Pikat Selera Bayi Dengan Bubur Cerelac Citarasa Ibu, Ia Kaya Dengan 15 Vitamin & Mineral

undefined

Produk Nestle sering menjadi pilihan para ibu di Malaysia. Keluaran terbaharu iaitu Cerelac Citarasa Ibu dikhaskan untuk bayi berusia 1 tahun ke atas

Melihat sahaja si manja semakin membesar, hati ibu pastinya gembira dan teruja untuk menyediakan sajian istimewa di rumah. Memahami keperluan para ibu masa kini, produk Nestle terbaharu yang kaya dengan nutrisi telah dihasilkan bagi memudahkan urusan seharian anda.

Selain memberikan susu, adalah menjadi tanggungjawab ibu untuk memastikan si manja mendapat khasiat yang mencukupi melalui pengambilan makanan seharian.

Produk Nestle Cerelac Citarasa Ibu membolehkan anak menikmati makanan seperti hidangan dewasa

cerelac citarasa ibu

Nestle telah melancarkan produk yang disukai oleh ramai ibu dan bayi terkini iaitu Cerelac Citarasa Ibu. Memandangkan usia si manja anda semakin bertambah, mereka mungkin telah bersedia untuk merasai pengalaman baharu ketika tibanya waktu makan.

Jika sebelum ini bayi enam bulan disyorkan mengambil makanan pejal dalam bentuk puri, kini apabila melangkah usia 12 bulan, anak boleh diberikan makanan bertekstur lebih keras dengan rasa savouri. Ia seakan-akan hidangan untuk sekeluarga.

Nestle Cerelac Citarasa Ibu ini merupakan pilihan makanan savouri, memiliki tekstur seakan-akan bubur dengan ’empingan nasi’ sebenar. Ia adalah untuk membolehkan si manja berasa seperti mereka turut menikmati makanan pejal yang sama seperti hidangan orang dewasa.

Bagi memenuhi selera bayi, Nestle menawarkan dua jenis bubur yang lazat iaitu Bubur Ayam dan Bubur Sayur-Sayuran. Penghasilannya diilhamkan dari dapur ibu menggunakan ramuan semula jadi seperti kepingan lobak merah, bawang, campuran sayur-sayuran yang dipilih khas dan sesuai untuk bayi.

Pelancaran produk istimewa ini telah dilakukan secara maya iaitu Facebook live. Nestle turut menjemput selebriti dan pengacara, Ika Nabella dan Dahlia Shazwan bagi berkongsikan pengalaman mereka ketika menjadi ibu.

Kedua-duanya juga sempat memberikan beberapa tips dan helah bagi menjadikan pengalaman makan si manja bersama keluarga lebih menarik menggunakan Cerelac Citarasa Ibu sepanjang sesi tersebut.

Produk Nestle terbaharu- Semangkuk Nutrisi, Penuh Kebaikan

nestle cerelac

Istimewanya bubur savouri Nestle Cerelac Citarasa Ibu ini tinggi dengan protein, kalsium, zat besi serta mengandungi 15 vitamin dan mineral. Kesemua nutrien ini menyokong perkembangan bayi untuk memasuki fasa pembesaran yang seterusnya.

Nutrisi-nutrisi ini amat penting dalam memastikan perkembangan fizikal dan mental bayi berjalan lancar.

Menurut Pengurus Perniagaan Nestle Nutrition Malaysia, Jasmin L. Estacio, pihaknya berusaha untuk membolehkan si manja duduk bersama ahli keluarga lain di meja makan.

”Adalah penting membentuk ikatan fizikal dan sosial yang baik dengan ibu ayah, ia juga berupaya memupuk keyakinan diri si manja apabila dalam situasi sosial,” katanya.

Langkah mudah dalam menyediakan Cerelac Citarasa Ibu 

Bagi menyediakan sajian bubur istimewa menggunakan Cerelac Citarasa Ibu, ikuti sahaja langkah mudah ini:

bubur bayi

  • Sediakan sebiji mangkuk. Masukkan sebanyak 75ml air mendidih.
  • Kemudian tambahkan 25g atau 3 sudu besar rata Cerelac Citarasa Ibu
  • Gaul sebati dan biarkan selama 3 minit sebelum dihidang

Semasa sesi Facebook Live yang berlangsung tempoh hari, Ika Nabella dan Dahlia menunjukkan konsistensi seakan bubur tersebut. Ia sesuai untuk si manja yang berusia 12 bulan ke atas bagi membolehkan mereka meneroka pengalaman makanan baharu.

Aroma dan rasa savouri daripada ramuan semula jadi ini turut ditekankan semasa penyediaan.

Kini waktu makan bayi menjadi detik yang membahagiakan buat ibu dan si manja. Anda juga tidak perlu kelam-kabut menyediakan bahan-bahan di dapur kerana segalanya sudah tersedia dalam satu pek Nestle Cerelac ini.

Resipi dirumus khas bagi mendapatkan tekstur dalam memuaskan keinginan si manja untuk mengunyah. Kandungan zat besi yang tinggi penting untuk pembentukan sel darah merah. Ia turut menyokong proses pembelajaran dan penerokaan si manja setiap hari.

Kini ibu-ibu boleh mendapatkan produk Nestle Cerelac Citarasa Ibu di pasaraya seluruh negara. Harga jualan yang dicadangkan ialah RM9.50. Sekiranya anda memerlukan sampel, boleh terus layari www.startwell.nestle.com.my/ms/sampel-percuma-cerelac-citarasa-ibu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Naik Ruam & Gatal-Gatal, Ini Tanda Bayi Alergi Makanan Yang Ibu Kena Waspada

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!