Persediaan Penting Sebelum Bawa Bayi Baru Lahir Pulang Ke Rumah Buat Kali Pertama

Pengalaman kali pertama membawa bayi baru lahir pulang ke rumah sungguh mengujakan. Namun dalam masa yang sama, ibu ayah kena buat beberapa perkara ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang dilahirkan dengan keadaan sihat dan cukup bulan (sekurang-kurangnya mencapai usia kandungan 37 minggu) biasanya dibenarkan untuk pulang ke rumah antara 24 hingga 48 jam selepas ibu bersalin.

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean atau bayi mengalami komplikasi kesihatan mungkin terpaksa tinggal di hospital lebih lama. 

Baca juga: Penatnya Anak Kerap Berjaga Malam, Ini 5 Terapi Bayi Susah Tidur Wajib Ibu Ayah Cuba!

Persediaan membawa bayi baru lahir pulang ke rumah

credit to sources

Manakala, bayi pramatang ‘keluar’ awal sekitar 34 dan 36 minggu yang cukup sihat turut dibenarkan pulang setelah bermalam di hospital paling sekejap 48 jam. Bagi ibu pertama kali bersalin awal, anda mungkin berasa sedikit gementar untuk membawanya pulang ke rumah.

Namun jangan risau, akan ada petugas kesihatan yang akan membantu ibu mengenai cara-cara penjagaan bayi unik ini dan sekaligus membuatkan anda berasa lebih yakin.

Sebelum membawa pulang si manja, petugas hospital akan membuat pemeriksaan bayi termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Memastikan suhu badan bayi baru lahir normal
  • Tidak berisiko tinggi terkena penyakit kuning
  • Lampin mengalami basah dan pergerakan usus yang baik
  • Telah menerima kesemua ubat yang diperlukan seperti vitamin K untuk mencegah pendarahan
  • Telah menerima vaksin yang diperlukan
  • Penyusuan berjaya sekurang-kurangnya 2 kali

Selain itu, doktor juga membuat pemeriksaan pada ibu bersalin bagi memastikan anda dalam keadaan sihat. Ibu juga perlu mengetahui tanda-tanda dan gejala komplikasi yang mungkin timbul, berasa selesa untuk menjaga serta menyusu bayi sebelum meninggalkan hospital.

Jangan tergesa-gesa untuk meninggalkan hospital. Pastikan anda menanyakan beberapa soalan kepada jururawat atau doktor:

  • Apa yang perlu dilakukan ketika ingin pulang ke rumah
  • Adakah normal berasa gementar ketika pertama kali membawa bayi. Cuba ambil sedikit masa untuk anda menyesuaikan diri dengan segala perubahan

Penerimaan kunjungan ahli keluarga atau pelawat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Untuk membawa bayi pulang menggunakan kenderaan, anda hendaklah menyediakan tempat duduk (catseat) menghadap belakang yang dipasang dengan betul. Pastikan anda mengetahui cara melindungi si manja sebaiknya.

Hal paling penting yang ibu ayah perlu ingat adalah:

#1. Bayi baru lahir amat mudah untuk jatuh sakit. Justeru, jauhkan si manja dari pelawat atau orang yang mempunyai simptom selesema, batuk atau baru sembuh dari demam.

#2. Sentiasa menjaga kebersihan. Amalkan tabiat membasuh tangan dengan kerap sebelum menyentuh bayi. Minta orang lain melakukan perkara yang sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Pastikan anda mengetahui bilakah perlu membawa bayi ke klinik buat pertama kali.

#4. Seorang jururawat akan datang ke rumah melakukan pemeriksaan dalam 48-72 jam sebaik sahaja keluar dari hospital atau bila-bila masa sahaja sekiranya ibu merasakan bayi tidak sihat.

Sekiranya bayi anda dilahirkan lebih awal, buatlah rancangan bagi mendapatkan rawatan susulan dengan pasukan penjagaan kesihatan sebelum keluar dari hospital. 

Kebiasaannya pada lawatan yang pertama, mereka melakukan:

  • Timbang berat bayi, ukur panjang dan lilitan kepala 
  • Pemeriksaan tanda-tanda penyakit kuning
  • Periksa bagaimana cara ibu menyusu bayi
  • Melakukan ujian kesihatan fizikal
  • Tanya bagaimana keluarga menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi baru
  • Menyelesaikan sebarang ujian saringan yang tidak dilakukan di hospital
  • Lawatan ini tidak memerlukan pakar pediatrik atau doktor keluarga
  • Pemeriksaan ini juga boleh dilakukan oleh doktor di hospital yang anda pilih untuk bersalin, bidan ataupun jururawat kesihatan awam

Mendapatkan ilmu sebanyak mungkin sebelum melahirkan bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

#1. Mengikuti kelas pranatal

Ramai ibu ayah baru mengikuti kelas pranatal sebelum kelahiran bayi pertama mereka. Ini dapat membantu mempersiapkan diri anda dengan kelahiran dan mendapatkan maklumat mengenai penjagaan asas bayi baru lahir.

Meskipun setiap kelas adalah berbeza, ia biasanya merangkumi nasihat pemakanan, penyakit biasa, penjagaan harian dan keselamatan tempat duduk dalam kereta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Belajar dari ibu bapa lain

Banyak pusat kesihatan awam tempatan menawarkan sokongan mengenai penyusuan susu ibu dan program buat ibu ayah baru. Selain itu, anda juga boleh menyertai komuniti secara atas talian iaitu kumpulan Facebook atau aplikasi theAsianparent untuk berkongsi masalah atau kesangsian ketika menjaga bayi baru lahir.

#3. Berbincang dan membuat keputusan awal dengan pasangan

Sebelum melahirkan bayi, anda perlu memastikan beberapa perkara ini sudah selesai:

  • Proses bersunat bayi
  • Cara dalam menetapkan waktu tidur si manja
  • Menyediakan keperluan untuk ahli keluarga atau adik-beradik yang datang berkunjung
  • Menyediakan kain dan lampin pakai buang secukupnya

Kesibukan yang dialami selepas bersalin bukanlah waktu terbaik untuk anda membuat keputusan ini. Adalah lebih baik untuk anda berbincang dengan pasangan terlebih dahulu agar dapat menumpukan perhatian kepada bayi pada hari-hari pertama.

Sumber: Caring for kids

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia