Bukan Semua Produk Selamat untuk Si Kecil! Ini 6 Produk Penghalau Nyamuk Bebas DEET yang Terbaik untuk Kanak-kanak

Adakah semua produk penghalau nyamuk sesuai digunakan untuk bayi dan kanak-kanak? Apa itu DEET? Adakah ianya bahaya jika digunakan dalam jangka masa yang lama? Ketahui semuanya di sini!

Gigitan nyamuk pada kanak-kanak sememangnya sangat ditakuti ibu bapa. Ini kerana nyamuk bukan sahaja boleh menyebabkan kita mengalami rasa kegatalan bahkan gigitan nyamuk aedes boleh menyebabkan kita demam denggi. Sebab itulah adanya produk penghalau nyamuk di pasaran.

Akan tetapi, parents juga perlu hati-hati dalam kandungan yang digunakan kerana tidak semua produk penghalau nyamuk adalah sesuai digunakan untuk si kecil. Antara kandungan penghalau nyamuk yang agak bahaya untuk si kecil anda adalah DEET. 

Apa Itu DEET?

Untuk pengetahaun semua, DEET merupakan singkatan daripada perkataan diethyltoluamide. Ianya adalah antara formulasi boleh didapati dalam kebanyakan produk penghalau nyamuk. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu tentang ini terutama dari segi fungsinya.  

National Pesticide Information Center (NPCI) menyatakan bahawa DEET bertindak sebagai penghalau serangga yang biasanya digunakan untuk menghalau nyamuk, serangga, kutu dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, ianya telah digunakan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1946 bagi melindungi kulit mereka apabila masuk ke kawasan yang penuh dengan serangga. Sejak itu, DEET telah digunakan di seluruh AS untuk tujuan yang sama.

Walaupun sebelum ini, para saintis menyatakan bahawa DEET berkesan dalam menghalang nyamuk atau serangga lain daripada hinggap ke kulit, kajian terbaru menunjukkan bahawa ianya tidaklah betul sebenarnya. Sebaliknya, ia hanya berfungsi apabila nyamuk tersebut bersentuhan dengan DEET melalui kaki atau kulit mereka. 

Adakah DEET Bahaya?

Pasti anda tertanya-tanya, jika tentera AS boleh menggunakan DEET mengapa ianya masih berbahaya? Menerusi penyelidikan yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine, sebenarnya kesan sampingan DEET ini datang apabila menggunakannya dalam jangka masa yang panjang. 

1. Boleh mencetuskan reaksi alahan 

NPCI menyatakan bahawa penghalau serangga dengan formulasi DEET mampu menecetuskan reaksi kerengsaan, kemerahan, ruam dan pembengkakan jika digunakan pada jangka masa yang lama.

2. Sawan

Walaupun ianya jarang berlaku, terdapat juga kes sawan yang dikaitkan dengan penggunaan penghalau nyamuk DEET. Sebahagian daripada mereka adalah kanak-kanak berumur antara 17 bulan hingga 8 tahun.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Toksikologi Manusia dan Eksperimental melaporkan bahawa kanak-kanak di bawah 16 tahun yang mengalami kerosakan otak boleh disebabkan oleh pendedahan kepada penghalau serangga yang mengandungi DEET. Oleh itu, penyelidikan tersebut menyatakan 

3. Boleh menyebabkan kanser 

Ada juga kajian mendapati DEET bersifat karsinogenik yang boleh membahayakan sekiranya disedut atau disapu pada kulit. Salah satu contoh kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Occupation and Environmental Medicine didapati bahawa pendedahan kepada DEET boleh meningkatkan kemungkinan kanser pada sel darah putih.

6 Jenama Produk Penghalau Nyamuk Bebas DEET yang Selamat untuk Bayi dan Kanak-kanak

Berikut adalah 6 jenama produk penghalau nyamuk bebas DEET yang sangat disyorkan untuk kegunaan si kecil anda.

Mama’s Choice Baby Mozzbye Skin Protection Lotion

Mama’s Choice Baby Mozzbye Skin Protection Lotion ini mempunyai manfaat daripada 6 minyak semulajadi untuk mengusir nyamuk dan ianya bebas daripada formulasi DEET, DDT, paraben, wangian tambahan, alkohol dan SLS. Ini termasuklah minyak biji andiroba, minyak lavender dan minyak citronella. Ia berfungsi sama seperti DEET, tetapi 100% lebih selamat. Selain efektif menghalau nyamuk, minyak lavender juga boleh memberi ketenangan pada kulit bayi anda.

Paling menarik sekali, losyen penghalau nyamuk ini mampu memberi pelindungan sehingga 8 jam! Jadi, anda tidak perlu risau untuk kerap menyapukan produk pada si kecil setiap masa. Kesemua kandungan di dalam losyen ini juga adalah diyakini halal dan telah diuji secara dermatologi menjadikannya selamat digunakan untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.

Apa yang kami suka?

  • Bebas DEET, alkohol, paraben, SLS dan wagian tambahan.
  • Mampu memberi perlindungan daripada gigitan nyamuk sehingga 8 jam lamanya.  
  • Melindungi dan melembapkan kulit bayi.
  • Diyakini halal.
  • Dirumus khas dari bahan-bahan yang semulajadi
  • Telah diuji secara dermatologi dan klinikal.
  • Sesuai untuk kulit bayi yang sesnsitif

Mamaearth Baby Natural Mosquito Repellent 

Kehebatan manfaat daripada serai dapat melindungi si kecil daripada nyamuk. Menggunakan semburan penghalau nyamuk secara semulajadi mamaearth adalah kaedah yang baik untuk melindungi bayi dari usia 3 bulan hingga 5 tahun. Produk ini juga adalah bebas DEET.

