Proses perkembangan anak-anak yang sihat dapat membantu mereka untuk meneroka dunia dengan baik dan mencipta masa depan lebih cerah. Namun, bagaimana pula sekiranya ibu ayah mendapati mereka tidak mencapai tahap tumbesaran normal seperti kanak-kanak yang lain?
Sebenarnya, setiap anak dikatakan gagal berkembang apabila dia tidak memenuhi standard proses tumbesaran. Jangan risau kerana ia bukanlah sesuatu penyakit ataupun gangguan.
Kegagalan proses perkembangan anak secara normal
Keadaan ini hanyalah menggambarkan seorang kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi makanan. Mereka mungkin tidak menerima atau memproses kalori secara mencukupi.
Contoh kegagalan untuk berkembang adalah anak berterusan berada di bawah julat berat standard seiring usia mereka. Biasanya doktor akan mengenal pasti kegagalan berkembang ini sejak anak masih bayi.
Dalam hal ini, doktor akan menentukan julat berat badan ideal anak dengan membandingkan tinggi, usia dan jantina bersesuaian dengan usia.
Adakah si manja anda juga berisiko?
Faktor pendorong untuk si manja gagal dalam proses perkembangan termasuklah jika mereka mengalami:
- Sindrom down
- Cerebral palsy
- Penyakit jantung
- Alahan susu
- Jangkitan
- Cystic fibrosis
- Celiac disease
- Acid reflux disease
Bukan itu sahaja, sekiranya si manja anda sudah mengalami masalah perubatan serius pada awal usia, risiko untuk mereka mengalami kegagalan perkembangan adalah sangat tinggi.
Bayi pramatang dan memiliki berat lahir yang rendah juga mungkin gagal membesar dengan baik.
Penyebab proses perkembangan terjejas yang biasanya berlaku adalah disebabkan oleh tidak memperoleh sumber kalori mencukupi. Namun, faktor lain juga boleh menyumbang kepada pemakanan yang buruk termasuklah:
- Tabiat pemakanan tidak sihat
- Penderaan fizikal
- Trauma
- Kemiskinan
- Keadaan mental tidak sihat
Secara amnya, berat badan anak yang terjejas akan mengalami kemerosotan di bawah tahap ke-3 pada carta pertumbuhan standard. Perubahan ini menjadi petunjuk bahawa jika anak membesar dengan baik, tetapi pertumbuhannya dilihat tidak stabil, mereka masih dalam kumpulan kanak-kanak yang gagal berkembang.
Antara tandanya ialah:
#1. Kekurangan berat badan
#2. Tidak mampu berguling, merangkak dan bercakap
#3. Masalah pembelajaran
#4. Kurang emosi seperti tersenyum, ketawa dan gagal melakukan kontak mata.
#5. Mudah marah
#6. Perkembangan motor lambat
#7. Sering berasa letih
Bila anda perlu berjumpa doktor
Pemeriksaan secara berkala dapat mencegah kegagalan dalam proses perkembangan si manja. Ia mestilah bermula ketika ibu sedang hamil dan berterusan sehinggalah anak selamat dilahirkan.
Seorang anak dikatakan gagal berkembang dengan baik biasanya akan memiliki saiz tubuh lebih kecil berbanding kanak-kanak lain yang sama dengan umur dan jantina mereka.
Justeru, ibu ayah perlu melakukan pemeriksaan berkala dengan pakar pediatrik bagi mendapatkan analisis paling tepat mengenai perkembangan si manja. Hal ini kerana ia berupaya menjejaskan kesihatan fizikal, mental dan emosi.
Bagaimana ujian untuk mengenal pasti kanak-kanak gagal berkembang?
Ujian awal dapat membantu ibu ayah mencari jawapan sebab dan kesan kegagalan berkembang terhadap kesihatan serta pertumbuhan anak. Ini termasuklah:
- Ujian darah
- Ujian air kencing
- X-ray
- Pemeriksaan perkembangan
Anda mungkin memerlukan kaunseling sekiranya doktor mengesyaki bahawa terdapat amalan tidak sihat dala keluarga. Dalam hal ini, ibu ayah boleh meminta pihak perubatan untuk carta bagi menyenaraikan julat tinggi dan berat badan ideal si manja.
Manakala terdapat beberapa rawatan untuk mengatasi masalah ini yang bergantung pada:
#1. Keparahan gejala
#2. Kesihatan keseluruhan kanak-kanak
#3. Persekitaran keluarga
#4. Penyebab masalah berlaku
Dalam hal ini, kegagalan untuk membesar yang tidak dirawat boleh mengakibatkan komplikasi jangka masa panjang seperti:
- Masalah pembelajaran
- Masalah mental dan emosi
- Pertumbuhan terhad
Sekiranya anak memperoleh rawatan lebih awal, mereka seharusnya dapat membesar secara normal tanpa masalah kesihatan yang serius. Sekiranya ia tidak dirawat, boleh menjejaskan diri mereka untuk menerokai zaman kanak-kanak dengan baik.
Ibu ayah perlu memastikan segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat kesihatan yang betul. Jika si manja sukar untuk makan dan kehilangan berat badan banyak, dia perlu dipantau agar keadaan ini dapat diatasi secara berkesan.
Sumber: Healthline
Sumber foto: Google
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperkembangan-kanak-kanak-6-tahun-8-bulan