Ada banyak punca bunuh diri terjadi. Antaranya disebabkan oleh mangsa atau seseorang itu tak dapat berfikir dengan waras mahupun matang pada saat dan ketika itu.
Itulah seperti yang berlaku dalam insiden ini, di mana seorang pelajar perempuan bernama Li, mengalami tekanan teruk selepas diperkosa guru kelasnya. Lantas dia nekad untuk bunuh diri.
Apa yang lebih memburukkan keadaan, sebenarnya tindakan Li untuk bunuh diri adalah disebabkan desakan masyarakat!
Punca bunuh diri, gadis diperkosa guru kelas
Dalam surat terakhirnya, Li menulis, ketika kejadian dia telah pergi ke bilik rawatan di sekolahnya selepas mengalami sakit perut. Kebetulan guru kelasnya bernama Wu, turut bermurah hati untuk membantunya supaya sakit perutnya beransur kurang.
Namun, semasa di bilik menunggu, guru tersebut telah menyentuh bahagian yang tak sepatutnya, selain mencium bibir dan menggigit telinganya.
Guru Wu juga cuba menyentuh bahagian belakang dan mengoyak pakaiannya.
Semasa pergelutan, Li bernasih baik kerana ada guru lain perasaan keadaan yang mencurigakan itu lantas membantunya dan membawanya pulang ke asrama.
Menurut laporan media China, sekolah tersebut melindungi kes tersebut dan meminta guru Wu memohon maaf kepada Li.
Ketakutan dan tekanan perasaan
Dalam suratnya lagi, dia menulis…
“Kini saya merasa takut dan seolah-olah masa depan saya semakin gelap. Malah saya rasa jijik dengan diri ini dan hampir sukar untuk tidur malam.
Keluarga Li membuat laporan polis, namun Wu tidak dituduh mencabul kerana bukti tidak mencukupi untuk mendakwanya. Menurut guru Wu, apa yang dilakukan hanyalah pemeriksaan fizikal saja.
Lebih memberi tekanan pada Li adalah apabila guru terbabit dibebaskan selepas 10 hari di tahan reman bagi membantu siasatan polis. Disebabkan itu, Li alami kemurungan dan rasa keputusan tersebut tidak adil bagi dirinya.
Punca bunuh diri juga apabila Li menunjukkan tanda-tanda tekanan perasaan dan cuba bunuh diri beberapa kali selepas dia makan pil berbahaya. Akhirnya, tanggal 20 Jun 2018 yang lalu, Li nekad bunuh diri.
Orang awam tak berhati perut punca bunuh diri
Di saat dia sedang cuba membunuh dri dengan memanjat sebuah bangunan, orang awam yang melihat kejadian itu pula berkumpul lalu mendesaknya untuk cepat melompat.
Malah terdapat banyak komen negatif seolah-olah dia cuba mencari perhatian orang awam. Antara lain seperti…
“Saya tunggu hampir sejam untuk anda melompat, kenapa tak lompat lagi?
“Lompat cepat, saya perlu ambil anak-anak saya!!”
Ketika bomba tiba, ini yang diucapkan “Terima kasih tapi saya harus pergi…
Tanda-tanda yang menjadi punca bunuh diri dan tekanan perasaan
Punca bunuh diri boleh berlaku apabila seseorang itu alami tanda-tanda ini…
- Kesedihan yang melampau
- Kesunyian dalam hidup
- Masalah tidur
- Mempamerkan tingkah laku yang berbahaya
- Tidak merasakan ketenangan
Menurut WebMD, 50% hingga 75% individu yang mengalami tekanan perasaan menjadi punca bunuh diri malah menunjukkan tanda-tanda amaran bahawa ia bakal terjadi.
Punca bunuh diri ini boleh dilihat apabila seseorang itu menangis tanpa sebab. Jika melihat seseorang yang berkelakuan aneh seperti ini, anda seharusnya membantu kerana pelbagai perkara ngeri boleh berlaku jika tekanan perasaan mereka tak dibendung dari awal.
Apa yang lebih menyedihkan apabila orang awam menjadi salah satu punca bunuh diri supaya individu itu menamatkan hidupnya dengan cara yang salah. Apa jenis orang ini?
Tak berhati perut langsung, bukannya nak bantu malah menggesa supaya dia cepat-cepat bunuh diri. Astagfirullah!
Sebaiknya sebagai wanita, kita perlu tahu hak dan mempertahankan diri jika berlakunya gangguan seksual yang boleh merobek perasaan hingga jadi punca bunuh diri.
Jika anda ada sebarang cadangan dan komen boleh berkongsi dengan kami. Jangan lupa kongsikan di laman Facebook anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia