

Skincare untuk jeragat terbaik pilihan ramai

 

Bio Oil selalu muncul di semua tempat sebagai penyelesai masalah yang berkaitan kulit. Ianya murah dan lembut pada kulit anda.

Bio Oil adalah penyelesaian yang terbukti bagi masalah stretchmark dan parut jerawat, dan turut berfungsi untuk mencerahkan tanda pigmentasi dengan berkesan.

Apa yang kami suka:

  • Produk skincare yang menjadi pilihan ramai wanita dalam menangani masalah kulit
  • Murah dan lembut pada kulit
  • Terbukti berkesan untuk masalah stretch mark, parut jerawat dan tanda pigmentasi

Produk Berat isi kandungan (ml) Harga
Kiehl’s Clearly Corrective Dark Spot Solution 50 RM79.00
IOPE Bio Essence Intensive Conditioning 84 RM92.00
Lancome Advanced Genifique Youth Activating Concetrate 100 RM889.00
Innisfree Orchid Enriched Cream 50 RM68.93
Sulwhasoo First Care Activating Serum 60 RM229.00
Estee Lauder Night Repair Synchronized Recovery Complex II 50 RM376.80
Shiseido White Lucent Brightening Massage Cream 50 RM68.47
Bio Oil 60 RM29.90

Apa itu jeragat?

Jeragat adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh ramai orang. Ia kecil, rata, spot tan atau rona coklat terang yang selalunya muncul di atas kulit, terutama sekali pada bahagian kulit yang terdedah kepada sinaran matahari.

Ia berpunca daripada peningkatan penghasilan melanin, pigmentasi yang bertanggungjawab untuk rona kulit. Sesetengah orang mempunyainya sepanjang tahun, sementara yang lain biasanya hanya akan menjumpainya ketika musim panas.

Remedi elak masalah jeragat

Mencegah jeragat melibatkan kaedah melindungi kulit daripada cahaya matahari, kerana terdedah kepada selaran UV boleh menstimulasikan penghasilan melanin. Berikut adalah antara remedi yang boleh anda lakukan dalam mengelakkannya:

  1. Sunscreen: Gunakan sunscreen dengan spektrum yang meluas dengan kadar SPF yang tinggi (30 dan ke atas) dan sapukannya merata, terutama sekali pada bahagian mula, tangan dan mana-mana bahagian kulit yang terdedah.
  2. Pakaian bertutup: Pakai pakaian yang tertutup seperti topi, baju lengan panjang, dan cermin mata hitam untuk melindungi kulit anda daripada selaran cahaya matahari terus.
  3. Elak keluar ketika cuaca terik: Kekal berada di dalam bangunan atau berteduh di bawah kawasan yang redup ketika cuaca terik, selalunya di antara jam 10 pagi sehingga 4 petang.
  4. Tambah pemakaian produk antioksidan: Gunakan produk skincare dengan antioksidan seperti vitamin C, yang mana boleh membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan cahaya matahari.
  5. Kekal hidrat: Minum air yang banyak untuk memastikan kulit anda kekal hidrat, kerana kulit kering selalunya lebih mudah untuk mengalami kerosakan dari selaran matahari.
  6. Hadkan pendedahan pada cahaya matahari: Sentiasa beringat dengan berapa lama masa terdedah pada cahaya matahari, terutama sekali jika kulit anda berona cerah, kerana jeragat biasanya lebih jelas kelihatan pada individu yang mempunyai tona kulit cerah.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Skincare Ibu Mengandung: Jenis Skincare Yang Selamat & Tidak Selamat Digunakan

Baca juga: Kulit Kusam, Berjerawat dan Berbintik Semasa Hamil? Ini Skincare Terbaik, Malah Selamat Untuk Para Ibu!

Baca juga: Seeloknya Tukar Pencuci Muka Organik Ketika Hamil, Ini Pilihan Yang Terbaik Dan Selamat Untuk Ibu Dan Kandungan

Penulis

Farhana Fuad