Bahan utamanya antaranya seperti cedar, citronella, peppermint, dan rosemary yang mampu membantu menjauhkan serangga kecil lain seperti lalat. Walaupun dihasilkan daripada bahan semulajadi, disarankan agar tidak menggunakan penyembur nyamuk ini secara langsung pada kulit yang mengalami luka. 

Apa yang kami suka?

  • Formula bebas DEET
  • Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi
  • Mengandungi citronella dan serai yang berkesan dalam menghalau nyamuk dan serangga
  • Sesuai digunakan untuk bayi seusia 3 bulan 
  • Diperbuat dalam bentuk spray menjadikannya mudah dan tidak comot untuk digunakan

Chicco Baby Anti-Mosquito Refreshing and Protective Spray

Chicco Baby Anti-Mosquito Spray ini dikatakan sangat membantu untuk mengelakkan si kecil anda dari digigit dan didekati dengan nyamuk. Paling penting penghalau nyamuk jenama ini telah diuji secara dermatologi selamat serta sesuai untuk bayi baru lahir hingga kanak-kanak berumur 14 tahun. 

Ianya tidak mengandungi DEET, bebas alkohol, tidak mempunyai warna tiruan dan selamat digunakan pada kulit sensitif anak anda. Ia juga sesuai untuk kegunaan wanita hamil. Formulasi utamanya adalah minyak Crabwood dan Melissa yang terkenal sebagai penghalau nyamuk semula jadi.

Apa yang kami suka?

  • Bebas DEET
  • Selamat untuk kulit sensitif
  • Bebas paraben, alkohol dan pewarna
  • Diuji secara dermatologi
  • Sesuai digunakan untuk kanak-kanak dan ibu hamil
  • Memberi perlindungan sehingga 3 jam

Buds Everyday Organics Mozzie Clear Lotion 

Losyen penghalau nyamuk keluaran Buds Everyday ini antara penghalau nyamuk organik yang hebat dan bertindak lembut pada kulit bayi. Produk ini sesuai untuk bayi dan kanak-kanak dari semua peringkat umur.

Dihasilkan daripada minyak citronella, ekstrak portulaca dan minyak aloe vera. Citronella yang mampu menghalau serangga dengan berkesan dan semulajadi manakala aloe vera dapat memberi kelegaan pada kulit. Mozzie Clear Lotion ini terbukti bagus untuk pencegahan. Ia juga mengandungi minyak Shea butter, Jojoba dan bunga matahari bagi menawarkan kelembapan tambahan pada kulit.

Apa yang kami suka?

  • Bebas DEET
  • Diperbuat daripada bahan organik
  • Mengandungi shea butter dan jojoba oil yang mampu melembapkan kulit
  • Mempunyai bau yang harum
  • Mengandungi essential oil
  • Dirumus dengan aloe vera yang mampu melegakan kulit

All Terrain Kids Herbal Armor Natural Insect Repellent

All Terrain Kids Herbal Armor Natural Insect Repellent ini tidak mempunyai DEET. Formulasi utamanya adalah daripada enam minyak pati. Produk penghalau serangga ini sangat sesuai untuk mereka yang membawa anak-anak kecil berdekatan dengan kawasan hutan yang mana terdapat banyaknya nyamuk dan serangga kecil. Ianya dihasilkan oleh seorang pendaki yang mempunyai kebimbangan tentang penggunaan DEET, beliau membangunkan jenama ini untuk kegunaan keluarganya pada awalnya.

Apa yang kami suka?

  • Bebas DEET
  • Formulasi selamat dan tidak merengsakan kulit
  • Cruelty-free
  • GMO-free
  • Diperbuat dengan bahan semulajadi

Mosoff Natural Mosquito Repellent Baby Cream

Mosoff Natural Mosquito Repellent Cream ini  diformulasikan dengan 100% ekstrak tumbuhan semulajadi. Paling penting sekali, ianya tidak mengandungi DEET. Ini bermakna ia benar-benar selamat, walaupun pada kulit bayi yang sangat sensitif dan dalam sebarang kes tertelan secara tidak sengaja. 

Krim ini mempunyai formulasi 3-dalam-1 yang menghalau nyamuk, melegakan gatal gigitan pepijat dan melembapkan kulit pada masa yang sama. Menggunakan haruman minyak pati limau Kaffir yang harum, krim penghalau nyamuk ini berkesan menutup karbon dioksida yang dikeluarkan daripada kulit yang sangat menarik untuk nyamuk betina. Baunya yang menyegarkan dan menaikkan semangat juga memberikan kesan aromaterapi untuk membantu meningkatkan mood seseorang dan dapat mengurangkan tahap tekanan.

Apa yang kami suka?

  • Bebas DEET dan alkohol
  • Hypoallergenik
  • Tekstur yang ringan dan tidak berminyak
  • Dirumus dengan bahan semulajadi
  • Selamat untuk bayi 

Itu sahaja perkongsian daripada kami. Harap dengan senarai ini, ia dapat membantu dan mengurangkan kerisauan parents setiap kali si kecil ingin keluar bermain. 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Krim Ruam Lampin Terbaik: 7 Jenama Hebat untuk Atasi Ruam Lampin Bayi

Baca juga: Ibu, Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja – Ini 8 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran!