2 Produk Philips Terbaru Yang MESTI Dimiliki Para Ibu, Ia Selesa & Mudah Digunakan!

Produk philips dicipta khas untuk memudahkan para pengguna. Bagi ibu-ibu, anda boleh mencuba produk baharu iaitu pam susu elektrik dan sterilisasi botol

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Produk philips sudah lama bertapak dalam pasaran Malaysia. Siapa sahaja pasti akan meletakkan keutamaan dalam pemilihan produk yang berkualiti, tahan lama dengan harga berpatutan.

Bagi memudahkan urusan seharian ibu-ibu, peneraju global dalam teknologi kesihatan, Philips telah mengumumkan perkembangan rangkaian Avent dengan pelancaran Philips Avent Electric Breast Pump dan Philips Avent Bottle Sterilizer with Dryer yang baharu.

Baca juga: #TAPreviews: Philips Avent 4-in-1 Healthy Baby Food Maker

Produk philips terbaru dengan ciri yang istimewa

”Makanan yang terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Ia mengandungi khasiat yang mampu menguatkan sistem imunisasi si manja. Kajian baru-baru ini mendapati bahawa payudara ibu yang pulih dari Covid-19 mengandungi sejumlah besar antibodi bagi melindungi bayi daripada ancaman Coronavirus.”

”Cara yang terbaik bagi memastikan bayi baru lahir memperoleh nutrisi dan antibodi bagi melawan jangkitan ialah melalui penyusuan. Justeru, kami amat mengesyorkan anda menyusu seboleh mungkin,” jelas Pengurus Pemasaran ASEAN, Philips Avent.

Pam payudara elektrik Philips Avent 

Pam menyusu dengan teknologi baru dapat mempercepatkan proses penghasilan susu badan dan memberikan keselesaan kepada ibu ketika menggunakannya. Ia dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri istimewa seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Penghasilan susu lebih cepat

Philips telah membuat kajian terperinci dengan melibatkan tiga kajian klinikal bebas sebelum menghasilkannya. Teknologi Gerak Alam Unik menggunakan gabungan antara rangsangan hisapan dan puting yang menyerupai bayi secara semula jadi bagi membolehkan aliran susu keluar lebih cepat.

Selain itu ia terbukti mampu menghasilkan susu dua kali lebih cepat dalam beberapa minit pertama.

#2. Penuh keselesaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pam payudara elektrik Philips Avent amat serasi dengan 99.98 peratus saiz puting, iaitu sehingga 30 mm 9. Jadi anda berasa lebih yakin ketika menggunakannya. Ia memiliki ukuran sesuai dengan payudara, lembut, sokongan silikon sesuai dengan saiz dan bentuk puting susu yang sering berubah.

Selain itu, ia mempunyai tetapan bagi rangsangan dan ekspresi agar mampu memberikan pengalaman penuh keselesaan buat ibu-ibu.

#3. Berfungsi dalam mod senyap

Pam payudara elektrik adalah produk Philips yang perlu para ibu ada dalam proses menguruskan diri dan si manja di rumah. Ia berfungsi dengan motor yang sunyi bagi menjaga privasi ibu. Reka bentuknya pula sangat ringkas, ringan dan bateri boleh dicaj semula.

Ia juga mudah dibawa kemana-mana sahaja dan mempunyai fungsi memori intuitif dan peralihan automatik dari rangsangan ke ekspresi boleh membolehkan anda menggunakannya tanpa sebarang gangguan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sterilisasi botol Philips Avent dengan pengering

Selain memilih peralatan yang tepat dan sesuai dengan keperluan harian, adalah penting untuk memastikan bahawa bahan makanan termasuklah botol bayi dicuci dan disterilkan dengan betul bagi mengelakkan jangkitan kuman atau masalah cirit-birit.

”Ramai yang salah anggap bahawa bayi yang terdedah dengan kuman dapat membantu menguatkan sistem imunisasi mereka. Hakikatnya, jumlah kuman dan bakteria yang banyak terutamanya dari air paip atau susu boleh menyebabkan si manja jatuh sakit.” jelas Zach Lim.

Antara ciri istimewa sterilisasi botol Philips Avent dengan pengering ini ialah:

#1. Menggunakan kaedah pensterilan wap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagaimana yang disyorkan oleh Pusat Kawalan Penyakit, produk philips ini menggunakan kaedah pensterilan wap yang mampu membunuh kuman sehingga 99.99 peratus.

Ia juga pensterilan yang bebas bahan kimia dengan penutup yang melindungi bayi dari kuman berbahaya.

#2. Mudah dibersih dan dipasang

Memahami bahawa tugas ibu ayah yang berdepan kekangan masa, sterilisasi botol Philips Avent dengan pengering ini dicipta mampu mengering dalam masa 40 minit sahaja tanpa membuatkan anda kelam-kabut. Ibu ayah boleh menetapkannya dan tinggalkan sahaja kerana fungsi yang automatik.

#3. Reka bentuk ringkas dan menjimatkan ruang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peranti ini hadir dalam reka bentuk ringkas dan menjimatkan ruang sepenuhnya. Ia mempunyai dulang tiisan bersepadu bagi melidungi plat pemanasan dari titisan susu, mencegah bau terbakar atau kurang menyenangkan.

Produk ini mesti dimiliki oleh ibu ayah baru kerana memiliki pelbagai fungsi iaitu mensterilkan, mengering dan mampu menyimpan sehingga 6 botol bayi.

Pam payudara elektrik Philips Avent dan Sterilisasi botol bersama pengering kini boleh didapati dengan harga runcit iaitu RM759 dan RM460 di Philips Official Shopee dan semua peruncit sah Philips.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi disini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: #TAPreviews: Philips Air Purifier Series 3000i Review