Proses Bersalin Czer Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu Supaya Tak Terkejut, Rileks Tak Rasa Apa-Apa Pun

Tidak ramai yang tahu tentang proses bersalin czer berbanding proses bersalin normal (vagina birth). Inilah peringkat-peringkat pengalaman indah itu...

Berbeza daripada kelahiran normal (vaginal birth), tidak ramai orang yang mengetahui bagaimana proses bersalin czer atau kelahiran secara pembedahan caesarean ini dilakukan.

Hal ini disebabkan tindakan pihak hospital yang kebiasaannya melarang orang lain sama ada suami atau ahli keluarga untuk menemani ibu hamil di bilik bedah semasa proses bersalin czer dijalankan.

Pembedahan caesarean biasanya disyorkan oleh doktar jika kelahiran secara normal didapati berisiko tinggi. Namun demikian, prosedur ini juga boleh dijalankan di atas permintaan (elective caesarean).

Bila proses bersalin czer akan bermula?

Kredit: buscarsalud.com.ar

Biasanya proses bersalin czer atau pembedahan caesarean akan dijalankan setelah usia kehamilan mencapai 38 minggu. Bayi akan dikeluarkan melalui belahan di perut ibu dan bukan dari faraj.

Sebelum pembedahan dimulakan, doktor akan menjalankan pembiusan epidural sehingga kawasan perut hingga kaki (half body bius) ibu berasa kebas. Semasa proses pembedahan caesaran, para ibu akan berada dalam keadaan sedar.

Hanya dalam keadaan tertentu, doktar akan melakukan pembiusan seluruh badan.

Doktor akan memasang tirai penghadang sehingga para ibu tidak dapat melihat bagaimana perut mereka dipotong.

Doktor kebiasanya juga akan memberi ubat penenang kepada ibu supaya mereka merasa santai dan tenang semasa proses bersalin czer pembedahan caesarean dilakukan.

Berikut kami tampilkan beberapa gambar bagaimana kelahiran secara pembedahan caesarean dijalankan, bermula dari awal pembedahan  hinggalah saat kelahiran bayi.

Jom lihat betapa indahnya momen-momen ini!

Bagaimana proses bersalin czer dilakukan?

1. Ibu mula dibius

2. Proses bersalin czer atau pembedahan caesarean dimulakan

3. Perut ibu mula dibelah lapis demi lapis

4. Pembedahan caesaran adalah pembedahan besar, sejumlah tenaga medik diperlukan dalam menjalankannya.

5. Menyedut cairan air ketuban

6. Mencari posisi kepala bayi

Bayi anda kebiasanya sudah berada dibahagian pinggul dengan posisi kepala mengarah ke bawah. Namun, bayi juga masih boleh di dalam posisi songsang.

Doktor akan mengangkat bahagian kepala bayi terlebih dahulu. Para Ibu mungkin akan merasa sedikit mual pada proses ini akibat daripada tekanan, tetapi ini hanyalah seketika.

7. Kepala dan bahu bayi mula dikeluarkan

Doktor bedah mungkin perlu melakukan manuver dengan membolak-balik posisi bayi agar ia mudah dikeluarkan. Para ibu mungkin merasa goyangan di kawasan bawah.

Setelah bahagian kepala dan bahu bayi berjaya dikeluarkan, doktor akan mengeluarkan anggota tubuh yang lain dengan mudah.

8. Bahagian badan ke bawah mula dikeluarkan

9. Saat paling ditunggu – bayi anda telah lahir!

10. Pemotongan tali pusat plasenta

11. Bayi akan dibersihkan dan diperiksa kesihatannya

Biasanya setelah bayi lahir, para ibu dibenarkan melihat sekejap sebelum bayi dibersihkan dan diperiksa keadaannya.

Jika tiada masalah yang serius, para ibu dibenarkan meminta untuk skin-to-skin dengan bayi mereka.

12. Perasaan ibu tidak sabar ingin memeluk bayi mereka

13. Pemeriksaan kesihatan bayi

14. Saat bayi akan diserahkan ke dakapan ibu

15. Saat bahagia melihat wajah si bayi comel

16. Bagaimana pula dengan keadaan perut ibu yang sudah dibelah? Jangan khuatir, doktor akan menjahitnya semula supaya tertutup.

Siapa antara anda yang juga pernah melalui proses kelahiran secara pembedahan caesaran? Jom! Kongsikan pengalaman anda itu dengan suami. Mereka kan tak berkesempatan nak tengok proses bersalin ini tempoh hari.

Indah kan momen-momen itu, wahai ibu? 🙂 

Sumber: theAsianparent IndonesiaVeryWellPopSugarAlodokter

Foto: The Birth Hour

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Soalan Yang Kerap Ditanya Tentang Pembedahan C-Section Dan Wajib Diketahui Ibu Hamil

 

Penulis

Aqma