Klitoris Atau Biji Kelentit Wanita: Ketahui Fakta Menarik Tentang Klitoris Wanita
Klitoris atau kelentit wanita adalah organ sensitif yang memainkan peranan penting dalam hubungan seksual suami isteri.
Bagaimana lelaki boleh merangsang klitoris atau kelentit wanita kurang dibincangkan kerana menganggap ia adalah perkara yang sensitif. Malah, perkataan ini jarang disebut secara terbuka berbanding dengan organ seksual yang lain seperti payudara, punggung atau vagina wanita.
Isi Kandungan
Apa Itu Klitoris Wanita?
Ia adalah salah satu bahagian luar daripada organ reproduksi wanita atau alat kelamin, yang dikenali sebagai vulva.
Ia terletak di bahagian atas vulva, tepat di atas uretra dan lubang vagina. Di sebelah kanan dan kirinya terdapat dua lipatan kulit yang dikenali sebagai labia minora (bibir vagina bahagian dalam).
Secara luaran, ia kelihatan seperti bola kecil berwarna merah jambu dan sering digambarkan seperti butang.
Namun, sebenarnya, ia mempunyai bahagian yang lebih luas yang meluas ke dalam tubuh, membentuk struktur seperti wishbone atau huruf V terbalik.
Kelentit ini adalah bahagian tubuh wanita yang paling sensitif dan sering dikenali sebagai pusat kesenangan. Apabila terangsang, ia biasanya akan membengkak, malah ia boleh membesar sehingga dua kali saiz asal.
Secara umumnya, saiznya dipengaruhi oleh faktor genetik dan hormon wanita. Terdapat wanita yang memiliki saiz kelentit yang besar dengan kelenjarnya atau bijinya lebih menonjol dan memanjang ke luar.
Hormon testosteron yang tinggi turut menyebabkan saiznya menjadi besar. Bukan itu sahaja, ada juga wanita yang mempunyai kelentit bersaiz kecil dan bijinya tidak kelihatan langsung.
Apa Fungsi Dari Klitoris?
Pada dasarnya ia hanya memiliki satu fungsi dan tujuan, iaitu untuk anda merasakan kenikmatan seksual.
Walaupun berada pada sistem reproduksi wanita, bahagiian vulva ini tidak seperti zakar dan vagina yang memiliki peranan utama dalam proses reproduksi.
Ia hanya untuk membuat anda merasa lebih nikmat dalam melakukan hubungan seks. Dibandingkan dengan bahagian vulva yang lain, kelentit memang merupakan bahagian yang paling sensitif terhadap rangsangan seksual.
Ia mampu menghasilkan respons seksual yang paling nikmar dan menyenangkan di badan anda.
Disebabkan itulah merangsangnya boleh menjadi salah satu cara untuk meningkatkan kenikmatan berhubungan intim.
Malah, bukan sekadar terangsang secara seksual, rangsangan di situ juga boleh membuat wanita orgasme atau merasa puncak kenikmatan seksual.
Fakta Menarik Tentang Klitoris Wanita
Berikut adalah fakta menarik mengenai klitoris yang anda perlu tahu:
1.Terdiri Daripada Banyak Bahagian
Masalah Kelentit Wanita
Pelbagai masalah boleh berlaku pada kelentit wanita yang boleh menimbulkan ketidakselesaan. Antaranya termasuklah:
1.Kesakitan Pada Kelentit
Kesakitan boleh berlaku akibat rangsangan berlebihan, infeksi seperti vaginitis atau herpes genital, atau penyakit kulit seperti lichen sclerosus.
2.Kelentit Bengkak
Pembengkakan normal berlaku semasa rangsangan seksual, tetapi jika berlarutan atau disertai simptom lain seperti kemerahan atau gatal, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan.
3.Gatal atau Tidak Selesa
Gatal boleh disebabkan oleh alergi terhadap produk kebersihan wanita atau jangkitan kulat (candida) atau bakteria.
4.Kelentit Mengecil
Setelah menopaus, penurunan hormon menyebabkan atrofi urogenital, yang boleh mengecilkan kelentit dan mengurangkan kepekaannya.
5.Kelentit Terlalu Sensitif
Beberapa kondisi perubatan seperti vulvodynia atau fibromyalgia boleh meningkatkan sensitiviti kelentit, menyebabkan ketidakselesaan.
Cara Penjagaan Klitoris
Untuk menjaga klitoris, pastikan kebersihan kawasan intim dengan membersihkan menggunakan air suam atau sabun lembut yang tidak mengandungi bahan kimia keras. Anda juga boleh untuk tidak menggunakan sabun.
Pastikan anda pilih pakaian dalam yang selesa dan diperbuat daripada bahan kapas untuk mengelakkan kelembapan berlebihan.
Semasa hubungan intim, gunakan pelincir semula jadi untuk mengelakkan geseran yang boleh menyebabkan iritasi.
Elakkan produk pembersih yang mengandungi pewangi atau bahan kimia yang berbahaya kepada kawasan sensitif ini.
Selain itu, pastikan untuk memeriksa kesihatan organ intim secara berkala dan segera berjumpa doktor jika terdapat ketidakselesaan atau masalah seperti pembengkakan, gatal, atau rasa sakit.
Amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan cukup hidrasi untuk menyokong kesihatan kulit dan hormon.
Berhati-hati dengan rangsangan berlebihan, kerana klitoris sangat sensitif dan terlalu banyak rangsangan boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Isteri HANYA MAHU rangsangan ini dari pasangan untuk lebih puas – Kajian
Baca juga: Kembalikan Kehangatan Hubungan Suami Isteri Dengan Petua 15 Minit Ini!
Baca juga: Berapa Kerap Melakukan Hubungan Seks Dianggap Sihat?