Setiap ibu pastinya ingin anak-anak membesar dengan sihat dan aktif. Pengambilan makanan seimbang dapat membekalkan nutrisi secukupnya bagi proses perkembangan mereka. Walau bagaimanapun ada sesetengah ibu mengambil jalan mudah dengan memberikan si manja produk suplemen.
Bagi mereka, suplemen dapat memberikan kesan sama seperti orang dewasa iaitu meningkatkan selera makan anak serta membolehkan mereka menjadi lebih sihat.
Campur produk suplemen ke dalam susu bayi
Lambakan produk suplemen yang dijual dalam pasaran hari ini telah membuatkan sesetengah ibu tertarik untuk mencubanya. Manakan tidak, pengeluar memberikan jaminan bahawa ia memberikan kesan yang terbaik dalam menyokong proses perkembangan anak-anak.
Baru-baru ini, tular dalam laman TikTok apabila seorang wanita terkejut melihat perkongsian pengguna media tersebut yang memuat naik sebuah video membancuh susu botol bersama dengan dua jenis suplemen sebagai ikhtiar untuk imuniti anak seawal 1 tahun.
Lebih mengejutkan, wanita berkenaan dilihat begitu berani meletakkan satu sachet supplemen bersama satu kapsul minyak Omega 3 tanpa memikirkan risiko kesan sampingan yang sebenarnya terhadap kesihatan anak.
Tindakan ibu tersebut telah mendapat perhatian ramai, memandangkan anak yang masih kecil tidak memerlukan supplemen seperti itu lagi.
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut bersimpati dan berasa risau akan kesihatan anak itu.
Hal ini kerana ia boleh mendatangkan kesan berbahaya dan menjejaskan kesihatan buat jangka masa yang panjang.
Allahu akbar, kesiannya kat anak jadi bahan uji kaji ibu
Kesiannya anak dia
Memandai je letak supplement dalam susu anak, kesian anak dia
Sedar akan kesilapannya berbuat demikian, pemilik video tersebut telah memadam perkongsiannya di dalam TikTok. Malah, seorang warganet juga menggesa orang ramai untuk memaafkannya.
Owner video ni dah remove & sedar kesalahan dia dah. People make mistake. Dari tak tahu sekarang dia dah tahu. Move on peeps
Doktor tegur tindakan mencampurkan produk suplemen ke dalam susu anak
Baru-baru ini ramai ibu meminta pandangan dari seorang doktor, Dr.Sandra mengenai tindakan seorang ibu memasukkan produk suplemen.
Produk berkenaan bukan untuk kanak-kanak. Dia dengan beraninya memasukkan gel dan tablet ke dalam bancuhan susu anak dan memuat naik perkongsian videonya ke dalam TikTok.
”Tolong berhenti dan jangan buat benda-benda seperti ini. Dr. Sandra susah payah ajar tentang kesihatan anak-anak semua.” jelasnya.
#1. Kita galakkan untuk para ibu berikan makanan yang sihat kepada anak setiap hari. Biasanya mereka telah memperoleh vitamin dari pemakanan yang diambil, susu (sama ada susu formula atau susu ibu). Sebab itulah anda perlu jauhkan si manja dengan makanan segera.
#2. Jika anak tersebut memerlukan vitamin, contohnya seperti asid folik atau zat besi, benda ni akan dapat selepas melalui pemeriksaan dengan doktor.
Kita akan buat pemeriksaan kesihatan anak terlebih dahulu sebelum beri dia apa-apa makanan tambahan. Misalnya jika anak doktor ingin memberikan asid folik dalam bentuk tablet atau cecair, kita kena kira dahulu mengikut kesesuaian mereka.
Ada kanak-kanak yang perlu mengambil syrup iron disebabkan oleh masalah hb rendah, ada yang kena minum 0.5, ada juga yang minum 1mg.
Jadi tanya semula diri sendiri, bagaimana anda sebagai ibu dengan beraninya memberikan 1 sachet produk suplemen dewasa kepada anak kecil tanpa ada sukatan yang betul.
#3. Kanak-kanak tidak memerlukan produk supplemen kecuali vitamin C. Pihak kesihatan telah menetapkan dos-dos tertentu mengikut usia si manja.
#4. Doktor ada juga memberikan ubat atau jenis suplemen seperti ubat cirit-birit, air garam dan probiotik. Kesemua ini selamat dibancuh dalam susu kanak-kanak dan telah dinyatakan dalam buku yang digunakan para doktor.
Selain daripada itu, jika doktor tidak menyarankan anda membancuh sebarang ubat atau supplemen ke dalam botol susu, jangan berani bertindak sendiri.
Kepada peniaga, jangan terlalu overclaim ketika menjual produk anda. Jika ibu tidak sempat memasak atau menyediakan makanan sihat untuk anak, jangan ambil jalan pintas dengan memberinya supplemen.
Makanan sihat adalah lebih murah daripada produk supplemen dan ibu-ibu yang lain jangan berkongsi ilmu mengarut kepada orang lain.
Sumber: Daily makan, @dr.sandra
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Doktor Kongsi Bahaya Ambil Vitamin C Berlebihan, Ia Boleh Merosakkan Buah Pinggang!