X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Idea Sarapan Untuk Bayi Mudah & Berkhasiat, Sesuai Juga Dijadikan Minum Petang!

4 min bacaan
Idea Sarapan Untuk Bayi Mudah & Berkhasiat, Sesuai Juga Dijadikan Minum Petang!

Sarapan untuk bayi yang mudah dan berkhasiat sering menjadi pilihan para ibu. Apa kata anda cuba beberapa idea hidangan ini, pasti si manja akan suka!

Jangan tidak tahu, bayi seawal 8 bulan sudah boleh menikmati pelbagai jenis makanan sedap dan berkhasiat. Apa yang penting adalah ibu perlu bekalkan tenaga secukupnya bagi permulaan hari si manja dengan variasi menu sarapan untuk bayi.

Dalam menyokong perkembangan bayi, tubuh mereka sangat memerlukan pelbagai nutrisi dan vitamin. Tidak dinafikan kadang-kadang anda mungkin tiada idea untuk memasak, namun janganlah jadikan alasan ini sehingga sanggup memilih makanan segera untuk bayi (instant baby food).

Baca juga: Resepi Bekal Makanan Bayi Untuk Ke Rumah Pengasuh, Ibu Bekerja Pun Sempat Buat!

Menu sarapan untuk bayi yang mudah dan sedap

Menerusi sebuah kumpulan makanan bayi di Facebook, Siti Nurul Hidayu telah memuat naik 5 resepi menu sarapan untuk bayi dan anak kecil yang sungguh menyelerakan. Bahkan ia sangat sesuai untuk minum petang juga!

#1. Pancake Brown Rice

menu sarapan pagi bayi

Bahan-bahan

  • 1 biji telur
  • Beras perang
  • Susu full cream (saya guna Fernleaf)
  • Vege powder

Cara penyediaan

  1. Masak beras perang. Kemudian sejukkan, pecah telur dan kacau sehingga ia sebati.
  2. Masukkan susu full cream dan kacau lagi. Jangan risau kerana adunan memang agak cair.
  3. Tambah vege powder sehingga sebati. Panaskan pan dan sapukan sedikit minyak.
  4. Masukkan adunan tadi sedikit demi sedikit dan balikkan kedua-dua bahagian sehingga masak.

#2. Spaghetti Egg Roll

menu sarapan pagi bayi

Bahan-bahan

  • Spageti
  • Brokoli
  • Bawang putih & bawang merah
  • Pes mirepoix
  • Pes cili
  • 2 biji telur

Cara penyediaan

  1. Rebus spageti sehingga lembut dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis semua bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan mirepoix dan pes cili. Kemudian tambah sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sayur brokoli dan masak sehingga lembut. Seterusnya masukkan spageti yang sudah siap masak untuk dijadikan sebagai inti.
  4. Untuk telur dadar, masak seperti biasa dalam kuali leper. Ibu perlu pastikan telur tidak terlalu tebal bagi mengelakkannya pecah ketika proses menggulung nanti.
  5. Potong mengikut bentuk yang anda suka dan siap!

#3. Chicken Shepherd's pie

resepi makanan bayi

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Brokoli
  • Ubi kentang
  • Kepingan keju (saya guna jenama beqa)
  • Grated cheese
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Mirepoix 
  • Serbuk keju

Cara penyediaan

  1. Stim kentang sehingga lembut dan ketepikan.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah, brokoli dan isi ayam sehingga hancur.
  3. Panaskan minyak dan masukkan mirepoix serta bahan kisar tadi.
  4. Masak sehingga ia mendidih dan kering. Tambahkan kepingan keju dan ubi kentang yang sudah dilenyek.
  5. Kacau semuanya sebati dan masukkan serbuk keju. Masukkan ke dalam cawan aluminium dan taburkan grated cheese. Bakar menggunakan suhu 180 darjah celsius sehingga keperangan.

#4. Bread baked pie

idea sarapan pagi anak

Bahan-bahan

  • Roti sandwich (gardenia)
  • Susu full cream
  • Tuna
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Kepingan keju
  • Grated cheese
  • Serbuk keju

Cara penyediaan

  1. Carikkan roti kecil-kecil dan campurkan ke dalam susu full cream. Biarkannya lembut dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan mirepoix serta tuna.
  3. Kacau sebati dan masukkan sedikit air. Kemudian tambah bayam, susu full cream dan kepingan keju.
  4. Kacau sebati dan masukkan serbuk keju dan vege powder. Masak sehingga sedikit kering.
  5. Masukkan roti ke dalam cup aluminium foil dan tekan sedikit untuk padatkannya.
  6. Masukkan semua bahan telah dimasak dan taburkan grated cheese. Bakar suhu 170 celsius sehingga masak.

#5. Noodles roll

resepi sarapan pagi

Bahan-bahan

  • Noodles
  • Brokoli
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Pes mirepoix 
  • Pes cili
  • 2 biji telur

Cara penyediaan

  1. Rebus noodles sehingga lembut dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis semua bawang sehingga ia naik bau.
  2. Tambah mirepoix dan pes cili. Masukkan sedikit air dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan brokoli dan masak sehingga lembut. Tambah spageti dan kacau sebati.. Noodles yang sudah siap masak ini akan dijadikan inti.
  4. Untuk telur dadar, masak seperti biasa dan jangan terlalu tebal. Terbalikkan kedua-dua bahagian sehingga masak.
  5. Letakkan noodles dan rollkan mengikut saiz yang anda suka. Potong dan siap!

Bagi ibu yang tidak tahu tentang apakah mirepoix, ia sebenarnya sejenis perasa makanan bayi menggunakan 3 bahan utama seperti bawang, celery dan lobak merah.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Sumber: Siti Nurul Hidayu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Menu Sarapan Pagi Untuk Anak Yang Simple Tapi Sedap, Barulah Kekal Bertenaga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Idea Sarapan Untuk Bayi Mudah & Berkhasiat, Sesuai Juga Dijadikan Minum Petang!
Kongsikan:
  • Kalau Ingin Hari-Hari Anda Lebih Cergas, Elakkan 6 Menu Sarapan Pagi Ini!

    Kalau Ingin Hari-Hari Anda Lebih Cergas, Elakkan 6 Menu Sarapan Pagi Ini!

  • 4 Resipi Menu Sarapan Pagi Lazat & Tidak Memakan Masa Lama Untuk Anak Picky Eater

    4 Resipi Menu Sarapan Pagi Lazat & Tidak Memakan Masa Lama Untuk Anak Picky Eater

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kalau Ingin Hari-Hari Anda Lebih Cergas, Elakkan 6 Menu Sarapan Pagi Ini!

    Kalau Ingin Hari-Hari Anda Lebih Cergas, Elakkan 6 Menu Sarapan Pagi Ini!

  • 4 Resipi Menu Sarapan Pagi Lazat & Tidak Memakan Masa Lama Untuk Anak Picky Eater

    4 Resipi Menu Sarapan Pagi Lazat & Tidak Memakan Masa Lama Untuk Anak Picky Eater

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.