Dalam banyak banyak pilihan ulam-ulaman yang ada, pucuk ubi kayu adalah ulam kegemaran ramai kerana rasanya yang unik ditambah dengan khasiatnya yang pelbagai.
Hanya perlu rebus dan letakkan sedikit garam secukup rasa dan dicicah dengan sambal belacan memang sedap! Ia sesuai digayakan dengan pelbagai jenis masakan seperti masak lemak cili padi, urap atau kerabu.
Isi Kandungan
Jenis Pucuk Ubi Yang Pahit Dan Tidak Pahit
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis pucuk ubi, ada yang pahit dan ada yang tidak. Berikut adalah panduan untuk peminat ulam ini dalam pemilihan yang betul.
1. Pucuk Ubi Tangkai Merah
Rasanya pahit dan perlu direbus terlebih dahulu.
2. Tangkai Hijau
Tidak pahit dan boleh dimasak terus. Biasanya dicampurkan dalam masakan simple seperti masak lemak dengan ikan bilis.
3. Kayu Pulut
Tidak pahit dan boleh dimasak terus sama seperti tangkai hijau tadi.
4. Kayu Kangkung
Rasanya tidak pahit dan boleh dimasak terus.
5. Kayu Keriting
Tidak pahit dan boleh terus masak.
6. Batik Kayu Kuning
Boleh terus dimasak begitu sahaja.
7. Kayu Daun Hitam
Rasanya pahit, perlu direbus sebelum masak.
8. Kayu Batik Putih Hijau
Masih tiada maklumat namun selalunya dianggap sebagai pokok hiasan.
Khasiat Pucuk Ubi Dalam Kesihatan
Berikut adalah antara khasiat pucuk ubi untuk kesihatan:
1. Tinggi Serat
Pucuk ubi kaya dengan serat, yang membantu melancarkan pencernaan dan mencegah sembelit.
2. Antioksidan
Ulam ini mengandungi antioksidan yang dapat membantu melawan radikal bebas dalam badan, mengurangkan risiko penyakit kronik.
3. Kaya dengan Vitamin dan Mineral
Ia engandungi vitamin A, C, dan K serta mineral seperti kalsium dan zat besi yang penting untuk kesihatan tulang dan sistem imun.
4. Anti-radang
Kandungan zat dalam sayuran ini mempunyai sifat anti-radang, yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan pada sendi.
5. Menurunkan Tekanan Darah
Kandungan kalium dapat membantu mengawal tekanan darah dan menyokong kesihatan jantung.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Minum Pati Ikan Haruan Selepas Pembedahan, Bantu Luka Bersalin Cepat Sembuh
Baca juga: 10 Khasiat Minum Air Lemon Untuk Kesihatan Diri & Kecantikan Wajah, Elok Amalkan Selalu
Baca juga: Khasiat Halia Dipercayai Mampu Merawat Batuk & Kembung Perut Si Kecil