5 Perancangan TERBESAR KPM Pada Tahun Ini, Strategi Pendidikan Terbaik Untuk Anak

Dr Maszlee Malik kongsi strategi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk sesi persekolahan 2020

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selamat kembali ke program sekolah adik-adik! Wah, tentu teruja ibu ayah semasa menghantar anak-anak ke sekolah, kan? Tak kurang juga dengan pelbagai ragam mereka di waktu pagi, tentu ia momen yang tak akan dilupakan. 

Menjelang tahun 2020 ini, pelbagai pembaharuan akan dilaksanakan oleh kementerian bagi membolehkan anak-anak kita belajar dengan selesa bersama perkhidmatan lengkap yang disediakan.

Secara tak langsung, anak-anak lebih bersemangat untuk ke sekolah setiap hari bagi menjalani sesi pembelajaran untuk tahun 2020 ini. 

Menerusi perkongsian Dr Maszlee Malik dalam laman Facebook miliknya berkata, ada beberapa perancangan terbesar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tahun ini.

Sekiranya tahun 2019, kementerian di bawah seliaannya memberi tumpuan kepada penyelesaian isu-isu asas tapi bagi tahun ini, pihaknya akan cuba meletakkan titik noktah kepada isu berbangkit seperti tiada sekolah daif, tiada lagi kekangan untuk anak-anak OKU dan berita baik kepada guru yang ingin bertukar sekolah secara suka sama suka.

Walaubagaimanapun, perlaksaan bagi pertukaran guru itu akan dilakukan hanya menggunakan aplikasi yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ia bertujuan supaya guru-guru berasa gembira, tidak tertekan dan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mendidik anak bangsa.

Ini adalah kerana guru merupakan nadi negara dan kebajikan mereka harus menjadi keutamaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 program sekolah /perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2020

Berikut ini antara beberapa perancangan yang akan dilaksanakan bagi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tahun 2020 seperti menaik taraf sekolah yang berada dalam keadaan kurang selesa, program sarapan pagi yang sihat, pertukar guru suka sama suka, kelas untuk murid Orang Kelainan Upaya dan penyediaan internet berkelajuan tinggi. 

#1. 0% Sekolah daif

Bermula bulan Januari 2020, status semua projek sekolah daif boleh dipantau secara terbuka oleh semua rakyat di
projekdaif.moe.gov.my.

Dalam laman sesawang tersebut, ibu bapa boleh meneliti nama-nama sekolah yang berada dalam kategori sekolah daif yang akan diselenggarakan supaya memberi keselesaan kepada murid yang belajar di sekolah berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Program sarapan pagi

Mulai 20 Januari 2020, pihak KPM akan menyediakan sarapan pagi untuk 100 buah sekolah yang mempunyai murid seramai 37,000 dan 1,600 guru bagi menikmati Program Sarapan Pagi secara percuma.

Program ini dilaksanakan bertujuan memberikan makanan berkhasiat yang mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat dan merangsang proses tumbesaran mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kumpulan sasar bagi program ini adalah semua murid warganegara sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerejaan. Sementara murid prasekolah dan sekolah menengah tidak terlibat untuk program ini.

Tempoh sarapan pagi ini mengambil masa 30 minit di antara jam 7 pagi hingga 8.30 pagi bagi sekolah sesi pagi dan 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang.

#3. Pertukaran guru

Selain itu, mulai tahun 2020 ini, guru yang ingin bertukar tempat mengaar boleh melakukan pertukaran guru “Suka Sama Suka” yang hanya dilakukan melalui Aplikasi atas talian.

#4. Murid Orang Kurang Upaya (OKU)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, setiap sekolah di Malaysia akan mempunyai kelas khas untuk murid OKU. 

Peruntukan yang disediakan juga sebanyak RM23 juta kepada sekolah kebangsaan bagi pembangunan kemudahan mesra Orang Kelainann Upaya (OKU) bagi membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu golorangan itu mendapat pendidikan sama rata.

Beliau turut menambah, peruntukan yang diberikan itu memberi kelegaan kepada ibu bapa pelajar OKU yang ingin anak mereka tidak tercicir dalam mendapatkan ilmu pembelajaran.

#5. Internet laju di sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan, Kementerian Pendidikan Malaysia juga akan menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di setiap sekolah bagi membolehkan para pelajar menggunakan perkhidmatan tersebut dengan sebaiknya.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda maklumat terkini dan diharap segala urusan kita dalam dunia pendidikan dipermudahkan.

Jangan lupa untuk memberikan komen dan pandangan anda terhadap lima perkara ini. Kongsikannya dengan rakan anda yang lain. Semoga bermanfaat. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Dr. Maszlee Malik 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Sekolah rendah terbaik di Malaysia, sekolah anda atau anak ada tersenarai tak?