X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sukatan Susu Bayi & Air Kena Betul, Barulah Si Manja Dapat Khasiat Yang Cukup

4 min bacaan
Sukatan Susu Bayi & Air Kena Betul, Barulah Si Manja Dapat Khasiat Yang Cukup

Sukatan susu bayi amat penting dalam proses penyusuan formula. Ini bagi memastikan si manja anda memperoleh nutrisi mencukupi bagi membesar dengan sihat

Ada sesetengah ibu memilih untuk menyusukan bayi dengan susu badan dan ada juga memberikan susu formula. Walau apa pun jenis susu yang anda pilih, perkara paling utama ialah memastikan sukatan susu bayi betul agar si manja mendapat manfaat secukupnya.

Bagi ibu ayah baru, anda mungkin rasa keliru dalam menentukan banyak mana jumlah susu yang diperlukan oleh bayi. Tiada jawapan khusus untuk menjelaskan permasalahan ini kerana ia bergantung kepada usia dan berat badan si manja.

Baca juga: Bayi Alah Susu Lembu? Cuba Minum Susu Soya, Kulit Cantik Putih Kemerah-Merahan!

Panduan mengenai sukatan susu bayi

jumlah susu bayi

credit to sources

Sekiranya bayi belum berusia 6 bulan dan tidak diberikan makanan pejal, panduan ringkas ini boleh anda ikuti dalam mengira jumlah sukatan susu bayi yang diperlukan.

Sebenarnya bayi memerlukan antara 150ml dan 200ml susu formula bagi setiap kilogram berat badannya setiap hari. Justeru, sekiranya si manja anda memiliki berat lebih kurang 3kg, dia memerlukan antara 450ml dan 600ml susu formula untuk memastikannya kenyang dalam tempoh 24 jam.

Walau pun begitu, bayi yang lebih kecil atau baru berusia beberapa minggu mungkin hanya mahukan susu kurang daripada kuantiti tersebut kerana perutnya masih kecil.

Hakikatnya ibu perlu tahu. Jumlah ini hanyalah panduan ringkas sahaja kerana selera bayi mungkin berubah-ubah atau dia tidak akan menyusu dalam kuantiti yang sama setiap hari.

Jadi, usahlah memaksa si manja anda menghabiskan susu botol hanya kerana alasan tidak mahu membazir. Tidak mengapa masih tinggal sedikit baki di dalam botol, lama-kelamaan dia akan belajar untuk menghabiskannya.

Bagaimana sukatan susu bayi berubah usianya bertambah

kuantiti susu bayi

credit to sources

#1. Untuk usia dua minggu yang pertama: ibu boleh cuba berikan si manja sebanyak 60ml dan 70ml setiap penyusuan. Dia mungkin tidak akan dapat minum melebihi kuantiti ini sekaligus.

#2.Dari usia 2 minggu hingga dua bulan: Si manja mungkin perlukan antara 75ml dan 105ml setiap kali menyusu. Dia akan minum mana-mana jumlah dari 450ml hingga 735ml dalam 1 hari. Seiring pertambahan masa dan usia, anda akan mendapati bayi memerlukan lebih lagi dengan segera menghabiskan susu dan mungkin meminta botol kedua.

#3. Sewaktu bayi anda mencecah usia 2 hingga 6 bulan: Si manja mahukan antara 105ml dan 210ml setiap kali menyusu.

#4. Ketika bayi mencecah usia 6 bulan: Anggaran kuantiti susu yang diperlukan adalah 210ml dan 240ml setiap kali penyusuan. Jumlah pengambilan formula sehari mungkin sekitar 900ml.

#5. Semasa bayi mula mengambil makanan pejal, jumlah susu formula yang diambilnya mungkin berkurang sehingga 600ml. Walau bagaimanapun tidak semua bayi adalah sama. Ibu usahlah risau sekiranya bayi sudah mula kurang menyusu. Anda juga boleh pelbagaikan menu dengan produk tenusu seperti bijirin beras dicampur dengan susu atau yogurt.

#6. Setelah bayi melangkah usia 1 tahun, si manja boleh bertukar dari formula kepada susu lembu penuh krim.

Tanda-tanda bayi mula berasa lapar

Tidak dinafikan seperti orang dewasa, bayi juga mengalami perubahan selera makan hari ke hari. Justeru ibu berikanlah kelonggaran agar dia menentukannya sedniri.

bancuhan susu bayi

credit to sources

Bayi juga akan menyusu sekerap diinginkannya. Adalah lebih baik jika ibu ayah mengenal pasti isyarat lapar yang dirasakannya iaitu:

  • Apabila bayi berasa lapar, dia mula menunjukkan rasa resah gelisah seperti mencari-cari. Sesetengahnya akan memusingkan kepala ke arah dada dan membuka mulut. Dia juga mungkin melakukan pergerakan seperti menghisap jari.
  • Tunjukkan botol susu sebaik sahaja anda melihat tanda di atas. Sekiranya bayi mula meragam dan menangis, dia mungkin berasa sedih kerana lapar. Dengan memahami isyarat ini, waktu menyusu bayi menjadi lebih mudah dan pembaziran mungkin tidak terjadi.
  • Setelah bayi minum susu, perhatikan beberapa tanda bahawa si manja sudah mula kenyang seperti mula menghisap botol secara lebih perlahan atau berhenti berehat sebentar.

Kesimpulannya, ibu kena ingatlah bahawa ini hanya merupakan garis panduan umum sahaja. Anda mungkin menyedari dengan sendiri banyak mana sukatan susu bayi yang diperlukan melalui reaksi si manja sendiri. Jika tidak benar-benar pasti, pastikan anda berbincang dengan doktor atau pakar.

Sumber: Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Sukatan Susu Bayi & Air Kena Betul, Barulah Si Manja Dapat Khasiat Yang Cukup
Kongsikan:
  • Berapa Banyak Bayi Perlu Minum Susu Sehari? Ketahui Sukatan Susu Bayi Yang Betul Mengikut Usianya

    Berapa Banyak Bayi Perlu Minum Susu Sehari? Ketahui Sukatan Susu Bayi Yang Betul Mengikut Usianya

  • Anak Tak Mahu Pegang Botol Sendiri? Mengapa & Bagaimana Ibu Boleh Bantu Si Manja Anda?

    Anak Tak Mahu Pegang Botol Sendiri? Mengapa & Bagaimana Ibu Boleh Bantu Si Manja Anda?

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Berapa Banyak Bayi Perlu Minum Susu Sehari? Ketahui Sukatan Susu Bayi Yang Betul Mengikut Usianya

    Berapa Banyak Bayi Perlu Minum Susu Sehari? Ketahui Sukatan Susu Bayi Yang Betul Mengikut Usianya

  • Anak Tak Mahu Pegang Botol Sendiri? Mengapa & Bagaimana Ibu Boleh Bantu Si Manja Anda?

    Anak Tak Mahu Pegang Botol Sendiri? Mengapa & Bagaimana Ibu Boleh Bantu Si Manja Anda?

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.