X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product Guide
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Pulut Kuning Lembut, Sedap Dan Mudah, Boleh Cuba!

4 min bacaan
Resepi Pulut Kuning Lembut, Sedap Dan Mudah, Boleh Cuba!

Pulut kuning merupakan satu sajian istimewa bagi masyarakat Melayu yang sering dihidangkan pada majlis-majlis tertentu.

Pulut kuning diperbuat daripada beras pulut yang diletakkan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna sebelum dikukus sehingga betul-betul masak.

Rasanya yang berlemak sangat enak dan sesuai dimakan bersama dengan rendang, sambal ikan bilis dan serunding.

Kalau dulu pulut kuning biasanya dihidangkan untuk majlis keraian seperti kenduri doa selamat, majlis perkahwinan atau majlis kesyukuran. Tetapi, sekarang ini nak makan pulut kuning tak perlu tunggu semua itu, bila-bila pun boleh makan. 

Nampak macam mudah, tetapi bagi yang tak reti membuatnya, mesti hasilnya akan jadi lembik atau keras. Untuk memudahkan anda, apa kata cuba salah satu resepi pulut kuning yang kami kongsikan. 

Sedikit tips supaya pulut kuning dimasak elok dan tahan lebih lama.

Antaranya ialah:

  • Rendam beras pulut ke dalam air sejuk seketika. 
  • Gunakan beras pulut biasa dan bukannya beras pulut susu. Beras pulut susu akan membuatkan pulut kuning jadi lembik dan hancur. 
  • Bilas semula beras pulut yang direndam dengan air kunyit untuk menghilangkan bau dan tahan lebih lama.
  • Tuangkan santan selepas beras pulut siap dimasak. Kacau sehingga rata. Biarkan dalam 10-15 minit sebelum dicedok untuk makan atau dibungkus.

Resepi pulut kuning kukus

pulut kuning

 

 

 

Bahan-bahan:

  •  1 kg beras pulut
  •  1 1/2 cawan santan pekat
  •  1 sudu besar garam kasar
  •  2 sudu besar gula

Bahan-bahan untuk merendam pulut:

  •  Pewarna kuning
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil
  • 3 keping asam keping

Cara penyediaan:

  1. Basuh sehingga bersih pulut dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit, pewarna dan asam keping.
  2. Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau untuk balikkan supaya pulut masak sekata. Letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
  3. Masukkan gula dan garam dalam santan sampai larut (boleh rasa dahulu santan ikut selera masing-masing) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat.
  4. Kacau/arung pulut guna senduk kayu sampai rata dan biarkan seketika. Biar pulut dan santan sekata dahulu sekejap baru kukus balik.
  5. Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
  6. Dah masak taburkan sedikit gula pasir diatas pulut supaya bagi nampk lebih pulut berkilat.
  7. Kalau nak buat pulut bentuk bulat, waktu panas-panas masukkan dalam acuan dan tekan biar padat.

Resepi pulut kuning Kelantan 

pulut kuning

Bahan-bahan:

  •  Beras pulut  1kg
  •  Santan pekat 1 1/2 cawan
  •  Garam kasar 1 sudu besar
  •  Gula 2 sudu besar

Bahan sampingan:

  • Pewarna kuning telur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 keping asam gelugur

Cara penyediaan:

  1. Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
  2. Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
  3. Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut (boleh rasa dahulu santan ikut selera masing-masing) dan masukkan dalam pulut yg baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip sampai rata.
  4. Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
  5. Boleh masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing, Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.

Resepi pulut kuning berhias

pulut kuning

Bahan-bahan:

  • 2kg beras pulut 
  • Serbuk kunyit dan pewarna kuning
  • 2 kotak santan kara 
  • 250g serunding daging 

Bahan-bahan untuk hiasan:

  • Telor puyuh
  • Telur ayam
  • Carrot
  • Lada
  • Bunga cengkih
  • Tomato ceri
  • Daun parsley
  • Lidi buah
  • Mee sanggul

Cara penyediaan:

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  1. Basuh beras pulut dan rendamkan semalaman didalam air bersama 1 sudu serbuk kunyit dan sedikit pewarna kuning.
  2. Kukus pulut keesokkan harinya dalam 8-10minit.
  3. Letakkan 2 kotak santan didalam mangkuk, selepas itu masukkan gula dan garam secukupnya, terlebih masin tidak mengapa nanti sebati elok.
  4. Selepas siap kukus untuk kali pertama, angkat dan letak dalam besen dan gaul bersama dengan separuh mangkuk santan tadi.
  5. Dah nampak  meresap cantik, kukus untuk kali kedua (8-10minit) angkat dan gaul dengan semua lebihan santan tadi dan kukus untuk kali terakhir sampai masak, jangan terlampau masak, nanti pulut tak cantik.

Cara menghias pulut kuning:

  1. Lapisan pertama,semasa pulut panas,terus letak pulut didalam loyang dan tekan sedikit supaya mampat disetiap ruang loyang.
  2. Setelah itu letak serunding.
  3. Lapisan kedua sama seperti lapisan pertama, ulang kembali cara tersebut.
  4. Apabila pulut dah sejuk, terbalikkan dan letak diatas papan kek.
  5. Hiasan yang ada  ialah letak mee sanggul jadikan sebagai sarang burung, selitkan daun parsley di pulut kuning, cucuk tomato ceri dan bahan hiasan sampingan lain.

My Resepi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Resipi Rendang Yang Wajib Ada Di Pagi Hari Raya, Tak Sabarnya Nak Cuba!

Baca juga: 3 Variasi Resepi Mee Goreng Mamak, Yang Penting Simple Dan Lazat!

Baca juga: 9 Menu Diet Sihat Untuk Ibu Lepas BERSALIN, Susu Badan Pun Melimpah Ruah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Pulut Kuning Lembut, Sedap Dan Mudah, Boleh Cuba!
Kongsikan:
  • Cuba Resepi Air Sirap Limau Ini, Enak Dinikmati Ketika Cuaca Panas

    Cuba Resepi Air Sirap Limau Ini, Enak Dinikmati Ketika Cuaca Panas

  • Lembut & Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Ini Resepi Taufu Fa Boleh Cuba Di Rumah Buat Pencuci Mulut

    Lembut & Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Ini Resepi Taufu Fa Boleh Cuba Di Rumah Buat Pencuci Mulut

  • Cara Buat Putu Halba Ekspres & Mudah Guna Acuan Lompang, Makan Panas-Panas Sedap!

    Cara Buat Putu Halba Ekspres & Mudah Guna Acuan Lompang, Makan Panas-Panas Sedap!

  • Cuba Resepi Air Sirap Limau Ini, Enak Dinikmati Ketika Cuaca Panas

    Cuba Resepi Air Sirap Limau Ini, Enak Dinikmati Ketika Cuaca Panas

  • Lembut & Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Ini Resepi Taufu Fa Boleh Cuba Di Rumah Buat Pencuci Mulut

    Lembut & Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Ini Resepi Taufu Fa Boleh Cuba Di Rumah Buat Pencuci Mulut

  • Cara Buat Putu Halba Ekspres & Mudah Guna Acuan Lompang, Makan Panas-Panas Sedap!

    Cara Buat Putu Halba Ekspres & Mudah Guna Acuan Lompang, Makan Panas-Panas Sedap!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham