10 Punca Bau Badan Yang Sebenarnya Bukan Disebabkan Peluh Sahaja

Tahukah anda stres antara punca bau badan yang mungkin tidak ramai yang tahu. Ini kerana apabila tertekan badan akan berpeluh lebih banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda stres juga boleh menjadi punca bau badan yang menyebabkan ketidakselesaan bukan hanya pada diri tetapi orang sekeliling.

Punca Bau Badan

Ketahui punca bau badan yang sebenarnya boleh dicegah. 

1.Ubat-ubatan

Bau badan dikatakan mungkin berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan. Contohnya morfin atau ubat demam biasa akan membuat anda berpeluh. Selain itu, antihistamines, decongestants serta ubat melegakan otot dan saraf boleh mengakibatkan mulut kering dan menyebabkan nafas berbau.

2.Makanan berempah

Rempah ratus akan membuatkan badan anda panas dan memerlukan badan memgeluarkan gas mengandungi sulfur untuk menguraikannya melalui darah yang menyebabkan bau badan. 

3.Stres

Apabila stres, badan akan berpeluh berlebihan. Peluh mampu menarik lebih bakteria yang menyebabkan bau badan. 

Stres berlebihan boleh menyebabkan punca bau badan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4.Alkohol

Pengambilan alkohol akan memberi kesan serta merta kepada badan. Hati adalah tempat alkohol mengalami metabolisme dan disalurkan ke pundi kencing. Jika pengambilan alkohol lebih tinggi berbanding kapasiti hati ia akan menyebabkan peluh dan nafas berbau. 

5.Gangguan genetik

Ada mutasi genetik yang dipercayai mampu menghasilkan Trimethylamine iaitu sejenis bahan kimia yang menyebabkan bau hanyir seperti ikan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa Itu Bau Badan

Bau badan adalah perkara normal pada setiap orang dan boleh terjadi disebabkan pertumbuhan bakteria di bahagian tubuh ketika berpeluh yang dikenali sebagai bromhidrosis.

Bau badan boleh dikawal dengan penggunaan deodorant selain memastikan kebersihan diri. 

Punca Masalah Bau Badan

Selain lima punca yang dinyatakan ada beberapa sebab lain termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1.Pakaian

Memakai pakaian terlalu lama boleh menyebabkan bau badan. Malah wanita yang kerap memakai pakaian dalam sama tanpa membasuhnya akan mengundang bau badan. Pakaian dalam tidak dibuat daripada bahan yang menyerap kelembapan punca utama bakteria dan kulat membiak.

mstar

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Cara Mengatasi Masalah Badan Berbau Ketika Hamil : Pastikan Anda Cukup Minum Air

Baca juga: Kajian – Sayur Dan Buah Hasilkan Bau Badan Lelaki Yang Lebih Seksi!

Baca juga: Keputihan Coklat Saat Hamil: Punca Keputihan Ketika Hamil, Cara Mengatasi Dan Rawatan

Penulis

Lala Annuar